Sunday 28 September 2014

KEJI ATAU TERPUJI: Pengkhianat dan Baruah Dalam PAS Tetapi Wira Kepada DAP

Dalam satu majlis, Lim Kit Siang yang merupakan pemimpin teragung DAP, malah sudah menghampiri status Mao Tze Tung, pemimpin komunis terulung yang merampas pemerintahan China daripada Kuomintang setelah Kuomintang terlebih berjaya menghapuskan sistem diraja China, membuat pengisytiharan yang sememangnya tidak mengejutkan langsung.

Dua ADUN 'munafik' PAS, Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin telah diangkat sebagai Wira kerana menyelamatkan Pakatan Rakyat di Selangor.

Saari Sungip atau Abu Urwahh yang merupakan penjilat tegar Anwar Ibrahim semenjak dari zaman dia belajar di luar negara lagi dan Hasnul Baharuddin, seorang kaki betina dan terpaksa berkahwin awal ketika masih belajar di UM kerana kegagalan mengawal nafsunya, akan terus diingati kerana merekalah telah menzahirkan kewujudan golongan munafik dan pengkhianat di dalam PAS.

Sekaligus memberi tamparan keras kepada pucuk pimpinan yang kuat mengamalkan 'anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan'. Keistimewaan yang keterlaluan diberikan kepada golongan yang mendakwa mereka adalah golongan profesional, akhirnya telah memamah dan menghancurkan PAS sendiri.

Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin bukanlah satu-satunya kes terpinggir. Ada ramai di dalam PAS termasuklah Timbalan Presiden PAS sendiri, Mat Sabu yang suatu ketika dahulu, ketika miskin, ketika tiada harta, ketika gajinya tidak sampai RM3 ribu sebulan, ketika hidupnya melarat dan terpaksa menagih pinjaman daripada kawan-kawan, istiqomah dan tawakkalnya kepada PAS seperti sudah sampai ke tahap syirik. Sangat taksub. Sangat tegar. Jangankan darah berwarna hijau, tarik nafas hembus nafas pun berwarna hijau. Kalau suara tu pun boleh diwarnakan, kita akan nampak suara Mat Sabu berwarna hijau.

Tetapi selepas dibela dan dikandang oleh Lim Guan Eng dengan pendapatan melebihi RM50,000 sebulan, Mat Sabu jadi pengkhianat terbesar. Mat Sabu jadi anjing dan baruah DAP yang sanggup menghancurleburkan parti yang telah menjadi rumah utamanya. Parti yang telah banyak membantunya daripada hidup melarat setelah dibuang dari UiTM kerana kegagalan menduduki peperiksaan kerana otaknya tidak begitu cemerlang dalam bidang akademik. Parti yang banyak memberikan publisiti kepadanya menyuarakan apa yang disalurkan oleh Dr. Mahathir untuk menghentam dan mendedahkan penyelewengan para pemimpin UBN bila ramai pemimpin UBN cuba main kongkalikong dengan bekas Mamak Bendahara itu termasuklah membabitkan Anwar Ibrahim.

Apa keperwiraan Saari dan Hasnul yang dipandang oleh DAP/Lim Kit Siang?

Samalah seperti Amerika Syarikat dan Zionis mahupun Anwar Ibrahim membela Salman Rushdie, si laknatullah yang menulis novel kejinya atas alasan, si laknatullah itu telah menulis berdasarkan kepada kebebasan bersuara dan kreativiti.

Tanpa tahaluf siyasi PAS dengan PKR dan DAP, tidak mungkin ada Pakatan Rakyat. Tidak ada Pulau Pinang diperintah Lim Guan Eng. Tidak ada Selangor diperintah Khalid-PKR-DAP. Kedah dan Kelantan solid sepenuhnya kepada PAS tetapi akhirnya kerana Tahaluf Siyasi dan pengkhianatan baruah-baruah DAP seperti Phahrolrazi Zawawi, akhirnya Kedah dirampas semula oleh UBN pada PRU-13 lalu.

