Friday 31 October 2014

Istikharah dan Munajat 16 Tahun Lalu Akhirnya Terungkap Dari Pasukan Pembela Anwar Ibrahim Sendiri... SAH MELIWAT!


Golongan penyembah Anwar Ibrahim di dalam PAS cukup berang jikalau kes liwat Anwar Ibrahim diulangsebut. Sehinggakan ada yang sangup mengkafirkan sesama jemaah jikalau perkara itu dipertegaskan berdasarkan bukti-bukti fizikal, klinikal dan forensik.

Akhirnya ia menjadi perkara 'taboo' dan ahli-ahli PAS tidak boleh menyebutnya secara terbuka keran adianggap melanggar Presiden sekalipun sbenarnya Anwar Ibrahim tiada sebarang kena-mengena dengan Tuan Guru Presiden mahupun Almarhum bekas Tuan Guru Presiden PAS yang lalu.

16 tahun lalu, jemaah PAS mencari kebenaran dengan bermohon kepada Allah Taala untuk menunjukkan kebenaran apabila berita Anwar Ibrahim dipecat dari UBN dan Kabinet Kerajaan Malaysia dilihat sebagai satu penganiayaan daripada rejim zalim yang diketuai oleh Mahathir Mohammad.

Yang tidak sabar-sabar dengan petunjuk dari Allah SWT, telah membuat keputusan berdasarkan logik akal dan nafsu. Namun kebenaran yang ditunggu-tunggu, terungkap dengan sendiri tanpa boleh dinafikan oleh para penyokong Anwar, baik dalam PKR, UBN mahupun PAS.

Kebenaran tersebut adalah menerusi hujah barisan peguambela Anwar Ibrahim sendiri yang mengakui Anwar Ibrahim melakukan perbuatan meliwat walaupun tujuan mereka adalah untuk membuktikan bahawa liwat antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan adalah atas dasar suka sama suka.

16 tahun lalu, serata negara ahli-ahli dan pemimpin PAS termasuklah Imam Besar Masjid Negara pada waktu itu mengadakan solat hajat untuk memohon petunjuk dari Allah SWT tentang kebenaran tuduhan tersebut. Mangsa liwat pada waktu itu adalah Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi Wan Azizah.

Anwar tidak mengakui perbuatan songsangnya walaupun mahkamah kemudian mendapati dia bersalah dan dia dijatuhi hukuman penjara selama 6 tahun kerana kesalahan meliwat dan 8 tahun kerana rasuah salahguna kuasa yang perlu dijalani secara berasingan. Anwar bagaimanapun, tidak sempat menjalani hukuman penjara bagi kesalahan meliwat apabila dia dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan kerana masalah 'tarikh kejadian'.

Bagaimana agaknya para penyokong Anwar Ibrahim yang bersembunyi di dalam PAS boleh menerima hakikat yang diungkapkan sendiri oleh peguam-peguam Anwar dalam kes rayuannya di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh empat hari ini? Adakah mereka masih mahu menyatakan bahawa sesiapa di kalangan ahli-ahli PAS yang percaya Anwar mengamalkan perbuatan liwat, maka mereka adalah ANJING UBN?

Thursday 30 October 2014

Meliwat Dan Dibicarakan Adalah Anwar Ibrahim, Tetapi Yang Berisiko Hilang Jawatan Adalah Najib UBN


Pelik atau tidak tetapi itulah hakikatnya.

Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak yang merupakan Presiden UBN merangkap Perdana Menteri Malaysia sedang berhadapan dengan risiko yang lebih besar. Sana sini sudah ramai yang bercakap tentang risiko besar yang bakal dihadapinya dalam tempoh beberapa jam dari sekarang.

Sekarang dia berada di luar negara menghadiri sebuah forum yang sepatutnya tidak memerlukan kehadirannya tetapi disebabkan dia adalah seorang Perdana Menteri yang bersifat sentiasa melarikan diri dan enggan berhadapan dengan masalah kalau tidak menganggap rasuah wang adalah kaedah terbaik menarik sokongan yang ternyata gagal total, Najib sebenarnya sedang meletakkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam keadaan yang amat sukar.

Sudah ramai golongan yang kuat menyokong UBN, mempertikaikan dasar-dasar dan polisi-polisi Najib yang belum ada satu pun yang boleh dibanggakan kecuali RTC dan UTC. 1Malaysia gagal total, PERMATA masih lagi diserang dan gagal dijawab dengan baik. IMDB sedang menerima serangan daripada bekas Perdana Menteri, Mahathir dan tiada sesiapa pun yang dapat menjawab bagaimana IMDB boleh membayar fi tinggi kepada konsultan atau ke mana hilangnya wang yang dipinjam dari luar dengan menggadaikan kepentingan GLC-GLC Malaysia yang pada tahun 1997, Mahathir telah menghalangnya daripada dirampas oleh IMF.

BR1M telah menjadi tukul yang mengetuk kepala Najib. Pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat juga menjadi senjata makan tuan memandangkan SOSMA yang dikatakan lebih baik  berbanding ISA, ternyata hanyalah satu retorik semata-mata. Hutang luar negara yang semakin menjerut. Bon-bon kedaulatan negara yang semakin matang tetapi Malaysia masih tidak mempunyai persediaan untuk membuat bayaran. Kadar harga barangan dan perkhidmatan yang meningkat kerana kelemahan pemantauan dan penguatkuasaan. Terlalu banyak campur dari pelbagai agensi yang diwujudkan oleh Najib. Gangguan politik ke atas agensi-agensi kerajaan seperti PDRM, SPRM, SPR, ATM dan sebagainya. Meletakkan orang yang tidak berkelayakan dalam pelbagai jawatan seperti penjual harta sebagai pengerusi perancang ekonomi seperti Idris Jala.... semuanya itu menjadi bahan bualan dan gelak tawa di kalangan rakyat sekaligus memperlihatkan betapa tidak mampunyai Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dengan jumlah anggota kabinet yang paling ramai dalam sejarah pentadbiran kerajaan Malaysia, Najib tidak mempunyai sebarang kecemerlangan. Ramai yang meletakkan Najib sebagai jauh lebih teruk berbanding Abdullah Badawi dan Najib pula sangat mudah terpengaruh dengan nasihat-nasihat daripada para penasihat yang ada di sekelilingnya, walaupun penasihat-penasihat tersebut tidak memberikan persepsi yang baik kepada Najib, baik dari segi politik, mahupun kepentingan negara.

Walaupun yang melepaskan Anwar Ibrahim adalah Abdullah Badawi yang awalnya telah dipujuk oleh Allahyarhamah ibunya yang dipujuk pula oleh Allahyarhamah ibu Anwar Ibrahim untuk membebaskan Anwar Ibrahim dengan pelbagai janji, tetapi yang membuatkan Anwar naik muka dan besar kepala adalah Najib Abdul Razak.

Dan perlu juga kita akui bahawa antara penyebab Anwar berasakan dia adalah sehebat Firaun yang mengaku dia adalah Tuhan Yang A'ala adalah kita sendiri... Jemaah dan Pemimpin PAS yang terpengaruh dengan janji serta muslihat Anwar Ibrahim!

Kelembikan Najib menangani kebiadapan Anwar Ibrahim menjadi punca kemarahan majoriti penyokong UBN sendiri. Golongan yang mahu mengurangkan haba politik keterlaluan seperti sekarang, berharap orang licik seperti Anwar Ibrahim, menanggung dan bertanggungjawab di atas sebarang perbuatannya terutama yang melanggar undang-undang syarak. Sedangkan pada masa yang sama, Najib pula sentiasa mengikut apa-apa sahaja kehendak Anwar Ibrahim walaupun akhirnya yang menanggung akibat adalah rakyat Malaysia tanpa mengira sebarang latarbelakang mahupun akidah politik.

Maka tidak hairanlah mengapa Tuan Guru Presiden enggan duduk semeja berunding dengan Anwar Ibrahim dan Najib dalam Konsensus Nasional yang dirancang oleh Saifuddin Nasution atas arahan Anwar Ibrahim sendiri, kerana Tuan Guru Presiden tahu, Najib hanya makanan Anwar Ibrahim dan natijah kepada rakyat Malaysia dan umat Islam, akan jauh lebih besar seandainya Tuan Guru Presiden bersetuju dengan rancangan jahat Anwar.

PAS sudah ada pengalaman dengan Anwar Ibrahim tetapi PAS mempunyai maruah untuk mengakui yang PAS sebenarnya telah terpedaya dek kelicikan dan manis mulut Anwar Ibrahim. Sepatutnya Najib selaku pemimpin UBN dan Malaysia, boleh faham mantiq yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Presiden.

Malangnya Najib memilih untuk menyaksikan kemarahan tahun 2003-2005. Sebelumnya dia boleh tersenyum dan tersengih kerana cahaya jawatan Perdana Menteri sangat cerah di matanya, tetapi sekarang, dia bakal melihat pemaksaan untuknya mengosongkan jawatan tersebut.

Menang Anwar dalam kes rayuannya di Mahkamah Persekutuan - baik dibebaskan mahupun hukumannya dikurangkan - kita bakal menyaksikan Najib akan dipaksa meletak jawatan dan pemberontakan besar-besaran akan berlaku di dalam UBN!

Ikut bacaan politik, kita bersyukur kerana itulah matlamat dan 'kemenangan' kita. Tetapi ikut bacaan negara, umat Islam dan jangka panjang buat PAS sendiri?

