Friday, 25 March 2016

Tak Senang Kerana Ustaz Nik Abduh Mesra Dengan Najib Abdul Razak?



Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama berdoa dan bermunajat kepada Allah Taala agar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Harun Din yang diberitakan telah mengalami sakit dada dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut diberikan kemudahan dan rahmat Allah Taala selain dikurniakan kesembuhan.

PAS sedang mengalami transformasi besar-besaran di bawah kepimpinan TGHH sama ada disedari atau sebaliknya. Dan transformasi tersebut jelas kurang menyenangkan di kalangan jemaah dan segelintir pemimpin PAS sendiri. Malah ada kepimpinan tertinggi yang seperti enggan untuk berubah sebaliknya masih kekal di takuk lama dengan pemikiran dan taktik politik kuno yang sudah ketinggalan zaman.

Ada yang berpendapat perpindahan dan penghijrahan beramai-ramai Ahli Parlimen dan ADUN PAS ke Parti Amanah Negara yang dipimpin oleh bekas Timbalan Presiden PAS adalah sesuatu yang amat merugikan PAS. Ada ahli akar umbi yang mengeluh dan mengadu, mereka tidak yakin PAS akan lebih kuat dengan ketiadaab pemimpin-pemimpin yang sudah berhijrah ke PAN itu memandangkan mereka bukan sahaja popular malah kerap menimbulkan kontroversi yang penting untuk publisiti.

Namun kerja Allah Taala tiada sesiapa pun dapat meneka. Beberapa petunjuk tentang rapatnya hubungan antara TGHH dgn DSN sekaligus membuka lembaran baru UBN-PAS. Malah kehadiran Ustaz Nik Abduh dan Ustaz Nasaruddin Tantawi dalam sebuah majlis huffaz yang turut dihadiri oleh DSN serta gambar-gambar mesra mereka, membuatkan ada yang berbulu mata.

PAS pernah ditohmah membudayakan takfir pada zaman Mahathir sebagai Perdana Menterinya. Mungkin sebahagian daripada tohmahan tersebut benar kerana wujudnya golongan pentakfir di dalam gerakan PAS. Namun yang pastinya golongan pentakfir ini tersangat kecil dan jahil ilmu tetapi cuba berlagak sebagai mufti besar dengan mengeluarkan hukum sehingga akhirnya tergelincir lidah mereka dengan perbuatan melampau.

Namun Allah Taala juga telah berjanji, kebatilan pasti akan musnah dengan satu kebenaran. Seperti bendasing di dalam campuran emas mentah yang apabila dicairkan akan membentuk satu lapisan hitam yang tidak bernilai, meninggalkan emas padu.

Itulah yang berlaku apabila golongan melampau dan jahil ilmu tetapi berlagak seolah-olah mereka adalah ulama terbilang sedangkan dengan aksesori luaran sedangkan disiplin dan adab ilmu langsung tidak ada.

PAS kini jauh lebih bersih sebelum kewujudan PAN. Allah Taala telah mengeluarkan golongan parasit dan munafiq dari batang tubuh PAS kecuali beberapa orang yang barangkali boleh diubah lagi. Namun pada masa yang sama, Allah Taala menggantikan dengan yang lebih baik yang mungkin akan merealisasikan impian PAS untuk menegakkan hukum Allah Taala di negara ini lambat laun.

Perlu diingat sebarang perubahan kepada undang-undang adalah Perlembagaan. Untuk mengubah Perlembagaan, maka undi majoriti dua pertiga di Parlimen diperlukan.

Walaupun kini musuh-musuh Allah sedang menghina kita kerana kita tidak lagi mengeraskan tentang hudud, tetapi kita yakin bantuan Allah Taala untuk cita-cita murni kita akan direalisasikan menerusi perpaduan umat Islam itu sendiri, bukannya berjuzuk-juzuk sepertimana yang cuba dilakukan oleh piham DAP dan PKR.

Sekarang adalah masanya jemaah dan akar umbi PAS kembali kepada prinsip asas berakidah iaitu AQLI dan NAQLI.

Wednesday, 23 March 2016

Contohi Akhlak Mulia Tidak Balas Dendam TG Hadi


Akhlak TGHH Presiden PAS bakal PM wajar diikuti.
Akhlak Islam yg wajib diikuti sedaya nya oleh kita semua.

1998 Anwar dipecat.Dituduh liwat.
Tghh dtg memberi sokongan moral.Penyokong Pas turut bereformasi di Jln Tunku Abd Rahman..Mlm Jumaat dtg kerumah Anwar..solat hajat dan baca Yassin..TGHH buat buku tajuk Qazaf utk membela Anwar..
Dlm perbicaraan penyokong Pas hadir..

Pada hal...semua tahu serangan kpd Pas sewaktu Anwar jadi TPM

Sepatutnya Tghh menyerang Anwar..Tapi Tghh bela pula Anwar..

2015..DS Najib diserang dgn kes RM 2.6 bilion dan 1 MDB..
Tghh buat kenyataan mesti tuduhan ada saksi..DS Najib mesti dibicarakan sama ada salah atau tidak..Bukan di hukum tanpa dibicarakan..

Semua tahu serangan DS Najib kpd Pas..
Tghh tidak menyerang DS Najib ..malah tak setuju DS Najib dijatuhkan...

2016 Mohd Sabu kena saman RM100.000.00.
Tghh tak menyerang pun Mohd Sabu.
Pada hal semua tahu serangan Mohd Sabu kpd Tghh dan Pas..
Akhlak Tghh tak balas dendam pun..

2016 Mac..LGE dituduh berlaku penyelewengan dlm urusan beli rumah.
Apa kata Tghh...jgn hukum LGE selagi mahkamah belum memutuskan.

Pada hal semua tahu serangan LGE dan Dap yg bertali arus terhadap Tghh dan Pas..

Tapi Tghh tak serang pun LGE dgn isu belian rumah ..

BERSAMA PAS KITA BAIKI AKHLAK RAKYAT MALAYSIA.

Tuesday, 15 March 2016

SAMAN RM200,000 Dan Ancaman Muflis, Ahli-Ahli PAN Disaran Mengasihi dan Menyayangi Mat Sabu


Dalam Parti Amanah Negara, ada pelbagai watak. PAN ni lebih kurang sama saja dengan PKR atau mana-mana serpihan UBN yang lain. Semuanya terhasil daripada kekecewaan dan rasa diri lebih baik berbanding jemaah.

Bagaimanapun, di dalam PAS, ada satu watak yang sangat dikenali dan diketahui tembelang dan jembalangnya!

Husam Musa!

Seorang lagi pula bernama Mahfuz Omar.

Baik Mahfuz Omar mahupun Husam Musa sehingga ke hari ini, belum lagi keluar dari jemaah PAS dan menyatakan baiah taat setia kepada PAN kerana mereka juga tahu, PAN tidak akan ke mana-mana. Hayat PAN akan berkubur selepas PRU-14 walaupun dibarisi pelbagai watak dan nama-nama besar bekas PAS yang memang diprojeksi dari awal oleh DAP seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Mujahid dan sebagainya.

Amat menarik sekali ialah apabila Pengarah Komunikasi PAN Perak, Abdul Rahim Mohd Noordin menggesa setiap ahli PAN Perak wajib menghadiri Majlis Malam Solidariti Mat Sabu sebagai tanda mereka menyayangi dan mengasihi Mat Sabu yang merupakan Presiden PAN.

Sampai sudah terjerut sebegitu rupa, apabila kekasih yang menjanjikan bulan bintang, tiba-tiba enggan lagi membantu. Umpama orang bermain layang-layang. Sekaligus membuatkan Mat Sabu dan PAN akan lebih melutut kepada DAP dan Lim Guan Eng dalam masa terdekat demi menyelamatkan Mat Sabu, si Presiden Parti Amanah Negara yang minta dikasihi dan disayangi.

Baru-baru ini, Mat Sabu terkejut besar sehingga mulut besarnya terkatup rapat apabila ada permintaan sebahagian penyokong PAN baru-baru-baru ini agar Husam Musa dilantik menggantikan Mat Sabu sebagai Presiden baru PAN.

Ini adalah kerana Mat Sabu bakal berhadapan dengan tuntutan MUFLIS setelah gagal membayar hutang sebanyak RM200,000 membabitkan saman fitnah. DAP dan Lim Guan Eng yang selama ini membiayai PAN, kali ini sudah tarik hand-brake bagi membolehkan dan menyebabkan PAN serta Mat Sabu terus sujud di telapak kaki Guan Eng.

Bagi mengelakkan malu, cadangan agar Husam Musa yang lebih banyak duit, hasil daripada menyamun hasil mahsul Kelantan ketika dia menjadi Exco Kanan dahulu dan penipuannya ke atas Almarhum Tuan Guru Ustaz Nik Abdul Aziz sehingga Almarhum Tuan Guru dilemparkan pelbagai fitnah dan tuduhan liar serta jahat daripada UBN, dilihat mampu menjana dan menggerakkan PAN berbanding Mat Sabu.

Walaupun terdapat sekumpulan aktivis PAN yang cuba mengutip derma untuk Mat Sabu, nampaknya sambutan yang diberikan amat mengecewakan. Tidak itu sahaja, perhimpunan atau ceramah PAN juga langsung tidak mendapat sambutan walaupun promosi dan publisiti dibuat kononnya PAN akan menggantikan PAS di Kelantan.

Itulah balasan buat orang yang derhaka!


Friday, 11 March 2016

Dosa Besar Apakah Kalau PAS Ada BLOK PEMBANGKANG Sendiri?


Pengumuman Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan bahawa PAS sedang merancang untuk menubuhkan Pakatan ketiga dengan beberapa buah parti politik lain di Malaysia, dilihat mengejutkan banyak pihak, khususnya Parti Amanah Negara dan DAP serta PKR.

Pengumuman tersebut sebenarnya mempunyai signifikan yang sangat besar terutama sekali membabitkan Pakatan Rakyat Selangor yang tidak berani dibubarkan walaupun di negeri-negeri lain, Pakatan Rakyat sudah tidak wujud.

Di Selangor, PAS menguasai 13 kerusi DUN, sekaligus akan memberikan kesan besar kepada pentadbiran negeri yang diketuai oleh Azmin Ali dan Kerajaan Tempatan yang dikuasai oleh DAP seandainya DAP berlagak kepala besar dengan mengeluarkan PAS daripada pentadbiran negeri.

Kerjasama antara Pakatan Harapan (DAP-PKR-PAN) dengan bekas diktator, Mahazalim Mahafiraun Mahathir, tidak akan ke mana-mana apabila Dr. Mahathir dan tali barutnya seperti Mahyuddin dan anak lelakinya, Mukhriz Mahathir tidak mempunyai pengaruh besar dalam UMNO sendiri walaupun mereka cuba dipopularkan.

PAS memerlukan rakan kongsi yang baru seandainya PAS mahu terus relevan dalam politik di Malaysia. Bersendirian dan kemudian melawan semua elemen politik, adalah sesuatu yang tidak bijak dilakukan. Apatah lagi, diversiti sosial Malaysia yang memerlukan keragaman yang tidak bersifat tunggal.

Dengan UBN yang sukar dipercayai, selain tikam belakang dan berlagak seperti abang besar walaupun mereka yang memerlukan PAS dalam Tahaluf Siyasi dengan DAP-PKR, selain niat jahat bekas pemimpin yang mendapat banyak manfaat daripada PAS tetapi kemudian memilih untuk menyembah kaki DAP dengan penubuhan Parti Amanah Negara, PAS perlu lebih bijak menangani politik semasa yang matang dan lebih berinovasi.

Blok baru pembangkang yang diketuai oleh PAS, bukan sahaja akan menjadi timbangtara antara UBN dengan Pakatan Harapan, tetapi juga memberikan alternatif kepada para pengundi yang sudah bosan dengan kaedah politik yang dimainkan oleh UBN dan Pakatan Harapan terutama sekali DAP.

Jadi, tidak hairanlah mengapa Pakatan Harapan, khususnya DAP dan PAN begitu kalut apabila Takiyuddin mengumumkan pembentukan blok baharu pembangkang yang akan diketuai oleh PAS. Mereka tahu apa yang PAS mampu lakukan berdasarkan pengalaman Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif yang dianggotai oleh DAP dahulu.


Thursday, 10 March 2016

Catatan Khas: Tuan Guru Presiden PAS Berbahas, Dewan Parlimen Berubah Bagaikan Dewan Kuliah Universiti


1. Pada tepat jam 12.00 tengah hari semalam, giliran Ahli Parlimen Marang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang membahaskan Titah Diraja. Saya tidak menyangka suasana perbahasan menjadi begitu menarik dan mengasyikkan. Sesiapa yang berada di dalam Dewan mahupun menonton secara langsung pasti berasa teruja kerana suasana Dewan yang biasanya gamat dengan pertelingkahan dan bertikam lidah berubah menjadi diskusi ilmiah bagaikan dalam dewan kuliah universiti.

2. Asalnya masa yang diperuntukkan hanya 30 minit tetapi atas budibicara Dato' Timbalan Speaker, Tuan Guru Presiden dibenarkan untuk berbahas selama 1 jam kerana ramai Ahli Parlimen lain daripada BN mahupun Pembangkang yang berminat bangun membuat pencelahan. Mereka bertanya dengan penuh adab tatasusila bahkan ada Ahli Parlimen DAP yang memanggil nama "Tuan Guru" sedangkan kebiasaannya sesama Ahli Parlimen akan memanggil " Yang Berhormat (nama kawasan yang diwakili). Ada Ahli Parlimen BN yang bangun bertanya memulakan dengan lafaz "Subhanallah, Tabarakallah" kerana beliau begitu tertarik dengan isi perbahasan Tuan Guru Presiden.

3. Antara kelainan yang dapat saya perhatikan dalam perbahasan kali ini, Tuan Guru Presiden berucap tanpa teks, hanya sesekali merujuk catatan isi penting, ia membuatkan suasana yang lebih santai, spontan, banyak eye-contact dan gerakan tangan.