Barangkali DAP/Lim Kit Siang terlupa bahawa yang menaikkan Azmin Ali adalah PAS, bukannya Saari Sungib mahupun Hasnul Baharuddin. Pada ketika kedua-dua pengkhianat dan munafik tersebut memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Wan Azizah demi mengambil hati dan redha Anwar Ibrahim, PAS Selangor kekal menyokong dan menyorong nama Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.


Tetapi sekarang, yang diwirakan adalah Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin. Yang mendabik dada kerana Azmin Ali berjaya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor dan terkinja-kinja keseronokan adalah Anwar Ibrahim dan Wan Azizah walaupun merekalah yang tegas menyatakan, tidak ada nama lain selain nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.

Yang bodoh, yang asyik terkena, yang asyik tak melawan dan yang asyik tak boleh berfikir adalah PAS sendiri.

Ternyata, tahaluf siyasi tidak menjadikan kita lebih baik atau lebih cerdik, sebaliknya kekal menjadikan kita sebagai tisu pengesat najis buat Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng/Kit Siang!

Sunday 21 September 2014

Shaari Sungib Memang 'Hebat'... Darah PARASIT Dalam Tubuhnya Sudah Tercemar Teruk!

Saari Sungib berjaya mendapatkan perhatian daripada kaum PKR dan DAP apabila memilih untuk membelasah pemimpinnya sendiri bagi memastikan taukeh besar yang mendanainya senang hati. Alasan yang diberikan oleh Saari Sungib ialah dia mahu menjaga Pakatan Rakyat Selangor tetapi pada masa yang sama, dia tidak mahu PAS menjadi Ketua di Selangor.

Dalam bahasa yang lebih mudah, Saari Sungib melihat kepentingan PKR dan DAP jauh lebih penting dari PAS yang mana dia menjadi ahli dan wakil rakyatnya.

Apabila TGHH menyatakan dalam penggulungan hujahnya di Muktamar PAS bahawa dua ADUN PAS Selangor telah dibeli oleh broker dan barua, Saari Sungib segera mencabar TGHH untuk membuktikan yang dia telah dibeli.

Ternyata berada di dalam PAS, tidak membuatkan Saari Sungib lebih faham tentang mantiq bahasa yang digunakan oleh TGHH. Saari Sungib sebaliknya cuba menjadikan maksud 'beli' itu dengan maksud sehala atau maksud lazim, sedangkan bahasa yang dituturkan oleh TGHH itu membawa maksud golongan yang pendirian dan kiblat mereka telah dipalingkan kerana keuntungan material.

Dalam hal ini, keuntungan material telah menyebabkan Saari Sungib memilih untuk berpihak kepada Anwar Ibrahim yang kita tahu akan mengeluarkan dan memberikan pelbagai janji yang menyenangkan termasuklah keuntungan, pangkat, harta benda dan sebagainya.

Sepatutnya sebagai orang yang telah diberikan tanggungjawab menjaga parti, mewakili parti dalam perkongsian kuasa dan suara di dewan himpunan atau dalam fiqh siyasah digelarkan sebagai ahli al-halli wa al-aqd, Saari Sungib sepatutnya mewakili kumpulan atau jemaahnya iaitu PAS. Apatah lagi, Saari Sungib sendiri terlantik atas dasar jemaahnya, bukan kerana Tahaluf Siyasinya. Begitu juga ketika berkempen untuk menang kerusi DUN Hulu Kelang, Saari Sungib menggunakan lambang, quwwah dan amanah PAS, bukannya atas nama Tahaluf Siyasi, malah tidak sama sekali menyatakan kepada para pengundi, dia bertanding untuk membela PKR dan DAP.

Benar, Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik antara PAS dengan PKR dan DAP adalah bertujuan untuk menggulingkan UBN. Tetapi tahaluf siyasi ini adalah tahaluf siyasi yang longgar. Tahaluf Siyasi yang tidak ada matlamat mutlak terutama apabila Pakatan Rakyat itu sendiri tidak berpakat untuk menamakan bakal Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri Kabinet, mahupun Setiausaha-Setiausaha Parlimen.

Menggulingkan UBN dan menggantikan kedudukan UBN dengan Pakatan Rakyat, tidak boleh dijadikan sebagai asas untuk meletakkan PAS di bawah telapak kaki PKR dan DAP. PKR tidak mempunyai sebarang kekuatan sebaliknya sekadar meniti di atas PAS, menggunakan segala kelebihan yang ada pada PAS untuk dikenali sebagai PKR.

Tanpa PAS, PKR hanyalah sebuah parti picisan yang tidak ada nilai suatu apa pun. Malah matlamat PKR dalam politik negara juga tidak jelas selain daripada mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia semata-mata.

Justeru apabila TGHH menyatakan bahawa kedua-dua ADUN PAS itu telah 'dibeli' oleh barua dan broker, ia sebenarnya adalah benar. Saari dan Hasnul tidak mempunyai sebarang hak lagi untuk bersuara, menyanggah mahupun menafikan kerana mereka dari awal lagi telah memberikan petunjuk bahawa mereka tidak akan akur kepada parti sendiri kecuali setelah PAS mahu tunduk kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Tak payah lagi untuk Saari meminta bukti daripada TGHH yang dia telah dibeli kerana dia telah pun membuktikan bahawa dia memang barang dagangan.

Orang sepertinya, jangankan parti, agama pun sanggup dijual demi kemewahan dan jawatan.

Mungkin para penyokong Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng seronok mendengar alasan yang diberikan oleh Saari, apatah lagi Saari menyerang TGHH tanpa rasa ragu-ragu dan malu, tetapi hakikatnya tindakannya itu sudah melayakkannya untuk digelarkan sebagai PARASIT TULEN!

Thursday 18 September 2014

Kaum PARASIT dan PASMA Sudah Mula Kaitkan 'Skandal Kewangan' Menantu TGHH Dengan Wala'

Dalam sejarah Islam, Rasulullah s.a.w tidak pernah melarang para Sahabat r.a daripada mengumpulkan kekayaan. Malah beberapa orang Sahabat r.a seperti Syaidina Abdul Rahman bin Auf, Syaidina Uthman Affan bahkan Ummu Mukminin Syaidatina Khadijah Khuwailid adalah tokoh-tokoh korporat pada zaman Rasulullah s.a.w. Islam pada waktu tidak hanya disebarkan menerusi dakwah lisan, penulisan surat, mahupun penghijrahan atau pedang, tetapi sebenarnya lebih banyak melibatkan material.

Walaupun ada khilaf antara Syaidina Muawiyyah r.a dan Syaidina Ali r.a berhubung perkara ini, namun pendapat kedua-dua Sahabat r.a itu adalah tidak bersalahan.

Dalam Islam, ada sistem zakat yang diwajibkan. Dalam Islam juga, sedekah amat digalakkan bahkan disunnahkan. Malah dalam zaman berperang pun, beberapa golongan tidak dibenarkan untuk menyertai jihad walaupun mereka adalah lelaki, sihat tubuh badan dan cukup umur. Ini adalah kerana tugas mereka adalah untuk menyediakan prasarana dan kemudahan buat pasukan jihad, termasuklah membeli peralatan dan perkakasan perang, ubat-ubatan, mahupun menyediakan perlindungan dan rawatan selain meneruskan penyebaran ilmu.

Begitu jugalah apabila kita berorganisasi pada zaman moden ini. Bukan semua boleh menyalak di atas pentas ceramah. Bukan semua yang boleh memimpin perkumpulan di jalanan. Bukan semua boleh menjadi penggubal dasar. Bukan semua boleh menjadi Presiden.

Seseorang yang mempunyai ciri-ciri 'QUWWAH dan AMANAH' sahaja yang boleh dilantik sebagai pemimpin. Kalau setakat hanya pandai bercakap, berceramah atau pun jadi imam solat atau tukang baca khutbah, mereka belum layak menjadi pemimpin.

Bezakan antara Imam masyarakat dengan imam solat!

Banyak perkara buruk berlaku di dalam PAS sepanjang PAS bertahaluf siyasi dengan PKR dan DAP. Hasutan serta penipuan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng telah menyebabkan sebahagian besar ahli PAS, terutama sekali golongan yang baru kenal kad keahlian dan bukan sijil keahlian, mudah terjerumus dalam kejahilan melampau.