Jangan pandang sehala dan pandang mudah kerana setiap yang Allah Taala jadikan, pasti ada sebab-musababnya.

Friday 24 October 2014

Bila Tengok PAS Tidak Bersama-sama Anwar Ibrahim, Serta-Merta Pro-Anwar Ingatkan Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Begitulah perangai sesetengah orang yang tidak mengenang budi dan tidak tahu diuntung. Mereka hanya mahu mempergunakan orang lain bagi kepentingan mereka. Apabila mereka sudah kuat, mereka akan segera menyepak, menghina bahkan tidak berterima kasih langsung dengan bantuan serta sokongan yang diberikan selama ini.

Kempen 'RAKYAT HAKIM NEGARA' memperlihatkan kegopohan dan kegelojohan PKR dan Anwar Ibrahim yang tidak berkurangan, sebaliknya membuktikan bahawa Anwar Ibrahim dan segala bala tenteranya adalah kumpulan yang akan melakukan apa-apa sahaja walaupun perlu menyembah bomoh dan tokong demi memastikan Anwar Ibrahim bebas daripada hukuman penjara akibat perbuatannya sendiri.

Hari yang sama, 28 Oktober, PKR terus menggelabah kerana tidak dapat bersembang besar lagi dengan UBN apabila ahli-ahli PAS lebih berminat untuk bersolidariti dengan Tuan Guru Presiden PAS yang dianiayai oleh PKR dalam usaha mereka untuk menguasai PAS dan kemudian menghapuskan PAS.

Pada hari itu, Tuan Guru Presiden akan berhadapan dengan tuntutan saman oleh PKR sebanyak RM2 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu setelah Hanipa Maidin dengan sengaja membiarkan Shamsul Pil Kuda menang dalam tuntutan RM2 juta sebelum itu.

Sudah ada tentera-tentera Anwar Ibrahim yang mempersoalkan tindakan PAS yang kelihatan seperti enggan bersolidariti dengan Anwar Ibrahim, sebaliknya lebih berminat untuk bersama-sama Tuan Guru Presiden di Kuala Terengganu yang hanya disaman RM2 juta oleh PKR berbanding Anwar Ibrahim yang akan dipenjarakan sekurang-kurangnya 5 tahun kerana perbuatan songsangnya yang bukan sahaja salah di sisi undang-undang Malaysia, bahkan melanggar hukum Allah Taala dan kehidupan manusia itu sendiri.

Pada saat inilah, mereka mula mengingatkan semula PAS tentang Almarhum Tuan Guru Ustaz Fadhil Noor yang menurut mereka, pasti tidak akan meninggalkan Anwar Ibrahim bersendirian.

Mereka tersilap sebenarnya atau dengan kata-kata lain, mereka cuba untuk memutarbelitkan kenyataan sebenar. Almarhum sebenarnya tidak bersolidariti dengan Anwar Ibrahim secara membuta tuli walaupun sebelum itu, Anwar Ibrahim membuat pelbagai ugutan dan cercaan ke atas ulama-ulama dan PAS sendiri. Almarhum pada waktu itu melihat peluang terbaik untuk mendidik masyarakat khususnya umat Islam agar mengambil peduli dengan undang-undang negara yang telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk berkuasa, terutama sekali oleh Anwar Ibrahim sendiri menerusi banyak tindakannya ke atas musuh-musuh politiknya sebelum itu. Almarhum telah menggunakan kebijaksanaannya untk melaksanakan helah politik yang akhirnya memberikan keuntungan besar kepada PAS.

PAS yang sebelum itu tercalar teruk dengan pelbagai label dan jenama, menerusi kebijaksanaan Almarhum, telah menarik minat golongan muda untuk mendekati dan menyertai PAS. PAS bertambah kukuh dan pada pilihanraya umum tahun 1999, PAS menjadi pembangkang majoriti di Parlimen berbanding DAP dan PKR (PKN pada waktu itu).

Jikalau diperhatikan dan diperhalusi, Almarhum sebenarnya tidak pernah peduli pun dengan Anwar Ibrahim tetapi golongan pro-Anwar Ibrahim yang sudah menyeberang masuk ke dalam PAS sebenarnya yang memberikan persepsi yang Almarhum menyokong Anwar Ibrahim. Buktinya, pada tahun 2002, Almarhum telah bersama-sama Dr.Mahathir dalam solidariti bersama-sama rakyat Palestin yang telah dizalimi oleh Zionis. Malah dalam banyak situasi sebelum Almarhum pulang ke pangkuan Allah Taala, dia banyak bersama-sama Mahathir berbanding Anwar Ibrahim di dalam penjara atau pun keluarga Anwar Ibrahim yang dikemudi oleh isterinya, Wan Azizah.

Dari tahun 1998 sehinggalah sekarang, PAS telah dijadikan sebagai subjek yang boleh diperbodoh-bodohkan. Ketika sokongan diberikan kepada semua usaha yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim dan PKR, haram tidak sepatah pun perkataan 'terima kasih' diucapkan, bahkan diungkit tentang semangat tahaluf siyasi yang sebenarnya tidak dipersetujui oleh sebahagian besar akar umbi PAS. Apabila PAS enggan menghantar bantuan bagi meramaikan hadirin, dikatakan PAS telah mengkhianati Pakatan Rakyat.

Apa sebenarnya Pakatan Rakyat kalau dalam semua perkara, PAS sahaja yang terkena dan perlu mengalah? Mengapa PKR dan DAP tidak mengalah dengan PAS dalam soal tuntutan hudud dan hukum-hakam Islam, termasuklah pengukuhan institusi masjid serta sekolah-sekolah pondok dan agama? Sebaliknya PAS setiap kali memperkatakan tentang maslahat berkenaan, dikatakan mahu memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Orang bijak tidak akan masuk ke lubang ular dua kali berturut-turut. Cukuplah sokongan yang ditunjukkan kali pertama pada tahun 1998 dahulu. Sekarang, oleh kerana PKR sentiasa bercakap besar, buatlah sendiri dan tunjukkan yang PKR sebenarnya tidak memerlukan langsung PAS. Tunjukkan dan buktikanlah yang PKR sememangnya amat kuat, boleh menendang PAS sesuka hati mereka dan sangat disayangi serta dicintai oleh sekalian rakyat Malaysia.

Lagipun, beberapa orang pemimpin PAS seperti Mahfuz Omar, Khalid Samad, dan beberapa orang pemimpin pro-Anwar dari PAS sudah pun menyatakan persetujuan untuk menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar Ibrahim berbanding Presiden mereka sendiri. Justeru, apa yang mereka gusarkan sangat. Mahfuz dan Khalid Samad sahaja sudah cukup untuk membawa berpuluh-puluh ribu orang penyokong mereka ke halaman Istana Kehakiman pada 28 dan 29 Oktober nanti.

Thursday 23 October 2014

Anwar Ibrahim Hantar Klip Video Seks Ustaz Azhar Idrus Kepada UBN Untuk Tarik Sokongan Ahli-Ahli PAS Kepadanya Menjelang Perbicaraan Rayuannya


Tidak mustahil sekiranya artikel kali ini dianggap sebagai menjilat UBN kalau tidak pun, aku dituduh menerima suapan daripada UBN. Namun kebenaran sememangnya pahit dan wajib bagi aku menyebarkan perkara sebenarnya, walaupun aku mungkin memberikan pihak musuh kredit dan secara tidak langsung membela mereka.

Dari tahun 1982, apa yang Anwar Ibrahim tidak lakukan dan katakan kepada kaum ulama? Almarhum bekas Mufti Selangor, sampai meninggal dunia difitnahnya dalam isu ratu cantik dan kemudian fitnah tersebut dipersalahkan kepada Mahathir. Kawan-kawan sekutunya seperti Rahim Thamby Chik, Muhyiddin Yasin, Mat Taib bahkan Najib sendiri, juga difitnahnya dalam usaha dia untuk memanjat tangga kuasa sebagai Presiden UBN dan Perdana Menteri Malaysia. Malah, dalam satu kes yang sangat 'luar biasa', isteri Azizan, bekas pemandu peribadi isterinya, yang sedang sarat mengandung terbunuh dalam satu insiden langgar lari ketika kemuncak kehangatan perbicaraan kes liwat pertamanya. Kes berkenaan tidak pernah berjaya dirungkaikan oleh pihak polis sehingga ke hari ini.

Terhadap ulama-ulama PAS, siapa yang tidak ditohmah dan tidak difitnah oleh Anwar Ibrahim sehinggalah ke hari-hari terakhirnya di dalam UBN sebelum dipecat dan diterajang keluar oleh Mahathir setelah Mahathir mengambil masa hampir setahun untuk mempercayai maklumat-maklumat yang disampaikan kepadanya membabitkan perilaku Anwar Ibrahim yang tidak layak sebagai seorang bakal pemimpin utama negara ini.

Majlis Ulama PAS disifatkannya sebagai penternak fitnah. Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden disifatkannya sebagai ulama selipar dan terompah jamban, PAS tidak berkelayakan kerana di dalam PAS semuanya orang bodoh, jumud dan hanya tahu berserban, berjubah dan berjanggut kambing.

