Wednesday, 12 October 2011

NIZAM KICAP OOOOO NIZAM KICAP, JAHAT BEBENOR KAMU GHOPERNYER!!!

Semalam, aku sibuk nak ke sana ke mari menguruskan beberapa hal kerja yang takdak kena-mengena dengan mana-mana parti politik. Malam tadi, sempatlah aku singgah kat Chenderung Balai, lepak jumpa kengkawan lama. Banyak juga cerita menarik tentang Nizam Kicap dan Menteri Besar berkulit kicap, Zambri yang sampai ke telinga aku.

Sorang kawan aku mempertikaikan tentang projek Youth Job Fair yang baru-baru ini diadakan di Ipoh melibatkan Pemuda Barisan Nasional. Katanya, syarikat milik Nizam Kicap, Tri-Silver dapat projek tersebut. Nizam Kicap menerusi Tri-Silver dapat RM500,000 dari Kerajaan Negeri Perak dan RM500,000 lagi dari Pemuda Barisan Nasional sebagai peruntukan untuk menyelenggarakan projek tu.

Kerajaan Negeri Perak bagi tapak percuma untuk para peserta. Oleh kerana Tri-Silver yang menguruskan acara tu, maka tapak di mana Youth Job Fair diadakan, diserahkan kepada Nizam Kicap.

Apa yang Nizam Kicap buat ialah, tapak tersebut dibahagikan kepada 100 tapak kecil. Kemudian, dia JUAL KESEMUA 100 tapak tersebut kepada peserta. Buta-buta dia dapat RM400,000 tanpa keluarkan sesen pun. Cukup dengan hanya modal dia sebagai pressec Menteri Besar.

Korang fikir, Menteri Besar terlibat dengan benda ni ke tidak?

RM1.4 juta untung atas angin, beb... tak hairanlah sebab apa, pressec MB Perak ini ketagih sangat dengan rumah urut dan kelab hiburan berstatus tinggi kat KL sampai menikah ketiga pun dengan perempuan urut. Rupa-rupanya banyak masyuuuuuukkkk....

1 comment:

  1. Benar ke fakta2 ni? Ada macam tak kene jer. Penulis dah ada fakta atau pakai hentam tulis jer? Setahu-menahu saya orang lain yang pemilik sebenar syarikat Tri-Silver tu dan mempunyai talian persaudaraan dengan YB Hamidah. Takan Nizam Kicap ada kene-mengena kot?

    ReplyDelete