Saturday, 16 May 2015
20 DALIL KENAPA USTAZ AHMAD AWANG TAK LAYAK JADI PRESIDEN PAS
1.Ustaz Ahmad Awang langgar arahan Jamaah untuk bersama PASMA dan pernah nafi bersama PASMA diperingkat awal penubuhan PASMA walaupun diketahui ramai beliau terlibat dari awal, ini adalah penipuan yang mentah2 dan bknnya berbentuk u-turn.... Asmuni yg izinkn PASMA bertanding jg perlu diperhatikan.
2. Tidak punyai sokongan sehingga gagal pertahankan jawatan Naib Presiden PAS...Ertinya tiada sokongan akar umbi
3. Tidak mampu menjadi anggota MSU yg cemerlang sehingga tempatnya diganti.... . Ertinya tiada kredebiliti yg memberangsangkan untuk Jamaah
4. Konsep kerjasama sebagai PR bermula dari beliau di Perak,Tapi kerajaan PR Perak jatuh dan beliau lepas tangan .... bersifat penakut dan tidak bertanggungjawab
5. 5 tahun menghilangkan diri dari dunia politik kepartian , tiba2 muncul utk bertanding sbg Presiden.... Adakah beliau seorang yg ISTIQAMAH ???
6. kurang pengetahuan dan belum lagi teruji tentang selok belok parlimen.... apatah lg tiada ketegasan dlm mempertahankan dasar PAS.
7. Bakal menyempitkan perjuangan PAS dan membuat ahli PAS "mandom" dr isu kerjasama gerakan Islam antarabangsa
8. Memecah tradisi dgn mengisi borang btanding jawatan Presiden walaupun dilihat tiada tanjak atau karisma utk bergelar penongkah arus perubahan PAS atau PAS wajah baru yg jd harapan jebon sekalipun ..
9. Telah lanjut usia untuk memulakan tugas sebagai presiden...Sebelum ini PASMA mahu yg lebih muda dan kuat utk jadi Presiden
10. Dari sudut ilmu yg bermanfaat pd ummat terbukti Ustaz Ahmad Awang jauh terkebelakang
11. Golongan penyokong Ustaz Ahmad Awang adalah dari kalangan jebon dan hanya segelintir dari org biasa yg masih belum dpt kefahaman gerak kerja PAS yg utama.
12. Nama Ustaz Ahmad Awang hanya kelihatan gah sejak beberapa hari ini sahaja kerana jebon cuba sedaya mungkin menggunakan kekuatan media depa bagi kempen dan make up Ustaz Ahmad Awang supaya menjadi aktor filem yg gagah dan hebat kononnya.
13. Jika diberi markah lulus 50% sebagai Presiden Parti Islam,diyakini majoriti ilmuan agama dalam parti Islam tidak akan beri lebih dari 49% , maka ust AA hanya layak jd Presiden PASMA yang mana PASMA sendiri pon sudah pasti tidak yakin untuk berikan jawatan tersebut kepada beliau ... hanya sebagai boneka jebon saja kedudukkan beliau sekarang
14. Ustaz Ahmad Awang hanya diberi sokongan oleh pejuang rakyat yang hanya teruji dgn penjara, tp TGHAH diberi sokongan oleh syuhada dan keluarga syuhada Memali..... Dlm ertikata lain, pejuang yg bsama TGHAH adalah dari kalangan mereka yg sanggup bkorban habis2an berbanding penyokong Ustaz Ahmad Awang yang hanya kerjanya lebih kepada memburukkan & mengaibkan TGHAH dan dok makeup Ustaz Ahmad Awang sahaja.
15. Ustaz Ahmad Awang tidak biasa menyelami kerja dan jiwa rakyat marhaen bawahan terutama dari kalangan petani dan pelaut......TGHAH telah terbukti lebih berjiwa anak kampung tetapi akalnya diguna pakai oleh DUNIA ISLAM.