Pandangan Anwar kepada PAS, sememangnya hina dan sehingga ke hari ini, hari di mana Anwar dikatakan telah bertaubat dan sedar dengan kesilapannya, Anwar masih tetap menganggap PAS bodoh dan boleh diperbodoh-bodohkan. PAS bagi Anwar adalah mangsa yang paling mudah dikenakan berbanding UBN kerana PAS sangat berpegang kepada perjanjian.

Sebelum ini, Anwar dan para jembalangnya yang sedang giat berkempen di beberapa buah negara, terutama sekali Australia, sudah kebuntuan fikiran bagaimana hendak menghadirkan lebih ramai orang ke demonstrasi yang dianjurkan. Dalam beberapa ceramah dan kempen 'RAKYAT HAKIM NEGARA', Anwar dapat melihat sendiri sambutan hambar yang diberikan kepadanya, sekalipun mereka yang dibayar gaji oleh Anwar masih menulis kononnya, rakyat berduyun-duyun untuk mendengar ceramah dan pembohongan Anwar.


Hari yang sama, 28 Oktober, dua perbicaraan akan diadakan. Satu perbicaraan membabitkan Tuan Guru Presiden yang telah disaman oleh PKR di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, manakala Anwar Ibrahim pula merayu untuk melepaskan diri daripada hukuman penjara 5 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada Mac lalu selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan di Putrajaya.

Anwar sememangnya mengharapkan ahli-ahli PAS untuk bersolidariti bersama-samanya dan meramaikan demonstrasi yang dianjurkan selama dua hari. Selama ini pun, yang meramaikan demonstrasi-demonstrasi anjuran Anwar Ibrahim dan DAP adalah orang-orang PAS. Bagaimanapun, krisis Menteri Besar Selangor yang mana PAS dipersalahkan sekalipun yang merancang helah tersebut adalah Anwar Ibrahim sendiri atas alasan kononnya UBN mahu merampas Selangor dari Pakatan Rakyat, telah merenggangkan hubungan antara PAS dengan PKR dan DAP.

PAS dipersalahkan kerana tidak mahu 'mempertahankan' Selangor walhal tiada suatu petunjuk aras yang memberikan kesempatan kepada UBN untuk merampas Selangor sekalipun tanpa KAJANG MOVE yang terkangkang. Perancangan Anwar ialah mahu merampas Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila dana-dana luar untuk PKR, semakin susut apabila para penaja Anwar semakin tidak mempercayainya.

Dalam tempoh tidak sampai setahun, kita banyak dikejutkan dengan pelbagai perkara-perkara pelik. Menjelang PRU-13, klip video Setiausaha Agung PAS, Cikgu Pa 'dilepaskan' oleh macai UBN dan menjadi viral. Ia bermula apabila Cikgu Pa bertegas untuk tidak mengalah kepada tuntutan PKR untuk PAS menyerahkan lebih banyak kerusi kepada PKR di kawasan-kawasan PAS untuk ditandingi oleh PKR pada PRU-13. Hasilnya, Cikgu Pa terpaksa 'direhatkan'. UBN dipersalahkan dan dikatakan telah menfitnah Cikgu Pa.

Fitnah sebegitu tidak sahaja untuk memusnahkan kerjaya, tetapi juga untuk menyelamatkan kerjaya politik sebagaimana yang berlaku kepada Nurul Izzah dan Azmin Ali sendiri. Malah, demi meraih simpati dan sokongan, klip video Anwar Ibrahim berasmara bersama jantan yang pernah dirakamkan memberikan jambangan bunga berwarna ungu kepadanya di tangga Mahkamah Tinggi ketika perbicaraan kes liwat keduanya, turut diviralkan.

Demi mendapatkan sokongan dan perhatian daripada ahli-ahli PAS, terutama untuk menimbulkan kemarahan kepada UBN dan mengalihkan kemarahan tersebut menjadi simpati kepada Anwar, maka satu lagi klip video pelik melibatkan tokoh penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dilepaskan malam tadi.

Kebodohan blogger-blogger UBN yang mudah termakan perangkap dengan isu dan klip video seks memudahkan kerja-kerja Anwar Ibrahim. Mereka segera mengedarkan klip video tersebut menerusi media-media sosial, tanpa menyedari mereka telah diperangkap dengan cara yang amat mudah oleh perancangan jahat Anwar Ibrahim.

Ahli-ahli PAS seharusnya tidak mengulangi kebodohan para pengikut UBN. Ahli-ahli PAS telah dididik oleh para pemimpin kita agar tidak mudah mempercayai fitnah. Malah kita juga dididik agar berfikir secara bijak dan melihat perancangan serta tipu helah lawan yang mahu menghancurkan kita semata-mata untuk memperolehi sokongan buat mereka.

Kita harus bersolidariti bersama-sama Tuan Guru Presiden, bukannya terpengaruh dengan fitnah Anwar Ibrahim dan jembalang-jembalangnya menggunakan blogger-blogger pro-UBN yang tidak pernah menggunakan otak.

Ayuh, kita bergerak beramai-ramai ke Kuala Terengganu untuk bersama-sama pemimpin kita, bukannya bersama-sama orang yang mahu memusnahkan kita. Biarkan mereka dengan klip-klip video seks dan fitnah yang sudah menjadi makanan harian mereka.

Tuesday 21 October 2014

Program Pegang, Peluk, Belai dan Cium Anjing Merupakan Sebahagian Kecil Ancaman Akidah Umat Islam

Ada yang sudah pun membuat tanggapan mudah bahawa hampir 800 orang yang datang untuk berpesta pora memegang, memeluk, membelai dan mencium anjing merupakan golongan yang sebenarnya sudah murtad dari Islam. Mereka hanya bertudung untuk melindungi perkara sebenar, dan pada masa yang sama, memberikan imej bahawa umat Islam sebenarnya tidak perlu takut-takut untuk menyentuh anjing kerana anjing, seperti kucing, adalah haiwan.

Jarum fitnah ini sudah lama ditusukkan. Dari zaman penjajahan Portugis ke atas Melaka lagi. Dari zaman Raja Chola dan Syiah ke atas Kedah lagi. Dari zaman Belanda dan Inggeris serta Siam di seluruh Tanah Melayu, percubaan untuk menghancurkan Islam melalui pelbagai elemen telah dibuat. Yang paling terkenal, sudah tentulah cubaan Stamford Raffles mengkristiankan orang Melayu menerusi Bible berbahasa Melayu yang diterjemahkan oleh Munsyi Abdullah dan menggantikan istilah 'God' dengan 'Allah' dan pelbagai istilah lain pada tahun 1852.

Tidak seperti di Indonesia di mana mubaligh-mubaligh Kristian dari Belanda lebih agresif, di Tanah Melayu, proses murtad berjalan dengan sangat perlahan dan lebih berhati-hati.

Namun sekarang ini, selain daripada penggunaan Bible berbahasa Melayu yang sangat kuat disokong oleh beberapa orang pemimpin PAS seperti Khalid Samad, serangan turut dilakukan kepada masalah furuq.

Terbaru adalah menyentuh anjing.

Ditokok dengan cerita tambahan daripada bekas mufti seperti MAZA yang diketahui seringkali mengeluarkan pelbagai hukum yang pelik-pelik berdasarkan terbitan kitab-kitab bacaannya tanpa mengambil kira pegangan mazhab Syafie yang merupakan pegangan utama umat Islam di Nusantara.

Dalam kenyataan terbarunya yang mendapat sokongan besar daripada Nga Kor Ming, MAZA menyatakan tidak haram menyentuh anjing. Pandangannya itu adalah berdasarkan kepada pendapat mazhab Maliki yang lebih ringan hukumnya membabitkan anjing. Sedangkan mazhab Syafie yang lebih sesuai diamalkan di kawasan-kawasan berhawa panas lembab seperti Malaysia, menegaskan bahawa anjing adalah najis berat. Sentuhan secara sengaja sepertimana yang ditunjukkan di dalam program yang dianjurkan beberapa hari lepas, merupakan sentuhan yang mencari dosa dan kemudian bertaubat iaitu perbuatan yang memperolok-olokkan agama - suatu perbuatan keji yang dilakukan oleh golongan keji.

PAS secara total (kecuali beberapa orang pemimpin yang sememangnya diketahui sangat pro kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng) menolak perbuatan tersebut sebagai perbuatan biadap, sia-sia dan menghina Islam. PAS juga menegaskan, daripada berkempen memegang anjing, adalah lebih baik sekiranya kempen menyayangi ibu bapa, anak-anak yatim, memegang tangan isteri dan sebagainya yang lebih berfaedah diadakan. Lebih baik lagi kempen mengajak umat Islam mengimarahkan masjid, bukannya bertindak gila untuk memegang anjing.

Melihat kepada gambar-gambar yang disiarkan, sekaligus memberitahu kita bahawa program tersebut sememangnya mempunyai agenda yang sangat jahat. Penganjur, seorang pemuda Melayu-Islam yang mempunyai gelaran Syed, seharusnya perlu disiasat dan dipastikan agamanya selain daripada motif utamanya.

Bohonglah kalau lelaki tersebut menyatakan program tersebut adalah untuk mendidik masyarakat Islam tentang anjing dan samak, kerana objektif utama dalam program tersebut seperti yang dapat dilihat ialah, mahukan orang Islam, terutama sekali perempuan-perempuan yang bertudung dan mempunyai imej Islam, menyentuh, membelai, memeluk dan mencium anjing.