4. Di awal ucapan, beliau menyebut perbahasan akan menyentuh 2 perkara yang terkandung dalam Titah Diraja iaitu:

a) Sokongan Yang di-Pertuan Agong terhadap segala inisiatif bagi mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan dan pemerkasaan Mahkamah Syariah.

b) Seruan Yang di-Pertuan Agong agar hentikan berpolitik untuk kepentingan sempit.

5. Berikut adalah intipati utama ucapan perbahasan beliau:

- Seruan transformasi yang diwar-warkan oleh kerajaan perlulah mengikut petunjuk di dalam Al Quran.
Transformasi positif sepertimana dalam ayat 11, Surah Ar Ra'du, yang bermaksud "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri"

- Pembangunan insan akan dapat membangunkan negara dan ummat, Allah memulakan Islam di bumi Mekah yang kering, tidak ada apa-apa hasil,
lalu manusia dibangunkan dengan ilmu, akhlak, dan jatidiri.

- Kita kembali kepada Perlembagaan yang diasaskan oleh mereka generasi awal samada di pihak kerajaan dan pembangkang yang sama-sama memperjuangkan kemerdekaan walaupun berbeza dasar dan pendekatan politik. Suruhanjaya Reid telah menetapkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai Agama Persekutuan, manakala agama lain bebas diamalkan, dan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan hak bahasa ibunda masing-masing.

- Yang di-Pertuan Agong menyeru agar mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan. Apabila hendak mendaulatkan Islam, perlulah berpandu kepada agama Islam yang disebut dalam Al Quran iaitu Ad Din dan kaffah (sempurna) sifatnya. Kita jangan terpengaruh dengan takrif agama mengikut Bahasa Inggeris, penjajah kita dan juga yang terkandung dalam Kitab Bible. Tuan Guru memetik :
"Jesus said to them, “Render to Caesar the things that are Caesar’s, and to God the things that are God’s.” ( Mark 12:17)
Ia menunjukkan pemisahan agama dan politik sedangkan Islam agama yang berdaulat. Islam menentang diktator dan teokrasi.
Ayat Quran menyebut mengenai adanya pemerintah yang berlagak bagaikan Tuhan samada bernama raja seperti Firaun dan Namrud, ataupun Al Malak (pemimpin-pemimpin).

[Pencelahan oleh YB DAP Bukit Mertajam- mohon penjelasan lanjut berkenaan tafsiran Bible yang dibaca oleh Tuan Guru]

- Tuan Guru menceritakan tentang sejarah dalam agama Kristian yang menindas golongan ilmuan, manakala golongan agamawan bersekongkol dengan pemerintah, merebut kuasa melalui pengutipan cukai pengampunan dosa. Apabila Tamadun Islam mula mempengaruhi Barat maka lahirlah ideologi Sekularisme yang memisahkan agama daripada politik.

- Apa yang dibawa ke negara ini oleh penjajah British bukanlah ajaran asal Kristian tetapi ajaran yang sudah dipinda bagi menyekat kuasa agama Islam dengan merampas kuasa Raja-Raja. Agama dihadkan kepada sekadar nikah-cerai, pembahagian harta-pusaka, dan wakaf. Kuasa tanah, pentadbiran, dan kerakyatan diambil oleh British. Selepas merdeka, pemikiran British ini patutlah dibuang.

- Usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah amatlah dialukan. Apa yang ada hari ini, Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret padahal kita sebut Islam adalah Agama Persekutuan. Bagaimana Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah di daerah-daerah.?
Saranan Yang di-Pertuan Agong agar Mahkamah Syariah diperkasakan amatlah disokong dan dilalukan.

[Pencelahan oleh YB PKR Bukit Katil yang mencadangkan agar Hakim Mahkamah Syariah dilantik oleh Suruhanjaya sepertimana Hakim Mahkamah Sivil, agar mereka bukan sekadar penjawat awam biasa]

- Tuan Guru bersetuju cadangan itu tetapi mahukan aspek yang lebih luas iaitu kadar hukuman. Kuasa hukuman sepatutnya lebih tinggi dan sebolehnya menepati syariat yang sepenuhnya. Dalam hal ini, penganut bukan Islam jangan bimbang kerana wujudnya jaminan dalam Islam iaitu tidak ada paksaan untuk memeluk Islam. Ayat Quran juga menyebut mengenai larangan meroboh rumah ibadah agama lain. Lihatlah di Mesir, masih ada gereja yang dimiliki oleh Kristian Ortodok Koptik yang ada sebelum Islam. di Iran ada rumah api yang dimiliki oleh penganut agama Majusi, di Indonesia alam Melayu ini masih ada candi Borobudur. Ini menunjukkan kebebasan beragama yang dijamin oleh Islam.

- Dalam aspek pelaksanaan undang-undang, orang Islam tertakluk kepada undang-undang Islam tetapi hal ehwal umum seperti trafik jalanraya, undang-undang tetap sama untuk semua yang Islam dan bukan Islam. Contohnya, tidak boleh dibuat lampu hijau untuk orang Islam boleh jalan manakala yang bukan Islam kena berhenti, pasti huru-hara di jalanraya.

[Pencelahan oleh YB BN Rompin yang berpandangan soal pendekatan kita apabila menyebut pemerkasaan Mahkamah Syariah berbanding penekanan Hudud boleh membuatkan orang bukan Islam tidaklah terkejut sangat yang cuba memahami Islam]

- Tuan Guru Presiden menjelaskan dalam Islam adanya undang-undang perlembagaan, perdagangan, keluarga, jenayah, antarabangsa, semuanya ada dalam Islam. Seringkali golongan orientalis menggunakan Hudud sebagai senjata menyerang Islam, hukum potong tangan dijadikan hujjah menakutkan orang bukan Islam.

- Pernah berlaku satu Dialog pada tahun 1971,di antara Vatican City (wakil Barat) dan pemikir Islam yang dianjurkan di Vatican dan Riyadh. Isu potong tangan ini timbul, mereka menyangka apabila ada sejumlah 70,000 pencuri maka kesemuanya dipotong tangan. Mereka tidak sedar bahawa undang-undang Islam sifatnya mendidik, bukan menghukum. Hukuman yang hendak dijatuhkan sangat ketat termasuk ciri hakim, saksi, penjenayah, kadar curian, hubungan pencuri dan mangsa. Mengikut Islam, hakim perlu cari jalan membebaskan pesalah kerana Islam menggalakkan pengampunan dan bertaubat. Apa yang penting undang-undang ini mendidik, bagi menggerunkan penjenayah dan semua orang. Apa yang hendak ditakutkan jika kita tidak mencuri..? Lihat di Arab Saudi adanya keamanan, kedai boleh ditutup hanya dengan kain tanpa kunci yang kukuh mahupun jaga yang gagah perkasa. Inilah kehebatan undang-undang.