16. Ustaz Ahmad Awang tidak pernah menjana ekonomi masyarakat setempat , apalagi menjana ekonomi negara... TGHAH kerana kuliahnya sahaja ratusan peniaga mendapat peluang perniagaan.....Tu belum jd PM lg smile emoticon
😅
17. Umur 17 tahun TGHAH dah mula pegang jawatan sbg s/u Ranting Rusila , umur bergiatnya dalam gerak kerja PAS lebih awal dan sangat lama....... Ust Ahmad Awang lebih dewasa pada umur,tp bilakah bermulanya dalam gerak kerja politik PAS?
18.Bila taip biodata Ust ahmad maka 'biodata ustaz ahmad awang' berada di senarai no 10 berbanding Ustaz Ahmad yg lain . no 8 dan no 9 di atas ust Ahmad Awang adalah "biodata Ust Ahmad Dasuki Abd Rani" dan "biodata Ustaz Ahmad Dasuki" yg menyokong kepimpinan TG presiden........Biodata Ust Abdul Hadi pula duduk no 1 berbanding ust abdul hadi yg lain.
19. Jika kalah menang TERENGGANU jd ukuran kebenaran kepimpinan TGHAH , maka Ust Ahmad Awang yg aktif dlm PAS sejak 1999 (zaman reformasi Anwar) tewas sebagai calon Parlimen dlm PRU 10 dan 11....itu menandakan beliau lagilah lemah jika kemengan sebagai ukurannya.
20. Ustaz Ahmad Awang terlibat dlm politik PAS pada tahun 1984 pada usia 48 tahun dan hanya aktif setelah pegang jawatan pada tahun 1999.
Jadi,siapakah beliau sebelum itu dan apakah sumbangan serta persepsi beliau terhadap pas sebelum itu????
Oleh itu,Ustaz Ahmad Awang belum layak untuk menggantikan TGHAH sebagai PRESIDEN PAS kerana beliau masih belum cukup pengalaman dan penerimaan akar umbi,apapon tok harap dia istiqamah dalam pas dan terus timba pengalaman serta dekati akar umbi,Insyaallah dalam tempoh 20 tahun akan datang mungkin beliau layak untuk jadi PRESIDEN PAS !! Kesimpulannya,kita hold dulu keinginan beliau utk jadi PRESIDEN PAS untuk sesi 2015-2017 dan mungkin kita naikkan beliau sebagai PRESIDEN PAS untuk masa 20 tahun akan datang iaitu sekitar tahun 2035 nanti.
HAKIKATNYA USTAZ AHMAD AWANG BUKAN DIANGKAT OLEH JEBON SEBAGAI PEMIMPIN TETAPI UTK DIPIMPIN OLEH JEBON SEBAGAI KUDA TUNGGANGAN DEPA ...ITU HAKIKAT YG NYATA !!!
TUC TOK USIN CEROI
Thursday, 7 May 2015
Hari Ini, Kita Ajar PKR dan Keluarga Anwar Ibrahim Supaya Jangan Besar Kepala
Hari ini adalah hari penentuan sama ada PKR dan keluarga Anwar Ibrahim masih boleh berkerjaya politik dengan menggunakan pihak lain atau sebaliknya, kembali merendah diri dan berpijak ke bumi nyata seperti yang berlaku pada tahun 1999 sehingga 2003.
Sepanjang tempoh 12 hari berkempen di Permatang Pauh, PKR telah menunjukkan siapa mereka sebenarnya. Benih-benih kejahatan dari dalam UBN yang telah diwarisi dan dijelmakan dalam bentuk PKR. Secara tepatnya, semua kejahatan dari UBN boleh kita lihat di dalam PKR walaupun PKR seringkali menuduh pihak lain yang jahat.
Apa yang berlaku semalam di hadapan Masjid Kubang Semang selain kenyataan Nurul Nuha adalah satu penghinaan besar terhadap PAS, khususnya kepada golongan yang mencintai dan mengharapkan teduhan ilmu para ulama bagi menjayakan konsep Baldatun Toiyibbatun Wa Robbun Ghaffur yang tidak diimani oleh PKR.
Tindakan provokasi yang dilakukan oleh golongan PKR itu sewajarnya dibalas dengan menunjukkan kuasa sebenar ahli-ahli PAS.
Para penyokong PKR yang ganas itu sebenarnya beranggapan para pemimpin PASMA dan Anwariyyun di dalam PAS cukup kuat dan dengan bantuan kewangan yang kukuh daripada DAP dan Lim Guan Eng, sangkaan mereka ialah mereka bebas berbuat apa-apa sahaja.
Para jemaah PAS di Permatang Pauh perlu menghalang PKR daripada menjadi terlalu besar kepala. Permatang Pauh adalah maruah dan kebanggaan mereka. Kalah Permatang Pauh di tangan UBN, bererti seluruh maruah mereka hilang begitu sahaja. Maruah Permatang Pauh jauh lebih besar berbanding maruah Anwar Ibrahim berbogel dan bersetubuh dengan seorang pelacur China yang terakam dalam klip video yang disebarkan oleh bekas kawan baiknya sendiri.
Bukan kita mahu membalas dendam kerana PKR dan DAP tidak membantu kita langsung di Rompin sebaliknya dalam Tahaluf Siyasi yang kita kemudiannya dipermain-mainkan dan diguna-gunakan, ini juga adalah salah satu kaedah untuk memastikan perjuangan kita diterima dan objektif kita untuk melihat hudud dilaksanakan di Malaysia atau setidak-tidaknya di Kelantan, tercapai.
Memberikan kemenangan kepada PKR dan Wan Azizah bererti kita meruntuhkan perjuangan kita sendiri. Memberikan walau satu undi pun kepada Wan Azizah dan PKR di PRK Permatang Pauh bererti kita mengkhianati perjuangan Islam dan perintah Allah Taala.
Biarkan para pemimpin dan pendokong PASMA dengan ketakutan mereka sendiri terhadap keluarga Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Sebagai umat Islam, kita hanya disuruh takut kepada Allah Taala, mengikut perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya.
Bebaskan otak, akal dan iman kita daripada takut kepada makhluk dan kewangan mereka. Berilah peluang kepada diri sendiri untuk menunjuk ajar kaum zindiq yang selama ini cukup biadap menghina kita dan perjuangan kita.
Tuesday, 5 May 2015
ALHAMDULILLAH HI RABBIL'ALAMIN.... Ustaz Nik Abduh Sah Bertanding Jawatan Ketua Pemuda PAS
Pemuda PAS di bawah Suhaizan Kaiat tidak ubah seperti salah satu entiti Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Suhaizan Kaiat langsung tidak berkeupayaan untuk mengendalikan sayap penting dalam PAS ini. Sebaliknya Suhaizan Kaiat telah membawa Pemuda PAS tidak ubah seperti pondan. Pemuda PAS di bawah Suhaizan Kaiat langsung tidak bertaring dan tenggelam punca.
Terakhir, Suhaizan Kaiat dengan angkuh memberi amaran kepada Pemuda PAS Permatang Pauh agar memberikan kerjasama dan berkempen untuk Wan Azizah di Permatang Pauh sekalipun pada masa yang sama, PKR dan DAP langsung tidak membantu PAS di Rompin.
Pemilihan kali ini bakal menyaksikan Ustaz Nik Abduh yang amat dibenci oleh Husam Musa dan gerombolannya. Ustaz Nik Abduh telah dicalonkan semula pada Muktamar PAS bulan hadapan.
Sebelum ini, Ustaz Nik Abduh pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Pemuda.
Dalam pemilihan kali ini, Ustaz Nik Abduh akan bersaing dengan empat nama lain iaitu Suhaizan Kaiat yang merupakan penyandang, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob, Ahmad Fadhil Shaari dan Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Beberapa kenyataan Ustaz Nik Abduh sebelum ini telah dimanipulasi dan dijadikan bahan oleh golongan PASMA dan Anwariyyun untuk menghentam keperibadiannya selain mewajarkan teori PAS MASUK UMNO mereka.
Ustaz Nik Abduh pernah menimbulkan kontroversi apabila menyatakan Almarhum ayahandanya telah diberikan maklumat tidak tepat dan penipuan oleh para penasihat di sekelilingnya. Husam Musa yang sebelum itu dikatakan amat rapat dengan Almarhum TGNA dan pernah juga diuar-uarkan sebagai bakal Menteri Besar Kelantan, melenting dan orang-orangnya kemudiannya melakukan kerja-kerja jahat untuk mengotorkan nama Ustaz Nik Abduh menyebabkan Ustaz Nik Abduh terpaksa menarik diri daripada pemilihan sebelum ini.