Selepas ini, apa pula yang akan mereka lakukan? Adakah Kerajaan UBN sekadar mendiamkan diri dan berasa sudah cukup dengan menghantar JAKIM untuk membuat kenyataan media?

Sunday 19 October 2014

Masa Susah Ingat dan Pujuk PAS, Masa Senang, PAS Jugalah Yang Ditendang Dan Diterajang


Anwar Ibrahim dan para jeneralnya sekarang ini sedang pening dan sakit kepala apabila melihat sambutan yang diberikan untuk mewujudkan gelombang demonstrasi ala-ala 1998, sedang bertukar menjadi rombongan masuk meminang dengan jumlah kehadiran yang sangat memalukan bagi sebuah parti yang sangat hebat hebat seperti PKR dan individu teragung seperti Anwar Ibrahim. 

Beberapa flashmob yang diadakan semalam, jelas hanya mampu menggunakan tenaga beberapa orang anak muda yang tidak faham dan tidak tahu pun apa yang berlaku pada tahun 1998. Malah lebih tepat lagi, golongan yang hanya percaya dengan temberang serta auta Anwar Ibrahim tetapi gagal melihat serta mengkaji tindak-tanduknya yang mendapat tentangan daripada PAS semenjak tahun 1982 lagi. 

Kini, arahan terbaru dikeluarkan lagi. Arahannya ialah, PAS perlu bergabung dengan PKR dan DAP untuk menghadirkan lebih ramai pendemontrasi bagi menunjukkan kepada dunia betapa agungnya Anwar Ibrahim dan betapa terdesaknya Kerajaan Malaysia perlu memenjarakan Anwar Ibrahim untuk kesalahan yang tidak dilakukannya semata-mata kerana Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi sebagaimana yang digelarkan oleh para jeneral dan konco-konconya. 

Sedangkan hakikatnya, Anwar Ibrahim hanyalah seorang pemanipulator dan seorang lelaki keji yang Allah Taala kurniakan kebolehan serta kehebatan melakukan penipuan serta tipu daya sehingga mampu membuatkan para golongan bebal percaya, warna hitam itu adalah putih. 

Selepas menyedari kewujudannya dalam UMNO tidak lagi selamat, sekitar 1997, Anwar Ibrahim sudah mula memasukkan orang-orangnya ke dalam PAS. 1998 apabila dia mula dibicarakan, ramai orang kanannya dan proksinya yang memperolehi kekayaan luar biasa seperti Kamaruddin Jaafar menerusi perompakan projek-projek mega termasuklah KL Sentral, Monorail, LRT-Putra, Plaza Rakyat yang sehingga kini tidak siap dan pembinaan persimpangan bertingkat di seluruh Kuala Lumpur, segera menyeberang masuk PAS. Salah seorang daripada mereka, Saifuddin Nasution yang merupakan balaci agung Anwar Ibrahim juga masuk PAS sebelum Parti Keadilan Nasional yang bertukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat setelah bercantum dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) yang beberapa tahun sebelum bercantum dengan PKN bertukar nama kepada Parti Rakyat Malaysia. 

Orang-orang Anwar Ibrahim itulah yang menjahanamkan PAS sehingga sekarang. Manusia jahanam seperti Saari Sungip, Husam Musa, Hasnol Baharuddin, Khalid Samad, Dr. Dzulkefly Ahmad dan kumpulan ABIM serta JIM yang berada dalam PAS sekarang, merupakan golongan yang terus berusaha menjadikan PAS sebagai biro agama untuk PKR dan selipar jamban untuk DAP. 

Dari tahun 1998, Anwar Ibrahim kagum dengan dirinya sendiri kerana demonstrasi melibatkan puluhan ribu orang. Dia mendabik dada, kehadiran puluhan ribu orang itu adalah kerana dirinya, bukan kerana PAS. Demonstrasi-demonstrasi besar yang lain juga, dikatakan hasil kejayaan dan sokongan kepada Anwar Ibrahim, bukan kerana faktor PAS. 


Masa senang, bukan main lagi dabik dada. Tidak mengaku peranan yang dimainkan oleh PAS, sebaliknya PAS pula dikatakan menumpang populariti Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dan para jeneralnya termasuklah pemimpin-pemimpin agung DAP sehingga kini tidak boleh mengaku bahawa tanpa PAS menyertai demonstrasi yang diadakan, kesemuanya akan gagal. 

Demonstrasi pada 28 dan 29 Oktober ini juga nampaknya akan mengalami kegagalan yang serupa. Berdasarkan culaan terkini, untuk mendapatkan 3,000 orang peserta pun, PKR tidak akan mampu melakukannya. DAP yang cuba mencetuskan minat untuk berdemonstrasi di kalangan masyarakat penyokong mereka menerusi Bar Council, juga nampaknya tidak berjaya. 

Maka benarlah seperti yang dikatakan oleh anakanda Tuan Guru Mursyidul Am yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, ketika susah, PAS diminta bantuan, tetapi apabila senang, PAS dihina, diperlekehkan dan diterajang sesuka hati oleh PKR dan DAP. 

Sedangkan sepatutnya inilah masanya untuk PKR dan Anwar Ibrahim untuk membuktikan betapa agung dan berpengaruhnya mereka tanpa pembabitan PAS. Untuk apa tenaga PAS ditagih sedangkan apa-apa sahaja yang PAS ingin lakukan, merekalah yang paling kuat menentang. 

Saturday 18 October 2014

PAS Masih Tak Juga Belajar? Masih Juga Nak Jatuh Dalam Lubang Yang Sama Tiga Empat Kali?

Kepimpinan TGHH sebenarnya amat teruji. Jauh lebih teruji berbanding zaman Allahyarham Asri Muda, malah jauh lebih hebat berbanding pertembungan kuasa di Kelantan pada tahun 1974 sehingga memudahkan UBN mewujudkan darurat dan merampas Kerajaan Negeri Kelantan dari tangan PAS.

Kalau dahulu, kita bersengketa hanya sesama sendiri dengan motifnya adalah nafsu dan keinginan untuk memegang jawatan dan kemewahan. Namun persengketaan itu mudah diatasi menerusi saringan dan penapisan.

Sekarang, PAS berhadapan dengan masalah lebih besar. Sebabnya, Tahaluf Siyasi telah bertukar menjadi racun yang serba memusnahkan. Walaupun Tahaluf Siyasi adalah halal di sisi agama, tetapi perbuatan berlebih-lebih dan menguatamakan kaum lain berbanding kaum sendiri, merupakan perbuatan bodoh yang mengundang kepada kemurkaan Allah Taala dan Rasul-Nya.

Itu sedang berlaku dalam PAS. PAS sedang dimusnahkan menerusi tindak tanduk sebilangan pemimpin PAS yang tawakkal dan tawadduk mereka adalah kepada Pakatan Rakyat. Iktikad mereka ialah, tanpa Pakatan Rakyat, PAS tidak boleh hidup dan tidak boleh wujud. Tanpa Pakatan Rakyat, PAS tidak mungkin akan menang satu kerusi pun.

Mereka terlupa bahawa yang berkuasa hanyalah Allah Taala. Allah Taala yang menaikkan dan menurunkan kerajaan-kerajaan di dunia ini. Manusia dan usaha hanyalah asbab dan musabab sedangkan keputusan akhir adalah milik Allah Taala. Tawakkal dan iktikad sepatutnya kepada Allah Taala, bukannya kepada makhluk seperti Pakatan Rakyat.

Bila tawakkal kita kepada makhluk, jadilah seperti PAS menyertai dan menubuhkan Barisan Nasional bersama-sama UMNO dan parti-parti komponen yang lain. Selepas itu PAS ditendang kerana UBN melihat PAS sebagai ancaman kepada parti itu. UBN takut PAS menggantikan mereka walhal PAS berada dan sama-sama menubuhkan Barisan Nasional. PAS ditendang dan sebilangan pemimpin PAS yang terasa perit dengan perbuatan khianat UBN, masih mengingatinya dan enggan bersatu dengan UBN kembali walau apa cara sekalipun.

Pada tahun 2008, PAS menyertai Pakatan Rakyat secara rasmi walaupun sebelum itu PAS pernah berunding dan bekerjasama secara gelap dengan DAP bermula dari tahun 1960-an lagi sehinggalah penghujung 1990-an. PAS lebih berjaya pada waktu itu dan DAP pula tidak berani angkat muka atau meninggikan suara kepada PAS.

Namun menyertai Pakatan Rakyat, dengan bantuan pemimpin-pemimpin PAS yang telah disuntik virus Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng, PAS yang dahulunya merupakan kuasa politik yang ditakuti oleh DAP dan PKR, menukarkan PAS menjadi zombie yang hanya tahu mengangguk dan akur sahaja dengan sebarang suruhan PKR-DAP.

Selangor merupakan teladan terbaik untuk PAS. PAS kuat menyokong Azmin Ali sebagai Menteri Besar sehinggalah Azmin Ali benar-benar dilantik ke jawatan itu. Walaupun PAS berpeluang menaikkan ADUNnya seperti Sallehin Mukhyi mahupun Iskandar Samad, PAS memilih untuk akur dengan resolusi Pakatan Rakyat yang menetapkan bahawa Selangor adalah 'milik PKR'.