- Hukuman sebatan dalam Islam bersifat tidak mencederakan tetapi memalukan pesalah. Hukuman tidak boleh pecah kulit, bukan macam dalam penjara hari ini yang menggunakan rotan yang kuat sehingga tercabut kulit dari isi. Dalam sirah ada seorang tua yang kurus melakukan kesalahan, dijatuhkan hukuman 100 sebatan, orang bertanya kepada Nabi, bagaimana hendak dilaksanakan hukuman ini.? Nabi menjawab, ambil 100 ranting, pukul 1 kali sahaja di khalayak ramai.
Inilah keindahan hukum Islam, janganlah percaya seperti dalam filem yang ingin memburukkan imej Islam.

[Pencelahan oleh YB PKR Penampang yang berpandangan tidak setuju undang-undang agama diperluaskan lagi penguatkuasaannya kerana itu syarat asal kemasukan Sabah ke dalam Malaysia dahulu]

- Tuan Guru Presiden menjawab dalam Perlembagaan Malaysia adanya sistem Federalisme yang memberikan hak agama adalah kuasa kerajaan negeri, maka terpulanglah kepada Kerajaan Negeri masing-masing, Beliau mengimbau kembali sejarah Islam. adanya pemerintahan yang begitu luas daripada India sehinggalah ke Sepanyol di Barat yang turut mengamalkan federalisme, zaman itu tiada lagi internet dan telefon. Raja Najasyi, pemerintah Habsyah yang baru memeluk Islam berhadapan dengan paderi Kristian yang tidak bersetuju dengan beliau, Hudud ditangguhkan berasaskan realiti masyarakat di situ. Ini adalah keanjalan yang ada dalam pelaksanaan Syariat Islam.

*Timbalan Speaker memaklumkan ramai yang berminat dengan perbahasan YB Marang,
[Pencelahan oleh YB BN Bagan Serai yang menyatakan beliau begitu tertarik mendengar penjelasan mengenai undang-undang Islam yang diterangkan oleh Tuan Guru Presiden, beliau meminta pendapat perlukah diubah undang-undang bagi mencegah jenayah dadah yang masih belum dapat ditangani sehingga sekarang.?]

- Tuan Guru Presiden menerangkan adanya 3 bahagian dalam undang-undang Islam iaitu Qisos (hal kecederaan), Hudud (hal moral), dan Ta'zir (hal yang tiada dalam Hudud dan Qisos). Dadah termasuk dalam Ta'zir yang tertakluk kepada budibicara pemerintah. Undang-undang Islam adanya aspek ruh spiritual, ini tidak ada pada undang-undang Barat. Makna spiritual ini ialah seseorang itu percaya bahawa sekiranya dia tidak dihukum di dunia, dia tetap tidak dapat lari daripada hukuman di Akhirat. Sebab itu dalam sejarah Islam, ada pesalah datang serah diri mengaku salah kerana adanya aspek spiritual dalam diri ini. Perbincangan lanjut diperlukan dalam hal ini, kerana masa yang ada sekarang singkat dan bukannya dalam kelas kuliah undang-undang.

[Pencelahan sekali lagi oleh YB BN Rompin bangun mencadangkan agar Perlembagaan sediaada tidak dipinda tetapi Mahkamah Syariah yang perlu diperkasa.]

- Tuan Guru Presiden menjawab ada perkara yang beliau setuju dan ada yang beliau tidak setuju. Islam sebagai agama persekutuan tidak perlu dipinda, tetapi undang-undang lain boleh dipinda seiring dengan perkembangan semasa. Semenjak beliau berada di Parlimen pada tahun 1990 lagi, sudah banyak kali pindaan Perlembagaan dibuat. Ini menunjukkan kita boleh fleksibel, tidak perlu jumud dalam semua perkara.
Contohnya, hukuman gantung sampai mati yang menggunakan tali. Islam menetapkan hukuman bunuh perlu dilaksana tetapi bukan menyeksakan. Hukuman mati tetap perlu ada, cuma kaedah yang berbeza. Dalam Islam adanya perkara Tsawabit (yang sudah tetap, tidak boleh berubah) dan Mutaghaiyyirat (yang boleh berubah mengikut perkembangan.

[Pencelahan oleh YB BN Julau yang bertanya berkenaan berita dalam media bahawa Tuan Guru Presiden mendakwa orang Islam ditawarkan wang oleh gerakan Missionary untuk memeluk agama Kristian]

- Tuan Guru Presiden menjelaskan beliau mendapat maklumat berkenaan wujudnya aktiviti sedemikian seperti di negara Afrika. Dalam Islam pun ada, iaitu wang zakat untuk menggalakkan orang masuk Islam, dalam Kristian pun ada, itu hal agama mereka. Apa yang lebih penting ialah menjaga keharmonian, sebab itu dalam Islam menggalakkan dialog antara satu sama lain bagi berhujjah dengan tidak menimbulkan ketegangan.
Biar kita berbeza pendapat, jangan berpecah.

[Pencelahan sekali lagi oleh YB BN Julau yang berpandangan tidak boleh orang yang dihormati dan bergelar Tuan Guru membuat dakwaan sebegitu terhadap agama Kristian]

- Tuan Guru Presiden berkata terserah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan membuat tindakan selanjutnya. Beliau memetik kata-kata Imam Al Ghazali,"agama asas kehidupan manusia, kuasa pemerintahan adalah pengawas, perkara yang tidak ada asas akan runtuh."
Apabila kita tidak mengikut agama, maka akan runtuh kehidupan. Usah percaya dengan Islamophobia, yang mengatakan Islam agama pengganas sedangkan Kristian juga ada pengganas sepertimana di Ireland,pengganas dalam agama Hindu juga ada di India, 2 PM India dibunuh oleh penganut Hindu. Jangan dituduh Islam sahaja.
Sebenarnya, Islam menentang keganasan, menggalakkan hubungan yang baik sesama insan. Islam melarang membunuh kucing, dan boleh memperoleh pahala apabila memberi minum anjing yang dahaga, bagaimana mungkin Islam membenarkan manusia dibunuh sesuka hati.?

- Seterusnya, Tuan Guru Presiden membahaskan betapa pentingnya memartabatkan Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan, bahasa perantara kaum. Bahasa adalah naluri fitrah manusia, yang menjadi medium komunikasi, dan mencari ilmu. Bagi mengilmukan sesuatu bangsa maka perlulah dipelajari dalam bahasa ibunda masing-masing, yang menjadi jiwa bangsa. Mengapa ilmu asas pun hendak dipelajari dengan menggunakan bahasa asing.? Solat itu dalam Bahasa Arab tetapi kita belajar solat dalam Bahasa Melayu.
Mengapa kita tinggalkan bahasa kita sendiri untuk belajar Sains.? Hal ini menyebabkan kaum Bumiputera ketinggalan.
Kita cuba lihat di peringkat antabangsa, ketua-ketua negara asing berucap di PBB dalam bahasa ibunda sendiri.


*Timbalan Speaker menggesa YB Marang membahaskan mengenai isi kedua Titah Diraja berkenaan hentikan berpolitik untuk kepentingan sempit.
Beliau turut memberi izin YB Marang berbahas sehingga jam 1.00 petang.