Pun begitu, Ustaz Nik Abduh telah meletakkan benteng dan tidak lagi membenarkan golongan parasit tersebut mendekati ayahandanya, sekaligus memperlihatkan perubahan sikap Almarhum TGNA dalam banyak hal terutama sekali hubungannya dengan TGHH yang jauh lebih mesra berbanding ketika Husam Musa menjadi penasihatnya.
Di tengah-tengah kekalutan dan kecelaruan perjuangan PAS kerana golongan parasit, PASMA dan Anwariyyun yang cukup kuat menyokong Lim Guan Eng serta Anwar Ibrahim sekeluarga, ahli-ahli PAS tulen yang komited dengan perjuangan Islam khususnya golongan Pemuda, memerlukan seorang pemimpin yang lebih tegas menyatakan pendirian PAS berbanding Suhaizan Kaiat yang lebih PKR dan DAP berbanding PAS.
Semoga kemenangan dianugerahkan Allah Taala kepada Ustaz Nik Abduh yang merupakan benih dan didikan TGNA untuk ummah. Sekaligus memperkenankan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Allahyarham Prof. Datuk Dr. Zulkifli Mohammad yang cuba disorok oleh golongan parasit penyembah Guan Eng dan Anwar Ibrahim.
Terakhir, Suhaizan Kaiat dengan angkuh memberi amaran kepada Pemuda PAS Permatang Pauh agar memberikan kerjasama dan berkempen untuk Wan Azizah di Permatang Pauh sekalipun pada masa yang sama, PKR dan DAP langsung tidak membantu PAS di Rompin.
Pemilihan kali ini bakal menyaksikan Ustaz Nik Abduh yang amat dibenci oleh Husam Musa dan gerombolannya. Ustaz Nik Abduh telah dicalonkan semula pada Muktamar PAS bulan hadapan.
Sebelum ini, Ustaz Nik Abduh pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Pemuda.
Dalam pemilihan kali ini, Ustaz Nik Abduh akan bersaing dengan empat nama lain iaitu Suhaizan Kaiat yang merupakan penyandang, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob, Ahmad Fadhil Shaari dan Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Beberapa kenyataan Ustaz Nik Abduh sebelum ini telah dimanipulasi dan dijadikan bahan oleh golongan PASMA dan Anwariyyun untuk menghentam keperibadiannya selain mewajarkan teori PAS MASUK UMNO mereka.
Ustaz Nik Abduh pernah menimbulkan kontroversi apabila menyatakan Almarhum ayahandanya telah diberikan maklumat tidak tepat dan penipuan oleh para penasihat di sekelilingnya. Husam Musa yang sebelum itu dikatakan amat rapat dengan Almarhum TGNA dan pernah juga diuar-uarkan sebagai bakal Menteri Besar Kelantan, melenting dan orang-orangnya kemudiannya melakukan kerja-kerja jahat untuk mengotorkan nama Ustaz Nik Abduh menyebabkan Ustaz Nik Abduh terpaksa menarik diri daripada pemilihan sebelum ini.
Pun begitu, Ustaz Nik Abduh telah meletakkan benteng dan tidak lagi membenarkan golongan parasit tersebut mendekati ayahandanya, sekaligus memperlihatkan perubahan sikap Almarhum TGNA dalam banyak hal terutama sekali hubungannya dengan TGHH yang jauh lebih mesra berbanding ketika Husam Musa menjadi penasihatnya.
Di tengah-tengah kekalutan dan kecelaruan perjuangan PAS kerana golongan parasit, PASMA dan Anwariyyun yang cukup kuat menyokong Lim Guan Eng serta Anwar Ibrahim sekeluarga, ahli-ahli PAS tulen yang komited dengan perjuangan Islam khususnya golongan Pemuda, memerlukan seorang pemimpin yang lebih tegas menyatakan pendirian PAS berbanding Suhaizan Kaiat yang lebih PKR dan DAP berbanding PAS.