PAS yang bersungguh-sungguh dan memberikan harapan besar kepada Azmin Ali, tetapi nampaknya PAS pula yang dijadikan mangsa dan seterusnya dizalimi dan dianiayai. Sedangkan PAS merupakan sebahagian daripada pasukan Pakatan Rakyat Selangor. Mungkin kerana PAS hanya memiliki 15 kerusi DUN yang sekarang ini selepas ditolak dua pengkhianat iaitu Saari Sungip dan Hasnol Baharuddin, PAS hanya ada 13 sedangkan PKR-DAP pula mempunyai jumlah 15+13+2, menjadikan mereka sangat besar kepala.

Walhal jumlah itu jugalah yang kuat menentang Azmin Ali sebagai Menteir Besar Selangor dan hanya mahukan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS perlu lihat dan perlu ingat pembodohan yang berlaku sekarang. Jangan lagi PAS terus bodoh dan diperbodoh-bodohkan oleh pemimpin PAS yang merupakan talibarut syaitan dan iblis dalam bentuk tubuh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng kerana telah terbukti, Iblis dan Syaitan tidak pernahmenjadi rakan manusia sampailah ke hujung dunia.

Friday 17 October 2014

Mengapa Tiada Sesiapa Di Kalangan PAS Yang Berani Menyanggah DAP?

Ketika PAS berusaha untuk menjadikan negara ini lebih diberkati menerusi hukuman hudud, yang paling kuat menentang adalah PKR dan DAP walaupun pada masa yang sama, mereka cuba menyalahkan UBN. Ramai pula yang tumpang meludah UBN kerana beberapa kenyataan daripada pemimpin-pemimpin UBN yang kelihatan sangat anti dan tidak beriman dengan perintah Allah Taala itu.

Namun pada masa yang sama, UBN bijak memberi alasan iaitu, mereka tidak menolak hudud sepenuhnya, sebaliknya sistem perlaksanaannya yang barangkali mempunyai elemen ketidakadilan, memandangkan yang menggubal undang-undang tersebut adalah ahli-ahli politik. Apatah lagi tidak semudah A,B,C untuk melaksanakan sesuatu undang-undang setelah Malaysia diikat dengan Perlembagaan Reid yang menjatuhkan taraf semua undang-undang kecuali undang-undang sekular, walaupun selama ratusan tahun, kerajaan-kerajaan Melayu telah melaksanakan undang-undang syariah.

Mungkin kerana terlalu memberikan tumpuan kepada UBN, kita terlepas pandang ke atas penentangan-penentangan keras yang dibuat oleh DAP dan PKR dalam kes ini.

PKR terutama menerusi Ketua Umum dan Presidennya telah menyatakan bahawa jikalau Pakatan Rakyat berkuasa, mereka tetap tidak akan mengadakan undang-undang hudud di negara ini. Untuk Pakatan Rakyat berkuasa di Malaysia, Pakatan Rakyat amat memerlukan kerusi-kerusi Parlimen yang diwakili oleh PAS. Walaupun DAP menjadi kuasa dominan, tetapi tanpa PAS, matlamat untuk mencapai sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen tidak mungkin tercapai memandangkan DAP hanya bertanding di kawasan-kawasan bandar. Sedangkan kerusi-kerusi Parlimen majoriti berada di luar bandar.

Agak aneh ialah apabila PKR dan DAP memberi kata dua kepada PAS melibatkan perayaan arak yang dikenali sebagai Oktoberfest. Beberapa orang pemimpin PAS seperti Hanipa Maidin, Khalid Samad dan Mat Sabu amat jelas menyokong PKR dan DAP.

Menurut mereka, PAS tidak perlu menyibuk kerana arak adalah urusan bukan Islam. Tiada kena-mengena dengan orang Islam.

Yang mereka terlupa ialah, telah diterangkan dari awal lagi bahawa perlaksanaan hudud di negara ini hanya melibatkan orang Islam, manakala orang bukan Islam tidak terlibat. PAS sedar bahawa undang-undang melibatkan kuasa Parlimen, tidak akan memberi kemenangan kepada usaha PAS untuk mendapatkan hudud bagi umat Islam. Justeru sebagai permulaan, PAS hanya menumpukan kepada perlaksanaan yang lebih kecil melibatkan negeri memandangkan kuasa dan hal-ehwal agama Islam merupakan kuasa kerajaan negeri.

Biarpun sebenarnya perlaksanaan hudud adalah meluas, termasuklah dikenakan kepada bukan Islam yang tinggal di negeri atau wilayah yang melaksanakannya, namun atas maslahat tertentu, daripada langsung tidak diadakan, lebih baiklah diamalkan walaupun hanya melibatkan sebahagian daripada rakyat sesebuah negeri.

Mengapa dalam hal hudud, DAP dan PKR begitu keras menentang, walhal ianya tidak melibatkan kaum bukan Islam? Sehinggakan sanggup menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat walaupun sebenarnya mereka amat memerlukan penyertaan PAS berbanding PAS yang memerlukan DAP dan PKR?

Namun dalam hal arak, boleh pula mereka kata, PAS tidak perlu campurtangan kerana ianya bukan hal yang melibatkan umat Islam.


Semua ini berpunca daripada sebilangan ahli dan pemimpin PAS yang tawakal dan tawaduk mereka hanyalah kepada Pakatan Rakyat. Mereka tidak lagi percaya bahawa Allah Taala boleh menaikkan dan menurunkan kuasa sesebuah kerajaan. Mereka sebaliknya percaya, tanpa Pakatan Rakyat, PAS tidak akan ke mana-mana. Sedangkan telah terbukti, walaupun tanpa Pakatan Rakyat, PAS tetap wujud dalam sistem demokrasi di negara ini. Dan kerana kewujudan itulah, PKR dan DAP amat berminat dengan PAS sehingga mengenepikan parti-parti kecil yang lain.

Barangkali DAP dan PKR terlupa perkara yang lebih penting berdasarkan fakta-fakta ini.

Tuesday 14 October 2014

Bila Penyokong Kuat LGE dan Anwar Ibrahim, Tak Bagi Ahli PAS Sertai Mujahid-PASMA


Macam ada yang tidak kena dengan arahan rasmi yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang merangkap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu kepada ahli-ahli PAS Pulau Pinang.

PASMA sebuah entiti parasit telah ditubuhkan secara rasmi di Pulau Pinang. PASMA yang dipresidenkan oleh Phahrolrazi Zawawi, orang yang bertanggungjawab mendoakan kematian dan mengejek-ejek kematian Almarhum Ustaz Azizan suatu ketika dahulu, sedang menggunakan pelbagai kemudahan dalam PAS untuk terus berkembang. Alasan yang diberikan oleh para pendirinya ialah, PASMA hanyalah sebuah NGO, bukannya sebuah entiti yang cuba mengambilalih fungsi PAS atau menggulingkan Tuan Guru Presiden.

Penafian tersebut sebenarnya boleh disangkal memandangkan sekarang ini, puak-puak PASMA sedang berkempen secara giat memburuk-burukkan Tuan Guru Presiden, ahli-ahli keluarganya, mahupun pemimpin-pemimpin PAS yang enggan memberikan taat setia kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Sedangkan pada masa yang sama, Mat Sabu sendiri adalah pemimpin golongan yang paling kuat menjilat Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng walaupun perbuatannya itu merugikan parti sama ada untuk jangka pendek mahupun jangka panjang.

Bagaimana seorang pendosa  mahu menasihati dan melarang pendosa yang lain agar tidak berbuat sepertinya melainkan dia tidak mahu aibnya diketahui dan dia kehilangan jawatan yang sedang disandang?

PASMA ditubuhkan untuk memastikan kuasa Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berterusan mencengkam PAS. PASMA juga ditubuhkan agar para pemimpin PAS tulen terus tutup mulut dan tidak berani mengeluarkan sebarang pendapat atau suara. PASMA ditubuhkan agar PAS terus dijajah dan akhirnya menjadi biro bagi PKR dan DAP untuk mendapatkan sokongan serta undi untuk kedua-dua parti itu sahaja.

Kalau benar PASMA ditubuhkan untuk memastikan PAS mempunyai kuasa dalam Pakatan Rakyat, bagaimana PASMA langsung tidak mempedulikan dengan perbuatan Lim Guan Eng dan DAP yang sedang giat membersihkan dan menghapuskan perkampungan-perkampungan Melayu di seluruh Pulau Pinang? Mengapa PASMA dan para pemimpin PAS yang cukup lantang sebelum ini mempertahankan rakyat yang dizalimi oleh kerajaan, senyap sunyi dan buta mata serta pekak telinga dalam isu-isu yang membabitkan penghapusan orang Melayu-Islam di Pulau Pinang?

Adakah kerana alasan, penduduk kampung tersebut dihalau oleh pemilik tanah, maka PASMA mengambil keputusan untuk tidak masuk campur dan membenarkan tindakan Lim Guan Eng? Bukankah operasi seperti itu kerap kita lihat menerusi pemindahan pemilikan tanah dan pemilik baru menggunakan kuasanya menghalau penduduk? Ditambah pula, terdapat banyak kes di Pulau Pinang selepas DAP menjadi Kerajaan Negeri, banyak tanah wakaf yang tidak berdokumentasi ditukarkan menjadi tanah kerajaan negeri yang kemudian dijual kepada kroni-kroni Lim Guan Eng.

Sudah habiskah kepandaian para pemimpin PAS terutama sekali PASMA dan Mat Sabu dalam isu menjuarai pembelaan ke atas rakyat marhein?