- Tuan Guru Presiden menjelaskan kita tidak boleh berhenti daripada politik kerana ia adalah sebahagian kehidupan manusia. Namun, yang masalahnya apabila berpolitik melampau, sehingga meninggalkan akhlak, perangai yang baik. Ini tidak elok. Seruan ini kepada semua, tidak dituju kepada pihak tertentu.
Lantas, Tuan Guru Presiden memetik kata-kata Saidina Abu Bakar As Siddiq dilantik sebagai Khalifah Ketua Negara, "wahai tuan-tuan, saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, saya bukan orang yang terbaik. Kalau saya baik, tolonglah saya, jika saya tidak baik, perbetulkanlah saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat."
Ini menunjukkan budaya memecat pemimpin tidak digalakkan dalam Islam, kita perlu sabar dan memperbetulkan pemimpin.

- Lihat pada Arab Spring, apa yang jadi.? Musim bunga yang tidak berbuah sehingga berlaku campurtangan asing dalam negara yang menghuru-harakan negara.
Walaupun saya tidak setuju dengan kerajaan, tetapi kita sabar.
PAS menyertai arena politik tanah air sejak sebelum merdeka sehingga ke hari ini, parti-parti lain banyak yang baru ditubuhkan kemudian. Kita sabar, kita menang, kita kalah, kita rebah, kita bangun, kita banyak kerusi, kita tiada kerusi langsung, kita tidak kisah, yang penting jangan mengacau rakyat. Ini yang perlu kita jaga betul-betul. (bunyi tepukan sokongan daripada Ahli Dewan).
Saya tidak mengampu sesiapa, orang hendak sokong, sokonglah, yang tidak mahu, tidak mengapa.

6. Tuan Guru Presiden menamatkan ucapan beliau pada jam 12.50 tengah hari. Sesungguhnya, suasana ucapan perbahasan beliau tadi begitu menarik kerana wujud perbincangan dua hala secara ilmiah dan penuh adab. Tuan Guru Presiden dengan berani menyampaikan mesej dakwah Islam secara hikmah dan tegas berprinsip kepada sekalian Ahli Dewan samada yang beragama Islam dan bukan Islam.

7. Sejurus Tuan Guru Presiden menamatkan ucapan, sempat mengiringi beliau ke kereta sambil mengucapkan tahniah atas ucapan yang begitu menarik. Beliau memaklumkan tidak dapat meneruskan ucapan sehingga jam 1.00 petang kerana tekak sudah kering. Beliau bertolak pulang ke Pejabat Agung PAS bagi meneruskan tugasan untuk mpengerusikan mesyuarat parti pula.

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli,
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS

Tuesday, 8 March 2016

Mahathir si Zalim Diperkudakan, Mat Sabu Bercita-Cita Pimpin Demonstrasi Jalanan


Minggu lepas, cerita tentang Mahathir begitu diagung-agungkan. Mahathir si zalim yang telah melakukan kerosakan di bumi Malaysia selama lebih 22 tahun, diangkat dan dijulang oleh para penyokongnya. Dan mereka memberikan gambaran yang paling mengerikan, kononnya Mahathir akan membawa perubahan besar dengan kejatuhan Najib Abdul Razak dan UBN dari Putrajaya, sekaligus menyelamatkan Malaysia daripada dimusnahkan.

Hanya si majnun sahaja yang akan percaya dengan kata-kata manusia zalim seperti Mahathir yang tidak pernah dapat membezakan ruang waktu dan usia. 

Kalau sebelum ini, Mahathir menjadikan PAS sebagai sandaran keduanya apabila dia bermasalah dengan UBN. Tetapi kali ini, dia memilih Pakatan DAP-PKR-PAN.

Dan akhirnya, bekas Perdana Menteri zalim itu kenyanyukan dan kenyanyauan apabila DAP-PKR-PAN bertindak menghinanya.

Mahathir tidak kuat dan Mahathir yang merangkak datang menemui Pakatan Harapan untuk diminta pertolongan!

Allah Taala mengabulkan permohonan dan munajat jemaah Islam PAS selama bertahun-tahun terutama sekali mereka yang telah dizalimi oleh Mahathir sepanjang dia menjadi diktator negara ini.

Agak menarik seperti yang dilaporkan hari ini ialah, Mat Sabu telah dilantik untuk mengetuai demonstrasi Anti GST dan Selamatkan Malaysia.

Dengan kata lain, Deklarasi Mahathir itu cuba menggabungkan para penyokong masing-masing untuk demonstrasi besar-besaran yang akan memaksa Najib meletak jawatan walaupun masing-masing sebenarnya saling bergantung antara satu sama lain.

Sesuatu yang pasti, TANPA PAS DAN JEMAAH PAS, demonstrasi atau apa-apa sahaja perarakan akan GAGAL TOTAL!

PAS menerusi kenyataan Tuan Guru Presiden dan Ketua Pemudanya, Ustaz Nik Abduh awal-awal lagi telah menolak kaedah kuno yang ingin diadaptasi oleh puak-puak penyembah Lim Guan Eng ini. Sebaliknya, PAS menerusi politik matang, walaupun berharap dan berusaha untuk menumbangkan UBN dan Najib, percaya, ianya hanya boleh dilakukan menerusi Pilihanraya.

Retorik revolusi yang diuar-uarkan dan dipublisitikan oleh kumpulan Anwar Ibrahim sudah ketinggalan zaman. Zaman Sosialis dan Komunis yang mengagung-agungkan anarkisme menerusi demonstrasi ganas yang berlanjutan selama beberapa hari atau bulan seperti yang dimahukan oleh Anwar, bahkan dikerjakan pada sepanjang 1998-2000, adalah sesuatu yang amat sia-sia dan merugikan.

PAS telah belajar daripada kesilapan tersebut. Dan yang pastinya, PAS tidak akan mengulangi kesilapan bodoh seperti itu kerana pada akhirnya, kebodohan yang dituruti, kebodohan jugalah yang akan menimpa PAS serta jemaahnya yang istiqomah dengan perjuangan Islam.


Monday, 7 March 2016

Apa Selepas DEKLARASI RAKYAT? Takkan Sekadar Puaskan Nafsu Serakah Mahathir?


PAS melalui gerak langkah politik terbarunya, Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) bersedia menerima sesiapa sahaja termasuklah dari Umno atau yang keluar dari Umno untuk bekerjasama. PAS konsisten dengan dasar yang meletakkan Islam di tempat yg tertinggi. Oleh yg demikian, PAS tidak menolak 4 tuntutan dalam deklarasi rakyat kerana itu memang telah lama dilaungkan oleh rakyat dan PAS. Walaubagaimana pun, PAS melihat deklarasi itu terlalu kecil berbanding harapan rakyat, kerana beberapa perkara lain yang sepatutnya dimasukkan tidak dimasukkan.

Fokus deklarasi sepatutnya adalah menuntut campurtangan Yang Di Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi memberikan laluan kepada Pilihanraya dibuat lebih awal. Hanya ini jalan terbaik bagi menukar pemimpin dalam Kerajaan sedia ada. Biar rakyat menjadi hakim dalam menentukan masa depan kepimpinan negara yang baru.