Hujah Dangkal Mat Sabu Sekadar Cubaan Halalkan Kebencian PKR Kepada Hudud
Semakin lama, sikap dan kecenderungan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu ke atas kepimpinan dan perjuangan partinya sendiri, semakin ketara. Sepatutnya sebagai orang yang pernah bergelar 'Ayam Sabung PAS', Mat Sabu lebih faham tentang PAS dan perjuangan parti ini berbanding orang lain, termasuklah para pemimpin yang baru muncul dari IRC, ABIM dan sebagainya.
Barangkali selepas Mahathir tidak lagi menjadi penghulur maklumat kepadanya sepertimana ketika Mahathir masih Perdana Menteri dahulu, Mat Sabu hilang segala punca dan tindakan serta kenyataan-kenyataannya jelas tidak mendatangkan keuntungan langsung kepada parti. Malah Mat Sabu dilihat lebih condong kepada perjuangan Anwar Ibrahim dan DAP yang amat dimusuhi PAS suatu masa dahulu.
PRK Permatang Pauh sekali lagi menyaksikan Mat Sabu menjadi jurucakap PKR dan keluarga Anwar Ibrahim berbanding memperjuangkan hasrat parti yang mahu memartabatkan Islam. Malah Mat Sabu yang seringkali dipertikaikan kedudukannya dalam saf kepimpinan bertunjangkan ulama, cuba mengeluarkan hujah serta menghalalkan perbuatan Wan Azizah dan pendirian PKR yang teguh memperlekehkan serta menentang hukum hudud walaupun hanya untuk dilaksanakan di Kelantan.
Wan Azizah pernah dipetik sebagai berkata, kononnya sebagai orang Islam dia menerima hudud kerana ia adalah perintah Allah Taala tetapi umat Islam dan rakyat Malaysia memerlukan lebih dari hudud terutama menentang kebobrokan UBN. Sokongan sebulat suara yang diberikan UBN Kelantan kepada usul Kerajaan Negeri Kelantan berkenaan hudud dikatakannya palsu dan hanya sandiwara sedangkan penentangan yang dibuat oleh PKR dan dia sendiri ke atas hudud, merupakan satu usaha untuk mengeluarkan rakyat daripada kongkongan ekonomi serta kebejatan pentadbiran UBN.
Barangkali tidak cukup bodoh untuk faham, walaupun cakapnya berbelit-belit, Wan Azizah dan PKR sememangnya bersuara senada DAP iaitu menentang hudud dan perlaksanaan hudud, bahkan menentang keras pembentangan usul hudud di Parlimen.
Antara wasiat Almarhum TGNA kepada ahli jemaah adalah, seandainya UBN mahukan Islam, maka wajib bagi kita untuk memberikan sokongan kepada mereka.
Menariknya, Mat Sabu dan sebahagian daripada para pemimpin PASMA dan Anwariyyun dalam PAS menghalang kebenaran daripada diperlihatkan kepada ahli jemaah Islamiyyah PAS sebaliknya cuba mengelabui dengan bidaah-bidaah serta taghut yang berkiblatkan DAP dan PKR.
Dalam kenyataan terbarunya, Mat Sabu menyatakan PAS amat memerlukan PKR. Justeru, dalam PRK Permatang Pauh, para penyokong PAS perlu memberikan undi mereka kepada Wan Azizah bagi membolehkan DAP dan PKR membantu PAS ke Putrajaya.
Mat Sabu mencanang kronologi peristiwa yang membuahkan Pakatan Rakyat dalam siri ceramah beliau bagi menyakinkan penyokong PAS untuk mengundi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya kecil kerusi parlimen itu Khamis ini.
Malah beliau berkata mantan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memimpin Kelantan dan Terengganu hanya apabila PAS bergading dengan parti politik lain.
"Tahun 1978 kita lawan BN tetapi tidak menang, tidak boleh ambil semula Kelantan, tahun 1982, kita lawan semula BN untuk ambil Kelantan pun tidak boleh juga, tahun 1990, bila BN pecah, kita tahaluf dengan Semangat 46, kita lawan UMNO, kita menang dan tawan Kelantan.
"Nik Aziz jadi menteri besar selepas menang, maknanya kita ambil pakatan politik dan bukan PAS seorang," katanya di hadapan kira-kira 150 ahli PAS dan orang luar yang datang memerhati di Markaz Besar PAS Pejabat ADUN Permatang Pasir.