Ini sahaja sudah cukup untuk menjadi bukti bahawa PASMA sebenarnya hanyalah golongan PARASIT yang sedang cuba memburuk-burukkan PAS dari dalam!

Anehnya, apabila kita menyertai gerakan membela rakyat yang dizalimi oleh Lim Guan Eng ini, kita dikatakan telah menjadi ANJING UMNO, tetapi apabila mereka benar-benar menjadi ANJING DAP, tidak pula mereka melabelkan diri, bahkan bermati-matian berlindung di belakang jenama TAHALUF SIYASI.

Monday 13 October 2014

Ahli-Ahli Parlimen BN Pengkhianat Rakyat, Elaun Dinaikkan Tetapi Perangai Memonteng Terus Kekal

Beberapa hari lepas, Shahidan Kassim yang memperolehi pendapatan puluhan ribu daripada Kerajaan Malaysia, menyatakan kerajaan perlu menaikkan elaun Ahli-Ahli Parlimen kerana mereka terpaksa mengikat perut dengan elaun dan pendapatan sedia ada.

Manakala Mahfuz Omar yang merupakan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena pula, menyatakan kenaikan RM500 hanya 'lekat celah gigi' sekaligus menyokong kenyataan Shahidan Kassim dari UBN.

Kalau tentang kepentingan diri sendiri, Ahli-Ahli Parlimen boleh bersatu padu dan tolong menolong antara satu sama lain. Mereka menjadi pelengkap sesama sendiri walaupun di kalangan penyokong, tindakan mereka dilihat seperti memperlekehkan lawan dan mengagungkan kumpulan sendiri.

Bagaimanapun, apabila elaun mereka dinaikkan, lain pula kisah dan teladan yang ditunjukkan.

Ahli-Ahli Parlimen di Malaysia mempunyai pelbagai elaun yang membolehkan mereka memperolehi pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan. Selain elaun, mereka juga mempunyai keistimewaan dan kemudahan yang tidak dikecapi oleh pembayar-pembayar cukai lain di negara ini.

Seharusnya, mereka yang berkorban dan mengorbankan kepentingan mereka untuk rakyat sebagaimana mereka seringkali mengingatkan rakyat agar berkorban dan bersyukur walaupun rakyat terpaksa membayar lebih untuk kenaikan kos akibat kelemahan dan ketidakcekapan Ahli-Ahli Parlimen Malaysia.

Perhatikanlah persidangan Dewan Rakyat hari ini. Berbanding ketika Najib-UBN membentangkan bajet, ada yang sanggup tidur di Parlimen semata-mata untuk menunjukkan mereka hadir. Hari ini, kerusi-kerusi yang diduduki oleh Ahli Parlimen Malaysia kosong-kosong belaka, walaupun kehadiran mereka dibayar termasuklah elaun minyak dan tol serta kenderaan.

Pendek kata, untuk membolehkan Ahli-Ahli Parlimen tersebut datang bersidang dan berbahas serta menggubal undang-undang, keseluruhan rakyat dan penduduk Malaysia diwajibkan membayar mereka.

Bagaimanapun, Ahli-Ahli Parlimen yang ketika berkempen untuk menang sanggup meredah hutan belukar, naik rumah orang miskin, peluk budak berhingus hijau dan boleh berjalan tanpa bergantung kepada kenderaan, bahkan berjanji akan sentiasa mengambil berat tentang rakyat, selain mendaulatkan rakyat dengan ajaran Islam, selepas menang, lain pula yang mereka buat.

Dan gambar yang kita lihat di atas adalah fenomena biasa...

Baik BN mahupun PR, Ahli-Ahli Parlimen Malaysia yang menyedut setiap sen duit rakyat Malaysia, termasuklah duit fakir miskin dan anak yatim piatu, berlagak seolah-olah mereka boleh berbuat apa-apa sahaja dan untuk itu mereka tetap juga perlu dibayar dan diberikan kenaikan gaji.

Gertakan Najib-UBN Kepada MCA dan Cina Sekadar Kosmetik

Melayu-Islam di Malaysia sememangnya ada masalah besar. Masalah besarnya ialah, walaupun ada kuasa, pemimpin-pemimpin Melayu sangat takut dengan kaum kafir yang menjadi sekutu bagi mereka.

Mencari dan memburu kuasa adalah perkara besar yang perlu diberikan perhatian sebesar-besarnya bagi kebanyakan pemimpin Melayu.

Dan kerana itulah, tiada lagi pemimpin-pemimpin seperti Almarhum Samad Gul Ahmad Mianji, Dr. Zulkifli Mohamad, atau seperti Tun Dr. Ismail mahupun Datuk Abdul Wahab Panglima Bukit Gantang. Yang ada sekarang hanyalah pemimpin-pemimpin Melayu yang lebih layak digelar pondan kerana sifat pengecut dan dayus mereka, termasuklah dari dalam PAS sendiri yang kuat menyamar sebagai alim ulama walaupun sebahagian daripada mereka, mengaji al Quran pun bertatih-tatih dan ilmu tajwid mereka lintang-pukang.

Disebabkan itulah keadaan umat Islam di Malaysia pada hari ini lintang pukang walaupun sesetengahnya cuba menyembunyikan kejahilan mereka dengan menyertai PAS dan cuba menunjukkan mereka lebih alim dari ulama seperti yang dilakukan oleh sebilangan pemimpin seperti Mat Sabu dan Khalid Samad.

Semalam, dalam ucapannya di Persidangan MCA, Presiden UBN cuba berlagak seperti seorang perwira Melayu apabila memberi amaran dan kata dua kepada para perwakilan MCA. Macai-macai UBN seperti biasa, segera menyanjung dan bersorak apabila Najib-UBN mempertontonkan kejantanannya.

Kata Najib, orang Cina tidak berhak membuat pelbagai tuntutan kepada Kerajaan UBN selagi mereka tidak menyokong UBN dalam PRU dan PRK yang akan diadakan.

Tidak sampai beberapa jam selepas mengeluarkan kenyataan sebegitu, para pemimpin DAP seperti Anthony Loke sudah mula menyerang Najib-UBN dengan kenyataan-kenyataan ugutan seperti biasa. Ugutan seperti jangan minta cukai daripada orang Cina, orang Cina tidak perlu bayar cukai dan orang Cina tidak perlu menyerahkan segala kekayaan hasil daripada perbuatan mengaut dan mengempang semua kegiatan ekonomi di negara ini, mula kedengaran.

Inila dilema pemimpin Melayu tidak kira dari UBN apatah dari PAS. Di sebalik sokongan kuat daripada para pengikut dan penyokong selain berada di dalam parti-parti politik yang sangat kuat dengan Melayu, dengan Islam dan dengan aspirasi Bumiputera serta Peribuminya, para pemimpin kedua-dua parti ini berada dalam keadaan yang sangat tersepit.

Semuanya kerana kesalahan yang telah dilakukan oleh para pemimpin terdahulu yang berfikiran mudah untuk mendapatkan kuasa sehingga sanggup menggadaikan maruah bangsa demi mengemis sokongan serta undi masyarakat keturunan pendatang.

Orang Melayu yang beragama Islam, dan Bumiputera di negara ini sebenarnya sudah cukup tersepit sehinggakan mereka tidak boleh bernafas pun tanpa izin kaum kafir.

Amaran yang diberikan oleh Najib-UBN sekadar satu lagi kosmetik untuk terus membohongi orang Melayu untuk terus menyokong UBN sepertimana gelagat yang ditunjukkan oleh sebilangan pemimpin PAS yang mencari sokongan Melayu untuk Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Sunday 12 October 2014

Desakan dan Ugutan PKR Serta DAP Membuatkan Majlis Syura Ulama Hanya Berani Gantung Keahlian Dua Ekor Barua Selama Setahun Sahaja!

Akar umbi yang menyokong kemurnian perjuangan PAS, sekadar mengeluh panjang apabila Majlis Syura memutuskan hukuman yang dikenakan kepada dua ekor Barua dan Pengkhianat PAS hanyalah digantung keahlian selama setahun.

PAS hari ini telah mengambil keputusan untuk menggantung keahlian ADUN Hulu Kelang dan Morib, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin selama setahun berkuatkuas serta-merta hari ini.

Cikgu Pa berkat, keputusan tersebut diambil mengikut Fasal 82(6) Perlembagaan PAS. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Presiden telah membincangkan masalah membabitkan kedua-dua ADUN 'milik' Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam jubah PAS itu, dalam keadaan keadaan yang amat tertekan.

Kehadiran Mat Sabu dan Mahfuz Omar mewakili Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng ternyata telah memberi tekanan yang amat besar kepada Majlis Syura sehinggakan hukuman yang lebih keras, terpaksa diringankan ekoran wujudnya beberapa ugutan dan ancaman daripada konco-konco Anwar Ibrahim dan Lim Guan itu.

Salahuddin Ayob dan Takiyuddin Hassan dilaporkan, gagal membantu Cikgu Pa untuk mengatasi vokal Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang bermati-matian mempertahankan Tahaluf Siyasi PAS dengan PKR dan DAP yang membawa maksud, PAS hendaklah menjadi hamba dan hilang hak-hak bersuara di dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan menggantung keahlian kedua-dua pengkhianat dan barua itu sebenarnya belum lagi muktamad, memandangkan mengikut Fasal 83(4), kedua-duanya boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 15 hari.

