Maria Chin Abdullah, Pengerusi BERSIH menafikan mereka menerima dana dan bantuan daripada NED sebaliknya hanya daripada NSI dan OSI. Bagaimanapun ketiga-tiga pertubuhan tersebut adalah agensi pengacau dan pencetus huru-hara di seluruh dunia di bawah CIA.
Sebelum ini, pembabitan PAS dalam BERSIH 1, 2 dan 3, melindungi pembabitan Gereja dalam politik negara ini yang mana hampir kesemua pemimpin utama DAP adalah rangkaian utama mereka. Gereja sentiasa menafikan pembabitan dan berlagak seolah-olah mereka tidak terlibat, bebas, dan tidak berat sebelah. Manakala bantuan yang diberikan pula hanyalah bersifat kemanusiaan.
Bagaimanapun, baik BERSIH 1.0 sehinggalah BERSIH 3.0 mahupun beberapa demonstrasi lain, Gereja tidak pernah membuka pintu untuk para peserta demonstrasi. Sebaliknya mereka sekadar mencabar Masjid Negara dan Masjid Jamek, bahkan Masjid India untuk mengambilalih tanggungjawab mereka. Masjid India bagaimanapun sehingga ke hari ini enggan memberikan kemudahan itu kepada para pendemonstrasi BERSIH dan demonstrasi-demonstrasi lain, kecuali untuk solat semata-mata.
Gereja Katholik nampaknya tidak lagi berselindung setelah mereka berjaya menggemparkan Malaysia dengan tuntutan Kalimah ALLAH yang disokong kuat oleh golongan PARASIT dalam PAS yang sekarang ini keluar beramai-ramai untuk membentuk Gerakan Harapan Baru. Gereja Khatolik yang begitu bersungguh-sungguh mahu menyebarkan Bible berbahasa Melayu sehingga berani melanggar Perlembagaan negara yang juga disokong kuat oleh golongan PARASIT seperti Khalid Samad, Mat Sabu dan Dzulkefly Ahmad.
Menggunakan khidmat golongan PARASIT yang berada dalam saf kepimpinan PAS seperti Mat Sabu, Khalid Samad dan sebagainya, mereka cuba menggambarkan bahawa Islam adalah setara seperti agama mereka. Mereka cuba menggambarkan bahawa Islam mesti sentiasa beralah dengan agama lain bagi memastikan keselamatan negara ini. Mereka sentiasa menggambarkan bahawa Islam mesti sentiasa menyokong walaupun mereka mahu bertindak secara subversif.
PAS telah melihat ancaman ini lebih awal tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana kerapkali PARASIT memintas keputusan Majlis Syura dengan mengeluarkan kenyataan lebih awal dalam banyak hal yang membabitkan kepentingan Gereja dan DAP.
NED, NSI dan OSI tentu telah merancang segala-galanya dengan sebaik-baiknya. Gereja digunakan untuk kuasa yang lebih besar bagi PRN Sarawak dan Sabah. Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengetahui lebih awal dan mengambil langkah yang amat dibenci oleh PARASIT yang telah banyak makan hasil daripada sogokan Lim Guan Eng dan DAP.
Hari ini golongan berkenaan sedang berusaha untuk membuktikan bahawa mereka telah berjaya menumbangkan Islam dan umat Islam di negara ini. Sokongan daripada GHB yang tidak seberapa walaupun gagal teruk, cuba diselindungkan dengan kejayaan mengumpulkan lebih ramai orang Cina, sekaligus memberikan isyarat bahawa Cina dan Gereja kini adalah satu kuasa besar setelah kejayaan DAP memecahbelahkan umat Islam, Melayu dan Bumiputera di negara ini.