" Kita menang di Terengganu setelah ada barisan alternatif walaupun Keadilan tidak berapa besar di Terengganu, kita sokong dia, dia sokong kita, Tok Guru Haji Hadi dapat menjadi menteri besar Terengganu.
"Hasil daripada pakatan dan keadilan," kata beliau, merujuk kepada kejayaan PAS menubuhkan kerajaan negeri di Terengganu pada pilihan raya umum 1999 namun ia tewas pada PRU seterusnya.
Kupasan sejarah itu diungkit Mat Sabu berikutan gertakan ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi yang mengancam mahu menafikan 10,000 undi untuk Wan Azizah di Permatang Pauh. Mereka marah kerana tindakan PKR membidas Hadi sebelum ini.
Dalam ceramahnya, Mat Sabu juga berkata hasil kerjasama dengan DAP dan PKR, pemimpin-pemimpin PAS dapat rasa menjadi menteri besar di negeri-negeri lain seperti Perak dan Kedah.
Yang tidak disebutkan oleh Mat Sabu ialah, PKR dan DAP sebenarnya yang banyak menang kerusi, berjaya menawan Pulau Pinang dan Selangor, bahkan Perak dengan bantuan serta pergantungan kepada PAS.
Mengapa Mat Sabu memperlekehkan partinya sendiri?
Kecil sangatkah, kerdil sangatkah, lemah sangatkah PAS sehingga perlu diperlekehkan oleh Timbalan Presiden sendiri? Mengapa pula agaknya, UBN menggunakan pelbagai kaedah dan dakyah semata-mata untuk mengalahkan PAS jikalau PAS sangat lemah seperti persepsi yang cuba ditimbulkan oleh Mat Sabu?

Monday, 4 May 2015
Kerajaan Perpaduan Diratibkan Lagi Oleh Anwariyyun Menjelang PRK Permatang Pauh dan Rompin Untuk Hina TGHH
Biarpun Tuan Guru Presiden telah dua kali mengeluarkan kenyataan bahawa PAS masih bersama-sama Pakatan Rakyat tetapi dek kerana PAS dan Tuan Guru Presiden enggan menggugurkan hudud, golongan Anwariyyun itu cuba mengambil kesempatan dengan memburuk-burukkan Tuan Guru Presiden dan PAS.
Untuk menimbulkan ketakutan dan kebencian kepada TGHH, Anwariyyun dan PKR kembali mengalunkan cerita tentang KERAJAAN PERPADUAN yang dicadangkan oleh TGHH pada tahun 2009. Cerita sebenar tentang Kerajaan Perpaduan tidak diterangkan, sebaliknya mereka memutarbelitkan cerita tersebut dan memberikan gambaran yang TGHH mahu membawa PAS untuk bersatu dengan UBN.
Pada 1 Mei lalu, TGHH ketika sidang media selepas satu seminar di Singapura, telah mengungkapkan kembali Kerajaan Perpaduan yang menurut Tuan Guru, wajar diadakan ekoran keadaan ekonomi Malaysia yang lemah, hutang luar yang telah mencecah RM800 bilion, kejatuhan nilai Ringgit, GST yang membebankan rakyat menerusi tindakan peniaga menaikkan harga barang dan kerajaan UBN tidak mampu mengekangnya, kadar jenayah meningkat dan pergaduhan antara kem Mahathir dengan kem Najib. Kesemua faktor tersebut akan menyebabkan negara bakal berhadapan dengan masalah besar. Jadi, TGHH mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan diwujudkan bagi menangani kesemua masalah berkenaan.
Namun, kaum Anwariyyun dan PASMA lebih loncat dari lompat. Mereka sengaja tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh TGHH sebaliknya mereka mencipta pula fantasi sendiri kononnya TGHH mahu membawa PAS masuk UBN.
Tetapi apabila TGHH yang membuat cadangan, ia jadi satu dosa besar. Sehinggakan calon Presiden PAS, Ahmad Awang yang pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia menyatakan, PAS akan ketinggalan dan terkebelakang jikalau terus dipimpin oleh ulama.