Tuntutan penyingkiran Najib sebenarnya boleh dibuat melalui undian Parlimen sahaja, tetapi untuk melaksanakan penolakkan terhadap mereka yang menyokong Najib, itu perlu melalui proses pilihanraya. Jika hanya menukar Najib di Parlimen, dan menaikan pemimpin lain dari parti yang sama ianya tidak akan mengubah apa-apa, malah mungkin lebih teruk sebagaimana menukar Pak Lah kepada Najib.

PAS juga jelas bahawa menukar Najib kepada pemimpin lain sebelum Pilihanraya diadakan akan memanjangkan usia Umno-BN sama seperti ketika Umno tukar Presiden dari Mahathir kepada Pak Lah, dan Pak Lah kepada Najib. Umno tetap memimpin BN membina kerajaan walaupun 51% undi popular pada Pilihanraya 2013 yang lalu memihak kepada pembangkang.
Strategi seperti ini sepatutnya sudah tidak boleh dipakai, kerana PAS yakin rakyat kini lebih matang dan berani untuk melakukan perubahan.

Hanya dengan menewaskan Umno-BN secara total, dalam Pilihanraya barulah akan dilihat perbezaan dalam corak kepimpinan negara. Dan pastinya parti baru yang memerintah nanti akan lebih berhati-hati dalam memastikan harapan rakyat ditunaikan kerana mereka melihat bagaimana rakyat boleh menukar pemimpin melalui amalan demokrasi yang adil. Parti yang memerintah pasti lebih berhati-hati demi memgekalkan kuasa. Ini berbeza dengan keadaan sekarang kerana lebih separuh abad Umno-BN memerintah tanpa ditukar ganti dan mereka merasa terlalu selesa dengan hanya menukar pucuk pimpinan untuk menarik semula sokongan rakyat.

Soalnya, apa selepas deklarasi rakyat? adakah Mahathir sanggup bersama Pembangkang untuk menukar Kerajaan kepada parti selain Umno-BN atau hanya ingin menukar Najib dan penyokongnya kepada orang-orang Mahathir yang lain dalam Umno? Segalanya perlu dibincang secara terperinci dan konsensus bersama perlu diterjemahkan dalam tindakan susulan pasca deklarasi.

Ir Hj. Khairil Nizam Khirudin
Naib ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia


Tuan Guru Presiden Peringatkan, PAS BUKAN KUALI Untuk Digunakan oleh Penentang Najib!


Tindakan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali menandatangani Deklarasi Rakyat pada majlis bersama Tun Dr Mahathir Mohamad semalam adalah kerana resolusi itu boleh diterima.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tandatangan itu kerana ia tidak melibat mana-mana pertubuhan atau kumpulan tersendiri.

"Kita ada keputusan kita sendiri. Ada resolusi yang boleh kita ikut, ada resolusi yang kita tak ikut, ada resolusi yang kita kena tambah lagi. Tak cukup resolusi, kena tambah lagi resolusi itu.

Dalam hal ini, kita memilih Muwajahah Silmiyyah. Pendekatan secara damai dan kita tidak mahu wujud Arab Spring. Arab Spring, Arab musim bunga yang tidak berbuah sampai hari ini, yang tidak berbuah.

"Kita mahu musim yang berbuah tempat kita. Biar berlaku hujan, kemudian keluar buah, jangan Spring tak ada buah. Bunga pun tak keluar. Ini kita kena sedar," ujarnya pada Ijtimak Tarbawi 1.0 Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di Taman Bolton, di sini hari ini.

Tegasnya, dari segi politik PAS tidak boleh 'dikualikan' oleh mana-mana pihak.

Demikian itu, mengambil pendekatan dalam krisis ini, ahli mestilah mengikuti sebagaimana diatur pimpinan.

Jelas Tuan Guru, PAS tidak boleh menang dengan undi orang PAS dan atas pagar sahaja.

"Kalau boleh kita mahu, biar ada orang Umno yang undi kita juga, biar ada orang yang bukan Islam yang mengundi kita juga. PAS tidak bermusuh dengan orang Umno. PAS anti fahaman Umno, itu.

"Kita berbeza dengan Umno dari segi kefahaman, dengan orang Umno kita tak mahu bermusuh, ini kena faham. Ini dia, dua perkara yang berbeza," ujarnya mengulangi penjelasan.

t

Sunday, 6 March 2016

Kebodohan Para Pemimpin Pakatan Harapan Terserlah Apabila Mereka Sanggup Bernaung Di Bawah Mahathir Yang Zalim


Anak Mahathir yang isim kerana kehilangan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, akhirnya mendedahkan perkara sebenar, sekaligus membenarkan keputusan Tuan Guru Presiden bahawa PAS tidak akan terlibat dengan kegilaan Mahathir cuba menggulingkan Najib.

Mukhriz Mahathir memberitahu bahawa Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh bapanya dengan menghimpunkan kesemua pemimpin utama pembangkang dan NGO-NGO anti Kerajaan, hanyalah untuk mendesak Najib turun dari takhta Perdana Menteri, tetapi masih mengekalkan UBN sebagai Kerajaan yang memerintah.

Tidakkah ini sebenarnya kerja sia-sia?

Sistem demokrasi di negara ini berlangsung menerusi pilihanraya. Parti-parti lain selain UBN dan komponen-komponen BN tidak boleh mendesak Najib untuk turun jawatan kerana pemilihan Najib sebagai Perdana Menteri dibuat oleh komponen-komponen BN yang berjaya menguasai majoriti di Parlimen pada PRU lalu.

Satu-satunya perubahan yang boleh dilakukan oleh mana-mana entiti politik selain UBN adalah pada masa PRU. Keputusan PRU sahaja yang dapat menurunkan UBN dan Najib sekaligus, bukannya Deklarasi Rakyat yang menjadi simbol kekuasaan Mahathir ke atas entiti-entiti dan individu-individu politik di negara ini.

Di sebalik kebencian yang sangat mendalam kepada Mahathir kerana kekejaman dan kezalimannya untuk mengekalkan kuasa selama 22 tahun, rupa-rupanya para pemimpin politik seperti Lim Kit Siang yang terlalu banyak pengalaman, masih tidak belajar dan meneladani pengalaman silamnya. Rupa-rupanya Azmin Ali yang pernah berkerat rotan berpatah arang dengan bapa angkatnya itu, masih tidak belajar sesuatu yang amat bernilai.

Mereka terlalu teruja dengan idea Mahathir yang sebenarnya adalah untuk menjahanamkan mereka demi kepentingan peribadinya. Sesiapa sahaja yang mengenali Mahathir, pastinya tahu, Mahathir akan melakukan sesuatu yang bersesuaian dengan kehendaknya. Sebarang percanggahan dengan kehendaknya, akan menyebabkan Mahathir menjadi murka, tidak tentu arah, tidak aman tenteram dan sanggup melakukan apa-apa sahaja walaupun terpaksa mengorbankan rakyat yang tidak bersalah.

Sejarah telah membuktikan siapa Mahathir yang sebenarnya. Dan rekod-rekod sejarah tentang kezaliman serta kekejaman Mahathir tidak akan dapat dipadamkan dengan cerita-cerita tentang kehebatannya membangunkan negara ini semata-mata.