Pergantungan keahlian tidak bermaksud Hasnul dan Saari kehilangan jawatan mereka sebagai ADUN sebaliknya, mereka sekadar tidak boleh menjalnakan apa-apa program rasmi di bawah nama parti.

Kebanyakan akar umbi PAS tulen, melihat tindakan yang diambil sekadar untuk memenuhi prosedur memandangkan kedua-dua pengkhianat tersebut akan tetap menjalankan program-program rasmi mereka di bawah lambang Pakatan Rakyat walaupun tidak lagi memperkenalkan diri mereka sebagai ADUN PAS.

Penguasaan kelompok pro-Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat pula akan memendekkan dan meringankan hukuman kedua-duanya bagi memenuhi tekanan dan ugutan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Begitulah nasib kita apabila kita terlalu kuat bersekongkol dengan puak-puak yang hati perut mereka menentang Islam.

Saturday 11 October 2014

UBN-Najib Tetap Lebihkan Kasih Sayang Kepada Sekolah Vernakular Lain Berbanding Sekolah Agama Rakyat

Selesai pembentangan bajet semalam, seperti yang diduga, ramailah tukang ampu, tukang bodek dan tukang jek bersuara memuji-muji Najib Abdul Razak dan bajetnya. Seperti biasa, setiap bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, dari dahulu sampailah ke zaman Najib, semuanya baik untuk rakyat sekalipun pada masa yang sama, kehidupan mudah di Malaysia telah bertukar menjadi sukar.

Malaysia yang suatu masa dahulu, rakyatnya hidup gembira kini bertukar menjadi sebuah negara yang tertekan. Kalau dahulu, rakyatnya mempunyai banyak masa untuk mendidik dan menjaga keluarga, kini setiap orang rakyatnya terpaksa memberikan lebih banyak masa kepada kerjaya dan kewangan bagi membolehkan mereka bernafas untuk esok hari.

Anehnya, golongan yang sama jugalah melalak-lalak tentang peningkatan masalah sosial terutama sekali di kalangan anak-anak muda. Mereka gagal melihat tempoh yang digunakan untuk kerjaya jauh lebih banyak berbanding bersama-sama keluarga.

Kerana terlalu mengejar kebendaan, Malaysia kini berada jauh dari landasan sebuah negara berkebajikan yang dirahmati Allah Taala. Kenikmatan dan kesenangan yang dikecapi selama ini, telah beransur-ansur ditarik balik oleh Allah Taala. Mungkin ramai yang tidak sedar, tetapi apabila kita terlalu sibuk untuk mengejar kebendaan, kita sebenarnya kehilangan nikmat yang telah dikecapi oleh datuk nenek moyang kita dahulu.

Justeru, tidak hairanlah jikalau semakin ramai yang mulai meninggalkan solat, tidak lagi peduli halal haram, tidak berasa apa-apa apabila melakukan dosa, sanggup menyalahgunakan agama untuk kepentingan diri, menghalalkan yang haram dan mengharamkn yang halal, mentertawakan dan mengejek gerakan yang memperjuangkan Islam, melebihkan dan meraikan kaum kafir berbanding saudara-saudara dalam Islam, dan memperemehkan segala suruhan serta larangan-Nya.

Allah Taala kurniakan yang sebaik-baiknya untuk manusia. Kita disuruh mengejar dunia dan kita juga diwajibkan mengejar akhirat. Kedua-duanya perlu seimbang. Dalam Islam sendiri, ada kategori ulama dan ada kategori umara. Kedua-duanya tidak lebih penting daripada satu sama lain. Kedua-duanya penting untuk maslahat umat. Tidak boleh melebihkan ulama berbanding umara dan tidak boleh melebihkan umara berbanding ulama. Kedua-duanya seganding.

Yang jahil akan melihat ulama lebih utama berbanding umara. Yang jahil juga meletakkan umara lebih tinggi dari ulama. Ulama-ulama muktabar seperti Imam Mazhab berempat kekal menjadi ulama tanpa melibatkan diri dalam politik sungguhpun sebahagian daripada mereka mempunyai ratusan ribu pengikut pada zamannya, bahkan ada yang disiksa dan dipaksa untuk terlibat dalam pentadbiran dan pemerintahan, bahkan dipenjara kerana membuat teguran dan kritikan terhadap pemerintah yang melanggar batasan syariah seperti yang berlaku kepada Syeikhul Islam Imam Ibn At-Taimiyyah. Begitu juga dengan imam-imam yang menjadi sandaran kepada puak-puak Syiah seperti Jaafar As-Sadiq, juga tidak pernah melakukan usaha untuk menjadi umara sebaliknya kekal sebagai ulama sepanjang hayatnya walaupun mempunyai kebolehan berbuat begitu.

Hanya pada akhir-akhir zaman sahaja, ulama bercita-cita menjadi umara dan umara pula memperlekehkan ulama untuk mengekalkan kedudukan dan pengaruh mereka.

Sebagai sebuah Negara Islam kononnya, Malaysia seharusnya lebih mengutamakan sahsiah dan jatidiri sebagai Negara Islam walaupun pada masa yang sama, Malaysia menyertai negara-negara lain di seluruh dunia menggunakan kaedah demokrasi untuk memilih pemimpin dan kerajaan. Antara pekrara terpenting dalam kaedah ini adalah pendidikan.

Tidak dinafikan, Malaysia dilihat begitu menitikberatkan pendidikan dan pelajaran. Sebut apa-apa sahaja aliran pemikiran, Malaysia ada kesemuanya. Dari pemikiran betul benar, sehinggalah ke pemikiran songsang dan berasaskan perkauman.

Artikel 152(1)(ii) dan Artikel 2 (2) Perlembagan Malaysia menujukkan secara jelas kedudukan dan martabat sekolah-sekolah agama Islam di negara ini. Peruntukan daripada Perlembagaan menggariskan bahawa Kerajaan perlu membiayai dan menyediakan dana untuk sekolah-sekolah agama di samping sekolah-sekolah kebangsaan.


Bagaimanapun, Najib dan UBN tidak ada keberanian mempertahankan Perlembagaan, malah terlalu takut dengan ugutan Cina-Cina dan para pemimpin India. Berbanding menghapuskan atau menamatkan bantuan serta peruntukan untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan serta mubaligh, Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran UBN-Najib memberikan peruntukan puluhan juta, malah akan meningkat menjadi ratusan dan berbilion ringgit apabila berlaku pilihanraya nanti.

Sekolah-sekolah vernakular yang tiada dalam peruntukan Perlembagaan mendapat sama peruntukannya dengan sekolah-sekolah agama rakyat yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Apakah nilai sekolah-sekolah agama dalam pandangan seorang pemimpin seperti Najib Abdul Razak, sama nilainya dengan sekolah-sekolah vernakular yang lebih banyak menghasilkan kaum chauvinist, rasis dan tidak pernah berasa mereka sebahagian daripada rakyat Malaysia kecuali untuk merampas kuasa serta menghapuskan umat Islam sepertimana yang ditunjukkan oleh para pemimpin DAP dan PKR?

Bukankah tingkahlaku yang ditunjukkan oleh Najib itu merupakan satu bentuk perbuatan munafik yang menunjukkan dia lebih bimbangkan sokongan Cina dan India yang jelas telah hampir mengalahkannya pada PRU lepas? Tidakkah dia melihat bagaimana Cina dan India telah menjadikan PAS sebagai macai mereka yang cukup hina dan PAS telah dijadikan sebagai selipar untuk menghalalkan perbuatan mereka ke atas umat Islam menerusi penggunaan beberapa orang pemimpin PAS yang kita kenali sebagai pemimpin murtadin dan munafiqin?

UBN seringkali memberitahu dan mendabik dada mereka mempertahankan Melayu, Bumiputera dan Islam tetapi tingkah laku UBN seperti yang ditunjukkan oleh Najib menerusi peruntukan dalam bajet 2015 menjelaskan bahawa UBN adalah musuh Islam, Melayu dan Bumiputera.

Apa bezanya Najib dengan Lim Guan Eng dalam bab memperemehkan Perlembagaan Malaysia?


Macai-macai UBN sepatutnya menjawab, apa yang membezakan sekolah-sekolah vernakular dengan sekolah-sekolah agama rakyat sehinggakan peruntukan yang diberikan kepada kedua-dua jenis sekolah tersebut adalah sama?

Apakah sekolah-sekolah vernakular tersebut dirancang untuk menggantikan sekolah-sekolah kebangsaan dan pada masa yang sama, UBN merancang untuk menghapuskan sekolah-sekolah agama pada masa hadapan memandangkan keistimewaan sekolah-sekolah agama rakyat sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan, tidak lagi dipedulikan sebaliknya UBN terlalu menitik beratkan sekolah-sekolah vernakular?

Friday 10 October 2014

Jangan Terpedaya Dengan Bajet 2015 Yang Dibentangkan Oleh Najib Hari Ini

Pada ketika ini, seluruh perhatian ditumpukan kepada ucapan dan pembentangan bajet yang dibuat oleh Najib Abdul Razak. Awal-awal lagi, telah didendangkan kononnya bajet tersebut adalah bajet rakyat, bajet yang membela rakyat, bajet yang berkebajikan, bajet yang menyeluruh dan bajet yang akan membanggakan rakyat Malaysia.