Nampaknya bersungguh-sungguh benar puak Anwariyyun dan PASMA mahu menggulingkan TGHH dan menghancurkan PAS semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Lim Guan Eng dan PKR.
Sunday, 3 May 2015
Nak Berdalih Kata BlackOp UBN? Tak Payahlah... Memang Kerja AMK-PKR
Setiap kali PRK, setiap kali itulah juga kita akan disajikan dengan pelbagai dakyah dan pembohongan. Kita maklum dengan UBN yang akan berusaha bermati-matian dengan sebarang cara untuk matikan perjuangan Islam. Jadi kita tidak hairan sama sekali kalau UBN akan mencipta pelbagai taktik dan tipu perdaya untuk tujuan itu.
Namun, di PRK Permatang Pauh, yang buat perangai munafiq itu adalah AMK-PKR.
AMK-PKR ternyata terlalu bongkak dan takabbur kerana menganggap, bantuan yang dijanjikan oleh DAP akan berupaya memenangkan Wan Azizah di PRK Permatang Pauh. Berbanding UBN yang dilihat selesa tanpa perlu melibatkan diri dalam permusuhan antara AMK-PKR dengan PAS, medium dakyah yang terpampang di serata Permatang Pauh itu sebenarnya lebih berat kepada AMK-PKR yang dari dahulu lagi memang itulah kerja mereka.
Politik bunuh-membunuh sesama sendiri telah diamalkan secara berleluasa oleh AMK-PKR. Kita tentu masih ingat bagaimana AMK cuba berlakon tetapi pada masa yang sama menghasut calon mereka di Bukit Besi mengambil tindakan undang-undang dan menyaman Tuan Guru Presiden atas tuduhan yang tidak jelas membabitkan pil kuda. Dibantu pula oleh Haneepa Maidin yang sememangnya duri dalam daging dan musuh dalam selimut, ahli AMK itu menang di mahkamah tinggi tetapi kalah di Mahkamah Rayuan dengan bukti-bukti jelas yang ianya sengaja dibuat untuk memalukan Tuan Guru Presiden selain cubaan untuk meletakkan PAS di bawah telapak kaki PKR.
Kelemahan Ketua Pemuda PAS yang baru, Suhaizan Kaiat juga merupakan antara faktor penting bagaimana AMK yang berkecamuk dan keliru, berjaya menggula-gulakan Pemuda PAS. Suhaizan Kaiat yang diketahui tidak mempunyai hala tuju perjuangan yang jelas kecuali berkiblatkan Guan Eng dan Anwar Ibrahim, sentiasa patuh dan menurut kata PKR dan DAP dalam semua keadaan sekalipun pada masa yang sama, amat merugikan PAS.
Jadi, kalau AMK-PKR cuba menafikan bunting-bunting dan pemidang-pemidang yang terpasang di serata Permatang Pauh yang menghalang jentera PAS daripada berkempen, ia samalah seperti mereka cuba menafikan KAJANG MOVE yang kemudian dipersalahkan PAS sedangkan PAS tidak tahu-menahu langsung tentang KAJANG MOVE.
AMK-PKR perlu bertanggungjawab atas perbuatan mereka sendiri, bukannya sibuk menuding kepada orang lain. Sikap baling batu sembunyi tangan seperti yang sering dilakukan oleh AMK-PKR sudah ketinggalan zaman.
Samalah sepertimana mereka menaja kumpulan ANARKI yang cuba melakukan provokasi dalam Demonstrasi BANTAH GST di Kuala Lumpur pada 1 Mei lalu, tetapi dengan pantas mereka menafikan penglibatan AMK-PKR walaupun bukan rahsia lagi bagaimana kumpulan berkenaan mendapat latihan daripada Hishamuddin Rais dan Jingga 13 yang diketuai oleh Fariz Musa selain Chegu Bard.
Bangkai gajah tidak boleh disorok dengan sehelai lalang...
Saturday, 2 May 2015
Medan Perang Sebenar Pertahan Akidah Islamiyyah Di Permatang Pauh dan Rompin
Di Rompin, walaupun yang bertanding adalah calon dari PAS yang membawa aspirasi kepimpinan ummah menerusi keberkatan Allah Taala menerusi usaha memperjuangkan dan memartabatkan syariat Allah Taala, tetapi yang diserang oleh PR adalah calon PAS yang enggan tunduk sujud kepada kelompok Anwariyun dan PASMA.