Selepas disingkirkan dari UBN dan dipecat daripada jawatan Kabinet, Anwar Ibrahim muncul dengan idea, menentang rasuah, nepotisme dan kronisme. Manakala DAP pula dari awal lagi memperjuangkan idea sosialis yang konon-kononnya menyamaratakan ekonomi di kalangan rakyat, sekalipun belum pernah terbukti bahawa negara-negara yang mengamalkan sistem sosialis berjaya mempraktikkan kepercayaan itu.

Kalangan ahli PAS amat terpengaruh dengan idea Anwar Ibrahim menentang KKN. Pembahagian ekonomi tidak merata, menjadi tajuk dan isu utama untuk menentang UBN. Malangnya, pada masa yang sama, mereka juga gagal memahami konsep sebenar pembahagian kekayaan kerana menjadi rakyat, tidak bermakna kerajaan atau pun pemimpin menyuap mulut kita dengan makanan sepanjang masa. Kekayaan yang merata, bermaksud kita perlu bekerja sama keras dan sama kuat untuk merebut peluang yang terdapat dalam negara.

Berbanding UBN, PAS sebenarnya tidak mempunyai ruang yang besar untuk mendapatkan sumber kewangan bagi melaksanakan operasi parti yang kian hari kian besar dan masalah-masalah yang berlaku pula, kian hari kian rumit. Justeru, individu-individu yang berkebolehan dan berbakat dalam bidang korporat diperlukan untuk menjana pendapatan bagi parti PAS secara keseluruhan agar pengurusan dan pentadbiran PAS boleh dilaksanakan secara lancar.

Takkan sampai hujung dunia pun, PAS masih bergantung kepada tin-tin derma yang tidak seberapa itu?

Serangan ke atas TGHH yang diinisiatifkan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya dalam PAS, sudah memasuki fasa serangan ke atas UBN. Pendedahan dan fitnah mulai dilakukan secara berleluasa dan diatasnamakan PAS.

Sekeping gambar TGHH, Cikgu Pa, Tuan Ibrahim Tuan Man dan beberapa orang pemimpin PAS lain di Manchester pada tahun 2013 dan disiarkan oleh Raja Petra Kamaruddin di blognya, cuba dijadikan bahan untuk menfitnah. Sedangkan gambar tersebut dirakamkan selepas TGHH diperangkap oleh Anwar Ibrahim untuk menandatangani konsensus nasional yang memaksa Najib Abdul Razak melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Anwar Ibrahim.

Surat perjanjian dan persetujuan itu telah disediakan dan hanya ditandatangani oleh Anwar Ibrahim seorang sahaja. Manakala TGHH mahupun Najib Abdul Razak enggan menurunkan tandatangan. Lim Kit Siang yang mendapat tahu tentang Konsensus Nasional inisiatif Anwar Ibrahim, mengamuk besar selepas itu. Dan Anwar Ibrahim segera membuat pusingan U dengan menyalahkan Najib Abdul Razak dan Tuan Guru Presiden, konon-kononnya dia adalah mangsa konspirasi PAS-UBN yang mahu membentuk Kerajaan Perpaduan.


Untuk mengukuhkan lagi dakwaan mereka, PKR menerusi talibarut-talibarut serta munafiqun dalam PAS mulai mendedahkan 'skandal-skandal' kewangan membabitkan menantu TGHH, Zaharuddin Muhammad, orang yang digelarkan oleh AJK PASMA, Tulang Besi sebagai Din Ayam.

Tujuan mereka sangat mudah iaitu mahu mewujudkan kecurigaan dan was-was kepada kepimpinan TGHH. Pada masa yang sama, mereka menyerang secara 'pukulan jauh' ke atas TGNA menerusi pembabitan menantunya dalam syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri Kelantan.

Kaedah yang sama jugalah digunakan untuk menyerang UBN. Tetapi pada masa yang sama, mereka terlupa bahawa pada zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bukan setakat mengkayakan kaum kerabatnya dengan projek-projek Kerajaan, bahkan kroni-kroninya turut disogok dengan pelbagai projek mewah.

Sebahagian besar daripada mereka sekarang, berada dalam saf kepimpinan PAS.

Cuba selidik tentang Projek PLAZA RAKYAT, MONORAIL, KL SENTRAL, PUTRAJAYA, CYBERJAYA dan sebagainya... berapa banyak kaum keluarga serta kroni-kroni Anwar mempunyai saham serta kepentingan di dalamnya seperti Kamaruddin Jaafar, Kamaruddin Mohd Nor, Husam Musa dan sebagainya.

Kalau wala' kepada TGHH perlu ditarik balik kerana 'skandal kewangan' menantunya, apa pula perlu wala' kepada Anwar Ibrahim yang telah mempunyai ratusan skandal kewangan yang jauh lebih besar dan lebih memudaratkan?

Pernahkah kita mengkaji atau kita sekadar mahu mendengar apa yang kita nak dengar semata-mata?

Wednesday 17 September 2014

Alhamdulillah, Tuan Guru Haron Din Al-Hafiz Zahirkan Suara Akar Umbi PAS Yang Sayangkan Agama Allah

Sebaik-baik sahaja TGHD mengeluarkan kenyataan bahawa Majlis Syura Ulama PAS perlu mengkaji dan memperhalusi semula Tahaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat, ramai penyokong Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng melompat marah. Kata mereka, kenyataan Tuan Guru itu tidak bersesuaian memandangkan PAS sendiri sedang berhadapan dengan PRK di DUN Pengkalan Kubor.

Ada pula yang dengan nada menyindir, menyatakan bahawa kenyataan TGHD itu sebenarnya dibuat untuk menggembirakan UBN memandangkan UBN amat berharap PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Sebenarnya mereka silap besar.

Gerakan dan desakan untuk PAS keluar dari Pakatan Rakyat, bukanlah helah atau usaha UBN. Sebaliknya atas kesedaran bahawa PAS telah dipermain-mainkan, diperlekehkan dan dihina oleh PKR dan DAP.

Sampai tahap mana lagi PAS perlu terus diperbudak-budakkan oleh PKR dan DAP serta konco-konco dan talibarut mereka di dalam PAS? Sampai bila lagi PAS harus bersabar menahan segala kerenah dan gelagat PKR dan DAP yang langsung tidak menghormati PAS?

Walaupun ada yang cuba menggambarkan permasalahan masakini melibatkan PAS dan PKR-DAP sebagai sesuatu yang lumrah dalam sesebuah organisasi yang berkongsi, hakikatnya ia tidak begitu.

PAS bersetuju untuk bertahaluf siyasi dengan PKR-DAP atas satu matlamat sahaja iaitu untuk menggulingkan UBN bukannya meletakkan maruah, harga diri dan martabat umat Islam serta agama Islam di bawah telapak kaki Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Kalau membabitkan UBN, kita boleh bertolak ansur memandangkan ia hanyalah helah dan masalah politik tetapi apabila membabitkan umat Islam dan agama Islam secara keseluruhannya, itu sebenarnya sudah boleh menghalalkan pertumpahan darah selain kesemua penghina tersebut perlu menerima natijah daripada perbuatan mereka itu.

Nabi s.a.w sendiri bertahaluf siyasi tetapi apabila Yahudi mengkhianati tahaluf siyasi yang dibuat, Rasulullah s.a.w. tidak sahaja memerangi mereka, bahkan mengharamkan mereka tinggal di Madinah dan Makkah sehingga akhir dunia.

Itu Nabi s.a.w, para sahabat r.a juga melakukan perbuatan yang sama. Anehnya mengapa pula kita yang merupakan umat pada pangkal kiamat, berlagak kita lebih tahu berbanding Nabi s.a.w dan para sahabat r.a dalam hal tahaluf siyasi.

TGHD hanya menjalankan amanah dan tanggungjawabnya selaku ulama. Yang jahil murakkab di luar sana dan kiblat mereka adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng ada hak apa untuk mempertikaikan kenyataan Tuan Guru?

Belajar Sirah Nabawiyyah terlebih dahulu sebelum mula berhujah dan bercakap!