Cakap-cakap mengampu sedemikian rupa, bukannya baru didengar. Setiap kali sebelum dan selepas pembentangan bajet setiap tahun, maka itulah cakap-cakap yang disajikan kepada kita. Tukang-tukang ampu dan tukang-tukang jilat akan memuji-muji Menteri Kewangan kononnya seorang  yang sangat prihatin kepada rakyat.

Sedangkan, rakyat semakin terhimpit dek kenaikan kos secara menyeluruh dalam segenap segi. Kegagalan kerajaan mengawalselia, memantau dan menguatkuasakan ke atas golongan pemborong pula, terus menjadi-jadi selain amalan rasuah bermula dari peringkat tukang pegang pen, sehinggalah tukang pegang senjata dan tukang pemikir di kerusi empuk di Parlimen mahupun DUN.

Baik UBN mahupun PR, semuanya sama sahaja. Mereka mungkin boleh berlakon tetapi keputusan akhirnya ialah, kedua-duanya tidak ada beza dari segi tamak haloba, kaedah politik mahupun aqaid kewangan. Senang cakap, matlamat menghalalkan cara. Taukeh-taukeh besar di sekeliling mereka adalah nadi mereka yang sebenarnya, manakala rakyat pula sekadar menjadi barua dan anjing penjaga pintu yang diperlukan untuk memberi undi ketika pilihanraya.

Benar, ada kemajuan dan pembangunan yang dibawa tetapi jikalau diperhalusi, pembangunan dan kemajuan tersebut diwujudkan agar ada projek untuk mereka dan kroni-kroni mereka. Kemudian sebahagian daripada mereka berlakon seperti memperjuangkan keadilan tetapi pada masa yang sama, mereka yang beria-ia berjuang itu juga mempunyai kepentingan kontrak dan tender seperti yang berlaku kepada Husam Musa, Salahuddin Ayob, Kamaruddin Jaafar dan sebagainya dalam projek-projek besar kerajaan termasuklah KL Sentral.

Rakyat kesudahannya ditipu dan dipermain-mainkan oleh kelompok 222 orang manusia yang dikatakan sebagai penggubal undang-undang. Rakyat dipermain-mainkan oleh kelompok ratusan yang lain, yang berada di DUN di seluruh Malaysia.

Begitu jugalah dengan bajet yang dibentangkan oleh Najib petang ini. Mungkin kedengaran muluk dan mulus tetapi yang akan tetap terkena dan perlu mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk menampung kehidupan yang serba mencerut nanti adalah rakyat.

Pembentangan bajet sekadar memenuhi protokol dan prosedur. Janji-janji yang dibuat dalam pembentangan tersebut sekadar untuk menyedapkan hati dan menggula-gulakan sebilangan besar kakitangan awam tetapi memeritkan sebahagian besar rakyat Malaysia.

Sepuluh ringgit diberikan, tetapi seratus ringgit yang perlu dikeluarkan untuk peningkatan harga. Itu yang berlaku di negara ini dan kerajaan UBN pimpinan Najib begitu lemah, dan begitu tidak tahu bagaimana hendak mengatasi masalah tersebut. Manakala barisan pembangkang pula sekadar bermain dengan keintelektualan rakyat menerusi pelbagai drama bodoh-bodoh termasuklah demonstrasi dan cubaan membentang bajet sendiri yang kemudian dikatakan, masih tidak lengkap apabila dihentam teruk.

Yang pastinya, pada 2015, bajet persendirian rakyat Malaysia akan meningkat secara drastik. Kocek rakyat Malaysia akan kempis menerusi kenaikan tol, elektrik, bil air, cukai hartanah, harga barangan dan perkhidmatan, bahkan bil Astro, bil telefon dan segala macam bil tanpa dapat ditahan-tahan atau disekat-sekat.

Anehnya, ada pula menteri yang akan kata, rakyat Malaysia patut bersyukur kerana Malaysia masih aman!

Thursday 9 October 2014

Pesta Arak Buih di Shah Alam, Sekali Lagi PAS Jadi Kambing Hitam


Bukan malang dan bukan musibah tetapi kerana terlalu terikat dan percaya kepada tahaluf siyasi yang tidak langsung menguntungkan PAS. Pada masa yang sama, teladan bagi kepimpinan yang terus membiarkan dan enggan bertindak terhadap kaum parasit yang berbaju PAS tetapi berjiwa, roh dan nafasnya adalah PKR dan DAP. 

Kita tidak perlulah menuding jari siapa yang memulakan pesta arak buih ini. Yang pasti, Oktoberfest sememangnya merupakan sambutan hari beer sedunia yang telah disambut di Eropah semenjak puluhan tahun lampau tetapi baru sampai ke Malaysia selepas DAP mempunyai kuasa sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Benar, UBN sebenarnya telah membenarkan kilang arak bertapak di Malaysia. Guinness dan Carlsberg merupakan dua buah kilang pengeluar arak yang ketika didirikan dahulu, berada jauh dari kawasan penempatan manusia tetapi perubahan zaman membolehkan kedua-dua kilang ini akhirnya berada di tepi lebuhraya dan berhampiran pula dengan taman-taman perumahan. 

Lebih malang lagi ialah apabila ada umat Islam yang bekerja di kilang-kilang arak tersebut tanpa sebarang perasaan malu atau takut.

UBN tidak boleh sama sekali menafikan, itu adalah sumbangan mereka kepada perkembangan dan kemajuan pengeluaran arak di Malaysia. 

PAS pernah beriltizam untuk menghapuskan kilang-kilang arak ini apabila berkuasa di Selangor. Malangnya, PAS memang diberikan kuasa tetapi menerusi perkongsian dengan DAP dan PKR yang kita cukup tahu, amat bergantung kepada arak memandangkan sebahagian besar daripada mereka adalah peminum arak tegar yang menganggap, arak merupakan sebahagian daripada budaya hidup. 

Bukan tidak ada pemimpin PAS yang cuba menghapuskan atau setidak-tidaknya mengehadkan penjualan arak terutama kepada golongan Islam, tetapi akhirnya apa yang berlaku ialah, DAP menggunakan kuasa mereka, memecat pemimpin PAS itu dan menggertak pemimpin-pemimpin PAS yang lain agar tidak sewenang-sewang atau berani-berani mengugut arak. 

PAS kekal istiqomah dalam perjuangan menentang arak. Kecuali sebilangan pemimpin PAS yang telah dikenalpasti sebagai pemuja Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, yang bukan sahaja kuat membela arak, tetapi juga menyanjung budaya murtad atas nama kebebasan beragama dan bersuara. 

Disebabkan itulah, DAP dan PKR mengambil keputusan untuk memastikan PAS berada dalam tekanan, kebimbangan, ketakutan dan teragak-agak untuk membuat keputusan. Mana-mana pemimpin PAS yang menentang DAP dan PKR, pasti akan dianggap sebagai pengkhianat. Lebih malang lagi ialah apabila DAP menganggap PAS tidak setia kepada Pakatan Rakyat kerana keengganan PAS untuk terus menjadi rubberstamp kepada DAP.


Ada soalan ditujukan kepada PAS, mengapa PAS yang 'berkuasa' di Selangor, tidak memansuhkan atau menghapuskan terus kilang-kilang arak di Selangor. 

Jawapannya, PAS tidak pernah diberikan kuasa. Walaupun PAS merupakan sebahagian daripada perkongsian kuasa di Selangor, hakikatnya, bidang yang berkaitan amat dikawal ketat oleh DAP dan PKR. Sebarang cubaan untuk menembusi benteng yang didirikan oleh DAP akan berakhir dengan musibah sebagaimana yang berlaku kepada Hasan Ali. Manakala pemimpin-pemimpin parasit seperti Khalid Samad dan Dzulkefly Ahmad pula sudah bersiap sedia dengan bala tentera masing-masing untuk menyerang dan menghancurkan mana-mana pemimpin PAS yang dilihat 'mengkhianati' Pakatan Rakyat (baca: DAP dan PKR). 

Di kalangan akar umbi PAS di Selangor sendiri pun, sudah dapat melihat perkara ini. Khairuddin Othman yang merupakan ADUN Paya Jaras sudah berulang-ulang kali dalam ceramahnya memberikan penerangan bahawa di sebalik PAS sebagai salah satu pemegang kuasa di Selangor, PAS sebenarnya tidak berdaya dengan kaki serta tangan PAS diikat oleh DAP dan PKR menerusi bantuan pemimpin parasit PAS. Begitu jugalah penjelasan yang dibuat oleh Iskandar Samad yang merupakan ADUN Cempaka merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor, turut mengakui PAS sebenarnya dikhianati oleh DAP dan PKR, bahkan hanya dijadikan sebagai umpan bagi mendapatkan sokongan pengundi-pengundi Melayu untuk Pakatan Rakyat di Selangor, sedangkan hakikatnya PKR dan DAP hanya mementingkan pengundi-pengundi bukan Melayu khususnya Cina.


Seharusnya dalam isu arak, PAS tidak ditohmah dan diserang kerana PAS memang tidak berupaya. Pun begitu, beberapa pemimpin muda PAS seperti Nik Abduh dan Nasruddin Hasan sudah pun menggerakkan penentangan ke atas Oktoberfest yang disokong kuat oleh DAP dan PKR biarpun pada masa yang sama, mereka terpaksa bersekutu dengan PERKASA, pertubuhan yang amat dibenci oleh DAP.