Tuan Ibrahim Tuan Man yang bukannya calon, telah dilibas kiri kanan, atas bawah dan depan belakang oleh golongan yang mahukan Mat Sabu terus menjadi Timbalan Presiden PAS.
Dalam perlumbaan pencalonan, Mat Sabu jauh ketinggalan berbanding Tuan Ibrahim Tuan Man. Begitu juga dengan golongan Anwariyun dan PASMA, jauh ketinggalan dalam mendapatkan pencalonan bagi pemilihan PAS Pusat tidak beberapa lama lagi.
Jentera yang sepatutnya berkempen untuk memenangkan Nazri Ahmad dengan mendedahkan sebanyak mungkin salah laku serta penyelewengan UBN dalam pentadbiran negara, bertindak melondehkan Tuan Ibrahim Tuan Man dan calon PAS sendiri.
Lebih malang lagi ialah apabila PKR dan DAP langsung tidak membantu calon PAS di Rompin. Suasana di Rompin pula sangat hambar dan sesiapa sahaja yang berada di lapangan, akan mendapati UBN jauh meninggalkan PAS, sekaligus seperti mengesahkan, UBN akan menang dengan majoriti besar di Parlimen Rompin.
Tak mengapalah, kitaboleh terima realiti bahawa kalah dan menang adalah adat pertandingan. Selagi tidak diizinkan Allah Taala, kita hanya boleh berusaha, berdoa dan bertawakal.
Di Permatang Pauh, lain pula ceritanya. PAS tidak menghantar calon tetapi PAS jugalah yang menjadi mangsa belasahan DAP dan PKR. Kelemahan jentera PKR selain Wan Azizah yang menjadi calon recycle serta mengumpankan muka suaminya, cuba dipersalahkan kepada PAS.
Awal-awal lagi Pemuda PAS dan PAS Permatang Pauh telah memberi amaran, pencalonan Wan Azizah tidak akan mendapat sokongan, juga tidak akan memenangkan PKR secara selesa. Malah PKR mungkin akan kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang telah disandang dari tahun 1982 ketika Anwar baru menjadi penyapu UBN. Kemudian pada tahun 1999 apabila Wan Azizah menang di kerusi Parlimen Permatang Pauh kerana sokongan yang diberikan oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor.
Bagaimanapun dengan tekanan daripada Jawatankuasa PAS Pusat yang dikuasai sepenuhnya oleh golongan Anwariyun serta PASMA, Pemuda PAS Permatang Pauh kemudiannya dipaksa untuk memberikan sokongan serta kerjasama kepada PKR dan Wan Azizah sekalipun pada masa yang sama, Azmin Ali dengan angkuh dan sombong menyatakan, mereka tidak akan sama sekali meminta maaf kepada PAS dan Tuan Guru Presiden kerana menentang rang undang-undang hudud yang akan dibentangkan oleh PAS di Parlimen.
PKR sebaliknya galak mempromosikan golongan PASMA dan Anwariyun yang telah diupah untuk bercakap bagi pihak PKR kononnya PAS telah terpedaya dengan helah PKR dan DAP.
Ini adalah ujian yang sangat besar kepada ahli-ahli serta pendokong kebenaran Islamiyyah. Ini adalah masanya untuk kita membuktikan kepada diri kita, sejauh manakah tahap keimanan kita kepada perintah Allah Taala. Adakah kita akan mengalah kerana desakan dan tekanan daripada golongan yang amat menyanjungi Anwar Ibrahim dan Guan Eng, atau kita bertegas mempertahankan akidah Islamiyyah yang kita perjuangkan semenjak tahun 1951 sehinggakan Biro Agama UMNO bertukar menjadi Persatuan Islam Se-Malaya yang kemudian berubah menjadi Parti Islam Se-Malaysia?
Atau kita sekadar munafik yang hanya pandai bercakap dan berceramah tetapi tidak langsung mempunyai keberanian.
Terpulang kepada kita sendiri terutama para pengundi di Permatang Pauh dan Rompin.