Friday 3 April 2015

Nik Amar Pecah Rahsia, WASIAT ALMARHUM TGNA, PAS Perlu Bekerjasama Dengan UMNO

Tidak hairanlah mengapa kepimpinan Kerajaan Negeri dan PAS Kelantan di bawah Ustaz Mat dan Nik Amar berbaik-baik dengan UBN walaupun mereka terus dihentam, dibelasah, dimaki hamun, bahkan dicop sebagai pengkhianat oleh JEBON-JEBON yang kiblat mereka adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Dan tidak hairanlah juga mengapa Ustaz Nik Abduh turut pernah mengeluarkan kenyataan bahawa, almarhum ayahandanya tidak pernah mengajar dia memaki hamun UBN.

Semuanya bersebab.

Akhirnya Nik Amar memecahkan rahsia tentang amanah dan wasiat Almarhum TGNA agar PAS Kelantan berbaik-baik dan bekerjasama dengan UBN bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan, khususnya dan Malaysia amnya.

Mahu tidak mahu, perlu diterima hakikat bahawa UBN adalah pemegang kuasa majoriti di Malaysia. Sebarang persetujuan bagi perlaksanaan undang-undang yang dianggap baru, memerlukan persetujuan daripada UBN. UBN yang perlu membantu PAS untuk merealisasikan undang-undang hudud ditegakkan di bumi Kelantan dan Malaysia. Bukan PKR, bukan DAP.

Ramai daripada kalangan JEBON dan JEMUAN dalam PAS yang kata, PAS telah diperangkap oleh UBN dalam soal hudud di Kelantan. Mereka sebenarnya patuh dan menjadi burung kakatua kepada Lim Guan Eng yang menyatakan perkara yang sama. Sedangkan hakikatnya, PAS Kelantan (terkecuali Husam Musa dan orang-orangnya) mengikut amanah dan wasiat Almarhun TGNA yang pada saat akhir masih lagi Allah Taala kurniakan kebijaksanaan dan hikmah dalam pemikiran, agar bekerjasama dan berbaik-baik dengan UBN kalau mahu hudud dilaksanakan.

Ini bukan kerja, hari ini nak, hari ni dapat. Kalau Nabi s.a.w pun terpaksa mengerah seluruh usahanya selama 23 tahun, apa sangatlah kita sebagai manusia biasa yang banyak cacat cela dan melakukan kesilapan. Kita hanya perlu istiqomah dan perlu sentiasa muhasabah. Setiap yang sabar, ganjarannya hebat.

Yang pasti, JEBON dan JEMUAN tidak akan senang duduk dan akan cuba menafikan kenyataan Nik Amar bagi menyenangkan hati penguasa mereka iaitu Lim Guan Eng dan DAP.

No comments: