Monday, 7 November 2011

HAMZAH ZAINUDDIN MENYEBAT TANAH DI SELAMA


Hamzah Zainuddin adalah Ahli Parlimen Larut. Dia juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Larut. Ketua Bahagian adalah Raja Ahmad. Hamzah adalah Timbalan Menteri Perdagangan, Perladangan dan Komoditi.

Sengketa antara Hamzah Zainuddin dan Raja Ahmad Zainuddin yang merupakan ADUN Kubu Gajah bukan lagi cerita rahsia. Sengketa tersebut bagaimanapun, hanyalah berkisar tentang peruntukan dari Pusat untuk Parlimen yang diberikan menerusi Hamzah Zainuddin, bukannya kepada Raja Ahmad yang merupakan Ketua Bahagian Larut.

Itu perkara normal dalam UMPORNO. Yang nak diceritakan di sini ialah bagaimana Hamzah Zainuddin menipu sebilangan orang kampung yang telah meneroka tanah kerajaan dan kemudian menjadikan tanah itu sebagai miliknya.

Ceritanya begini...

Pada zaman Pakatan mentadbir Perak selama 11 bulan, sekumpulan orang telah membuka tanah secara haram di Selama berkeluasan lebih 100 ekar. Apabila UMPORNO mengambilalih Perak menerusi kerja-kerja jalan belakang yang diketuai oleh YB Hamidah Othman dengan bantuan adiknya, Hamizura serta beberapa orang yang lain, TIDAK TERMASUK NIZAM KICAP yang pada masa itu masih lagi merupakan pengampu tegar Anwar Ibrahim, peneroka-peneroka haram tersebut bimbang dengan tindakan susulan yang bakal mereka terima.

Mereka bertemu dengan Hamzah. Hamzah mencadangkan agar sebuah koperasi ditubuhkan dan melalui koperasi tersebut, tanah berkeluasan lebih 100 ekar itu dipohon pendudukan sementara atau TOL. Peneroka-peneroka yang sedang tersepit itu bersetuju dengan saranan Hamzah.

Yang mereka tidak tahu, koperasi berkenaan ditubuhkan dan diletakkan di bawah syarikat milik Hamzah. Hamzah adalah seorang kontraktor yang memiliki syarikat Justera Sdn. Bhd. Justera adalah anak syarikat Construction and Supply House Berhad (CASH) milik Dato' Syed Ibrahim.

Bagi mereka yang tidak mengenali Hamzah Zainuddin, orang inilah yang telah menuduh Anwar Ibrahim mengganggu isteri keduanya yang cantik jelita. Dia menunjukkan bukti untuk menguatkan tuduhannya iaitu rakaman perbualan dan ayat-mengayat Anwar Ibrahim terhadap isteri keduanya.

Berbalik kepada cerita Hamzah dan penipuan tanahnya, apabila kelulusan telah diberikan oleh pejabat tanah, keseluruhan kawasan yang telah diteroka tersebut menjadi hak milik mutlak Hamzah Zainuddin. Manakala para peneroka yang mengusahakannya secara haram sebelum itu, telan air liur dan menepuk dahi masing-masing.

Dengan menggunakan kuasanya selaku Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen, Hamzah Zainuddin kembali mengulangi perbuatan lamanya iaitu mencuri serta mendapat keuntungan mudah. Modus operandinya ialah mendapatkan kontrak melalui Justera yang kemudian disenaraihitamkan. Setelah mendapat kontrak, dia akan membuat tuntutan 'bayaran pendahuluan'. Setelah bayaran tersebut diterima, projek berkenaan akan ditinggalkan dan tergendala. Projek Perumahan Jabatan Agama Kedah dan Lebuh Raya Gerik merupakan antara contoh keuntungan cara mudah yang dibuat oleh Hamzah Zainuddin.

Hamzah Zainuddin juga telah diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar gantirugi sebanyak RM11.206 juta kepada isteri pertama yang ditinggalkannya gantung tidak bertali.

Bila dia mencuri tanah yang diusahakan oleh orang lain, Timbalan Menteri itu sebenarnya tidak pernah berasa berdosa, memandangkan memang kerjanya mencuri dan menipu.

7 comments:

  1. hamzah zainuddin ni antara wakil rakyat faveret kelab media abon - asal bayo on - sebab masyukkk.

    ReplyDelete
  2. apasal ceritra pasal hamzah ni, kita semua nak dengar cerita nizam kicap yang mike selalu dengar dari orang lain dan kawan mike, asal cerita nizam kicap semua mike dengar dari org.....hheeee

    ReplyDelete
  3. nie mesti blogger santau berapi ada masalah dalaman dgn nizam, aku pon tk berapa suka sgt ngn nizam ni, tp agak2la bro, kebanyakan statement lu ni leh makan diri, dahla blog ni blog idup segan mati tak mau, byk fitnah lak, ko tggu je la saman dari syarikat2 yg ko fitnah selama ari nie, wa tarak tipu lu bro santau berapi, yg nk santau lu pon dh ready , tp bukan santau berapi, santau berdarah jer...

    ReplyDelete
  4. santau berapi tak nak buat cerita ke n bongkar pasal IDR yang depa kata orang2 depa hebat2 belaka, dengaq cerita tengah buat renovation umah kat jalan tiger lane ratusan ribu... tapi yang dapat projek tu orang2 depa jugak, kepala IDR yang pangkat besaq bagi kat orang2 depa jgak....

    ReplyDelete
  5. Yang pastinyanya senuanya haram jadah ko tunggula nanti bila pakatan rakyat ambil alih siap ko kami akan korek semuanya, daripada media hinggalah ke Nizam puki

    ReplyDelete
  6. Nanti kalo pakatan rakyat ambil alih, nasi vanggey masih ader ker?

    ReplyDelete
  7. Hai saya dari masa hadapan ...sekarang dia dah suci selepas join PH . wakakaka

    ReplyDelete