Mengambil sikap memerhati, Tuan Guru Presiden telah melakukan sesuatu yang betul dan baik, sama ada untuk negara, jemaah mahupun untuk parti. Bagi golongan barua DAP, sikap Tuan Guru Presiden itu dikatakan sebagai pengecut, makan rasuah dan tidak tetap pendirian kerana enggan mengikut atau akur dengan Lim Kit Siang-Lim Guan Eng.

Sedangkan hal sebaliknya sedang berlaku.

Ketakutan golongan barua DAP yang PAS akan menyelamatkan Najib dan UBN sebenarnya memaksa mereka bergantung sepenuhnya kepada Mahathir dan Lim Kit Siang. Pada ketika Tuan Guru Presiden dan barisan kepimpinan PAS yang tidak gila publisiti seperti barisan kepimpinan PAS lama yang sekarang ini sudah berhijrah masuk ke Parti Amanah Negara, sebuah biro macai DAP bagi mengumpulkan sokongan Melayu-Islam untuk Lim Guan Eng, meletakkan PAS sebagai sebuah parti politik yang lebih matang dan lebih rasional, golongan berkenaan seperti dirasuki histeria kerana ketiadaan PAS bererti ketiadaan medium atau tapak yang lebih besar seperti yang berlaku pada penghujung 1990-an.

Jauh berbeza dengan Mahathir, Najib Abdul Razak lebih lunak, lebih mudah berkira dan lebih mudah 'membantu' PAS tanpa meminta jaminan atau ugutan. Malah berbanding rekod 7 tahun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan 7 tahun Najib sebagai Perdana Menteri, PAS lebih mampu menjalankan peranan sebagai pengembang syiar Islam.

Dan sebagai ahli-ahli PAS, seharusnya kita kalau tidak mahir pun, tahu apa yang dinamakan sebagai Kulliyyah Fiqhiyyah yang sering digunakan dalam Fiqh Siyasah yang antara lain:

"Hukum berputar bersama 'ilat hukum. Ada dan tidak adanya hukum bergantung atas ada dan tidak adanya 'ilat hukum."

"Hukum berubah sejalan dengan perubahan zaman, tempat, keadaan, kebiasaan dan niat."

"Menolak kemafsadatan dan meraih kemaslahatan."

"Apabila dihadapkan kepada dua kemafsadatan yang saling bertentangan, maka yang perlu diperhatikan adalah menolak salah satu kemafsasatan yang kadar mudaratnya lebih besar, dan pada saat yang sama menerima salah satu kemafsadatan yang kadar kemudaratannya lebih kecil."

"Mengambl mudaratnya yang lebih sedikit."

"Menolak kemafsatan didahulukan daripada meraih kemaslahatan."

"Kemaslahatan umum didahulukan daripada kemaslahatan khusus."

"Jika tidak dapat melaksanakan seluruhnya, secara sempurna, maka tidak harus ditinggalkan keseluruhannya."

"Kemudaratan yang satu tidak dapat dihilangkan dengan kemudaratan yang lain yang sama kualitinya."

"Yang meyakinkan tidak dapat dihilangkan dengan yang meragukan." 

"Yang meyakinkan dapat hilang dengan adanya hal lain yang meyakinkan pula."

"Kesulitan membawa kepada kemudahan."

"Kebijakan imam bergantung kepada kemaslahatan rakyatnya."

Saturday, 5 March 2016

6 DOSA BESAR MAHATHIR KEPADA PAS, PERLU DIINGATI... JANGAN TERUJA DENGAN KEMUNAFIKANNYA LAGI


Doa Almarhum Tuan Guru Fadzil Noor agar Mahathir dilanjutkan usianya oleh Allah Taala untuk melihat kerosakan-kerosakan yang telah dilakukannya sepanjang menjadi pemimpin negara ini, seperti telah dikabulkan.

Mahathir yang merupakan nama yang dianggap sangat kukuh, sangat hebat dan utuh sebelum, kini pada sebahagian besar mata orang Melayu-Islam, dianggap sebagai pengkhianat terbesar dan pembohong paling wahid.

Berdekad-dekad Mahathir bercakap tentang keburukan orang lain, terutama sekali pihak yang dirasakan merupakan ancaman terkuat kepadanya. PAS dan jemaah PAS tidak pernah menjadi buah mulut yang baik kepada Mahathir kecuali ketika dia dipecat dari UMNO pada tahun 1969 dan berucap di pentas PAS menentang Tunku Abdul Rahman serta tahun 2005 ketika dia keluar dari UMNO di bawah pentadbiran Abdullah Badawi ketika dia mendesak Abdullah meletak jawatan.

Dosa-dosa Mahathir kepada PAS cukup banyak. Dosa fitnah, kezaliman, tuduhan rambang, hukuman secara zalim dan tohmahan yang dilemparkan oleh Mahathir kepada PAS terlalu sukar untuk diterima walaupun sebahagian besar generasi baru cuba untuk menafikan perbuatan-perbuatan jahat Mahathir.

1. Demonstrasi Padi di Kedah 1980 - tunjuk perasaan oleh para petani dan pesawah kerana harga padi yang menjunam rendah tetapi PAS dituduh menganjurkan demonstrasi di hadapan Wisma Negeri Alor Star, sedangkan hakikatnya, para petani dan mereka yang terlibat menyertai tunjuk perasaan untuk menuntut kenaikan harga padi hanya secara kebetulan adalah ahli dan pemimpin PAS Kedah.

Kertas Putih yang dikeluarkan kononnya, ada kumpulan di dalam PAS bernama Pertubuhan Angkatan Sabilulllah yang ditubuhkan pada 30 Oktober 1977 sebagai manifestasi sikap tidak puas hati segolongan ahli-ahli PAS dengan tindakan PAS menyertai kerajaan campuran dan matlamat asasi kumpulan tersebut adalah uuntuk menubuhkan kerajaan Islam yang tulen.

Walhal kumpulan tersebut sebenarnya ditubuhkan oleh pemimpin UMNO Kedah dan apabila ahli-ahli PAS yang ada dalam kumpulan tersebut telah keluar beramai-ramai.

14 orang pemimpin PAS dan 3 orang pemimpin PAS Kedah telah ditangkap dan dikurung di bawah ISA kerana demonstrasi padi.

2. Tangkapan Pemuda 1984 - Kebangkitan Pemuda PAS pada sekitar tahun 1984 menggerunkan Mahathir. PAS menerusi sayap Pemuda telah melancarkan kempen agresif untuk menyebarkan perjuangan PAS. Ceramah-ceramah PAS mendapat sambutan, begitu juga dengan jualan kaset-kaset ceramah dan kuliah pimpinan utama memandangkan PAS langsung tidak diberikan akses untuk sebarang media kecuali Harakah yang dibenarkan edar di kalangan ahli-ahli PAS sahaja.

Perkembangan tersebut menyaksikan, Mahathir mengetuai gerakan menangkap anak-anak muda yang bersemangat Islam. 1984 menyaksikan ramai tenaga penggerak PAS ditangkap di bawah ISA, manakala ceramah-ceramah PAS pula telah diharamkan di Perak, Terengganu, Kelantan, Kedah dan beberapa buah negeri lain.

Antara yang ditangkap termasuklah Ustaz Haji Abu Bakar Chik yang pada ketika itu adalah ADUN Terengganu bagi kawasan Jeram, juga merupakan Ketua Pemuda PAS Terengganu, merangkap AJK Dewan Pemuda Pemuda PAS Pusat. Bunyamin Yaakob, Exco DPPP yang juga merupakan Ketua Lajnah Dakwah dan Penerangan Dewan Pemuda Pusat, Ustaz Abdul Latif Mohammad dan Ustaz Mohammad bin Yusof pula telah dibuang negeri ke Kampar Perak dan Sitiawan, Perak.

3. Memali 1985 - Kemuncak kezaliman Mahathir yang menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menyelamatkan kuasanya dan menakut-nakutkan pihak yang menentangnya. Tragedi yang berlaku pada 19 November 1985 itu telah mengorbankan 14 orang ahli PAS termasuklah Ustaz Ibrahim Mahmood yang mahu ditangkap tetapi proses penangkapannya lebih kepada arahan untuk membunuh dan menghapuskan.

Pada akhirnya, 14 orang termasuklah Ustaz Ibrahim Mahmood terkorban, manakala di pihak keselamatan pula seramai 4 orang telah terkorban hanya kerana keghairahan dan nafsu Mahathir yang menyalahgunakan ISA.

Sepatutnya pihak berkuasa mengepung rumah dan persembunyian Ustaz Ibrahim, mengambil tindakan memutuskan bekalan makanan, air, berunding dan bukannya menyerang.

Seramai 110 orang telah ditahan dan penjara. 36 ditahan di bawah ISA dan ditempatkan di Kem Kamunting, Taiping mulai 22 Januari 1986.

Kerajaan Mahathir telah mengharamkan dan seluruh media massa terarah untuk mengkambinghitamkan PAS dan pimpinannya yang menyebabkan berlakunya peristiwa Memali terutama Amanat Haji Abdul Hadi Awang yang dikatakan mendominasi pemikiran pengikut PAS. Ibrahim Mahmood digambarkan sebaga penjenayah negara dan telah dituduh membawa ajaran sesat. Media-media milik BN telah diarahkan oleh Mahathir pada waktu itu menghitamkan semahunya watak utama peristiwa ini.

4. Operasi Lalang 1987 - UMNO atau lebih tepat lagi Mahathir berhadapan dengan masalah lagi kerana masalah kepimpinan. Dan seperti biasa, Mahathir akan segera melarikan masalah tersebut kepada PAS yang mudah dikambinghitamkan.

Tangkapan ISA yang dinamakan Operasi Lalang adalah kod yang digunakan untuk menahan 106 individu yang dikatakan mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam pada bulan Oktober 1987 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Seramai 15 orang ahli dan pemimpin PAS telah ditahan dan antara mereka adalah Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Abdul Halim Arshad yang ditahan pada 18 Oktober 1987 dan dibebaskan pada 18 Disember 1987.

Zainuddin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Din Kubur Maras seorang aktivis DPP Kelantan, bekas Setiausaha Unit Amal PAS yang pertama telah ditahan pada 12 November 1987. Zainuddin telah dituduh ingin membentuk unit tentera sulit dalam PAS yang dikenali sebagai 'Jundullah' tetapi sehngga kini ia tidak dapat dibuktikan dan Zainuddin tidak pernah dibicarakan atas tuduhan tersebut.

5. Operasi Kenari 1988 - Tangkapan Operasi Kenari adalah kod pihak keselamatan bagi penangkapan ISA terhadap ahli-ahli PAS di Kedah dan Perak. Sebahagian besar yang ditahan adalah ahli-ahli Dewan Pemuda PAS yang aktif di peringkat pertengahan.

Penangkapan Pemuda PAS ini dikaitkan dengan isu Muasassah Darul Ulum, Kedah. Muassasah ini adalah model pekan Islam yang mengandungi pusat pendidikan Islam, perkampungan dan blok kedai. Ianya adalah perancangan PAS Pusat melalui PAS Kedah yang dipimpin oleh Ustaz Fadzil Noor. Ia mejadi satu su apabila kerajaan BN Kedah merampas tanah tersebut dengan alasan yang sangat teknikal maka reaksi keras timbul daripada ahli-ahli PAS yang setiap hari hadir ke situ untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan membela pemilikan tanah muasassah dan mengadakan kawalan keselamatan secara bergilir-gilir.

Fitnah kononnya para penyokong PAS menyimpan senjata di tapak Muasassah tersebut menyebabkan pihak berkuasa meningkatkaan kawalan keselamatan dan keadaan menjadi teang apabila pihak polis tidak dibenarkan masuk ke tapak muasassah kerana bimbang berlakunya sabotaj.

Isu kedua selain isu tanah muasassah adalah kebakaran di tapak SEMARAK di Perak yang turut menyebabkan beberapa orang Pemuda PAS Perak seperti Ustaz Sidek Noor, Jaafar Ros dan 30 yang lan ditahan. Tiada sebarang kertas putih dikeluarkan oleh kerajaan Mahathir untuk menjelasksan rasional operasi tersebut.

Sebaliknya yang kelihatan adalah kesungguhan Mahathir untuk mematikan semangat PAS terutama sekali gerak kerja Pemuda PAS yang agresif yan tidak mampu disaingi oleh UMNO.

6. Tangkapan Kumpulan Mujahidin - Mahathir terus berusaha untuk menggambarkan PAS sebagai sebuah pergerakan yang sangat merbahaya kepada negara ini. PAS dikaitkan dengan kegiatan militan dan dikatakan menyokong kerajaan Taliban di Afghanistan.

Pada tahun 2001, belasan orang telah ditahan di bawah ISA dan kkerajaan pada awalnya menggelarkan kelompok ini sebagai KMM (Kumpulan Mujahiddin Malaysia) tetapi akhirnya ditukarkan kepada Kumpulan Militan Malaysia.

Antara yang pernah ditahan adalah Ustaz Lutfi Ariffin, Solehan Ghaffar, Alias Ngah, Rafi Udin, Zainon Ismail dan pernah belajar di Pakistan sama adi Madrasah atau universiti di negara tersebut yang bersempadan dengan medan konflik Afghanistan (1979-1989).

Seorang lagi yang ditahan adalah Ustaz Nik Adil Nik Abdul Abdul Aziz yang merupakan anak Mursyidul Am PAS dan telah dinamakan sebagai Ketua KMM.

Semua peristiwa di atas merupakan sebahagian kecil daripada operasi pembusukan, pemburukan dan fitnah yang dilakukan oleh Mahathir ke atas PAS.

Justeru, apabila Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat Anti Najib yang menggabungkan semua kumpulan pembangkang, termasuk cubaan memujuk PAS, keputusan PAS untuk tidak menyertai kumpulan tersebut adalah tepat.

PAS hanya akan terus menjadi kambing hitam Mahathir dan DAP yang berada di belakang Mahathir dalam usaha mereka menggulingkan Najib Abdul Razak dan UBN.

Lebih baik PAS duduk diam dan menjadi pemerhati daripada terus menjadi  mangsa.