Mat Sabu Tak Perlu Berbohong, Orang PAS Tidak Terlalu Bodoh Untuk Terima Alasan Yang Disuapnya

Semalam mungkin peristiwa yang cukup memalukan buat Mat Sabu yang merasmikan Muktamar Pemuda PAS yang diadakan di Dewan Chon Moi. Ketua Pemuda PAS yang baru, Suhaizan Kaiat pula sama ada cuba mengampu Mat Sabu atau barangkali dia juga cuba menutup perkara sebenarnya daripada diketahui, turut bersetuju dengan Timbalan Presiden PAS, 50 orang yang keluar dalam keadaan protes dan tidak berpuas hati sewaktu ucapannya, sebagai 'keluar untuk bersolat'.

Mat Sabu kata majlis bermula lewat dan hampir dengan Asar. Kebiasaannya, PAS amat menghormati waktu solat. Apabila tiba waktu solat, semua aktiviti terutama sekali aktiviti rasmi akan terhenti dan masing-masing akan bersegera menunaikan solat. Tiada lagi ucapan. Tiada lagi ceramah.

Tetapi di Dewan Choon Moi, Mat Sabu memecahkan tradisi PAS. Dia meneruskan ucapan walaupun telah masuk waktu Asar. Mat Sabu bersolat dengan ucapan, bukan dengan melaksanakan 13 rukun qauli, qalbi dan fi'li. Hormat kepada waktu solat tidak lagi dipentingkan kerana yang diberikan keutamaan adalah ucapan mahu menghapuskan kaum ulama bagi membolehkan golongan moderat dan liberal mengambilalih PAS.

Nak bohong apa kalau yang keluar bukan setakat nak bersolat, tetapi juga kerana protes ke atas Mat Sabu yang tidak menitikberatkan solat. Malah protes juga dibuat kerana Mat Sabu yang suatu ketika dahulu dianggap ayam sabung tetapi setelah makan di tangan Lim Guan Eng, menjadi lembu dicucuk hidung yang tugasnya meruntuhkan PAS, cuba mempengaruhi para perwakilan agar melupakan atau mengecilkan peranan Majlis Syura.

Selama lebih 60 tahun PAS diwujudkan, Majlis Syura adalah badan tertinggi yang membuat dasar-dasar PAS. Jawatankuasa PAS Pusat pula sekadar melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh Majlis Syura, bukannya membuat keputusan seperti yang berlaku pada 17 Julai lalu.

Tak perlulah nak menidakkan kebenaran walaupun Mat Sabu dan Suhaizan Kaiat cuba memberitahu bahawa mereka yang keluar ketika Mat Sabu sedang berucap hanyalah 50 orang daripad 600 orang. Mengapa pula kedua-dua orang ini tidak menerangkan tentang protes menerusi tulisan pada belakang vest yang dipakai oleh sesetengah perwakilan terhadap kumpulan PARASIT yang mana Mat Sabu adalah salah seorang daripadanya?

Masakan kedua-dua orang ini langsung tidak berasa takut kerana bersifat munafiq atau sebenarnya mereka juga sama seperti Anwar Ibrahim yang kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri, terpedaya dengan penipuannya sendiri sehingga tidak dapat membezakan yang mana benar, yang mana palsu?

Tapi kalau sudah ucapan didahulukan berbanding solat, maka faham-faham sahajalah bagaimana besarnya bahaya yang boleh didatangkan oleh golongan yang meringan-ringankan solat ini. Kalau dengan Allah Taala pun mereka boleh main lengah-lengah atau abai-abaikan, janganlah diletak harapan langsung kepada mereka ini biarpun mereka mengaku yang mereka adalah pemimpin PAS dengan kopiah putih tidak lekang di atas kepala, tetapi jarang pula nampak solat jemaahnya seperti Mat Sabu sendiri.

Tuesday 16 September 2014

(PRK Pengkalan Kubor) RM80 Ribu, Yang Berjanji PKR, Yang Tanggung Tahi Adalah PAS

Kempen yang berlangsung sepanjang malam tadi, walaupun tidaklah semeriah mana tetapi menyerlahkan sifat munafiq PKR yang mengambil kesempatan daripada kebaikan yang ditunjukkan oleh PAS kepada mereka.

Pada PRU-13 lalu, PKR telah menjanjikan RM80 ribu untuk para pengundi luar yang telah dikenalpasti sebagai penyokong Pakatan Rakyat. Manakala PAS pula menguruskan pengundi-pengundi dua kad pengenalan yang boleh dikenali menerusi si lelakinya berbaju dua lapis dan wanitanya bertutup litup serta berniqab.

Bagaimanapun, PKR tidak menunaikan janji mereka. RM80 ribu yang dijanjikan, langsung tidak nampak rupa. Sepanjang kempen di Pengkalan Kubor ini, PAS terpaksa menjawab soalan-soalan yang berkaitan dan PAS dengan penuh tanggungjawab mengambilalih tugas tersebut untuk menjelaskan hutang PKR kepada para pengundi luar yang pulang untuk mengundi.

23hb September nanti, Anwar Ibrahim akan turun ke Pengkalan Kubor untuk berceramah bersama-sama TGHH. Anwar Ibrahim pasti akan membelit, berputar menipu dan memberikan janji bulan dan bintang. Dia juga akan mengorek dan menceritakan pelbagai keburukan Barisan Nasional dan akhir sekali, dia akan berkempen kononnya kalau dia jadi Perdana Menteri, langit pun boleh jatuh ke bumi.

Di PRK Pengkalan Kubor, PKR sekadar hadir untuk memerhati dan mengejek PAS. Saifuddin Nasution pula telah dikesan berkempen untuk calon BEBAS yang merupakan ahli PKR. Saifuddin mahu 'mengajar' TGHH kerana tidak menghormati Presiden PKR, Wan Azizah setelah TGHH menyatakan Wan Azizah tidak berkeupayaan menjadi Menteri Besar Selangor. Saifuddin Nasution yang pernah diberikan dulang emas oleh PAS apabila dia menjadi Ahli Parlimen Machang, tetapi tidak pernah sekali turun kawasan sepanjang tempoh dia menjadi Ahli Parlimen, mahu membalas dendam kepada PAS secara keseluruhannya kerana telah menghalau dia keluar dari Kelantan dan dia pula kalah di Kulim-Bandar Baru pada PRU13 lalu kerana pemboikotan PAS yang diketuai oleh Ustaz Hasan Razak.

PAS tidak sahaja berhadapan dengan pengkhianatan PKR di Pengkalan Kubor, tetapi juga kegiatan aktif PASMA yang melibatkan Husam Musa dan Hatta Ramli. PASMA sekalipun berpakaian seperti orang PAS, tetapi objektif mereka sangat jahat. Mereka sekarang ini dalam usaha untuk menggulingkan TGHH sekalipun jauh di Utara Semenanjung, Phahrolrazi Zawawi yang pernah tergelak besar apabila mendapat tahu Almarhum Ustaz Azizan meninggal dunia, menyatakan kononnya PASMA tidak bertujuan keluar dari PAS atau menggulingkan TGHH. Sebaliknya PASMA hanyalah NGO di dalam PAS.

Mungkin ahli-ahli PAS di Pengkalan Kubor sedang seronok digoreng hidup-hidup oleh golongan berkenaan dengan pelbagai isu yang sebenarnya sekadar memperlihatkan kebodohan kita sendiri selaku jemaah Islam, tetapi itu tidak bermakna kita boleh terus diperbodohkan dengan kelibat Anwar Ibrahim dan orang-orangnya, termasuklah mereka yang selama ini dikenali sebagai pemimpin PAS.

Wednesday 10 September 2014

PASMA Tidak Berani Keluar Dari PAS dan Gerakkan PASMA Bersendirian

Seperti tumbuhan parasit, mereka menumpang di dahan bermula sebagai mata tunas. Tetapi jikalau dibiarkan dan tidak diambil sebarang tindakan untuk memangkas, akhirnya mereka menguasai pokok berkenaan, menghisap semua kebaikan dan kemudian mematikan dan mereputkannya.

Begitulah juga di dalam PAS.

Sudah terlalu lama PAS membiarkan PARASIT berada dalam kepimpinan. Alangkan menjadi ahli sahaja, sudah cukup untuk mendatangkan masalah besar, ini kan pula menempatkan mereka ke jawatan-jawatan utama.

Ingatan telah lama diberikan tentang kewujudan kumpulan berkenaan tetapi oleh kerana pucuk pimpinan dikuasai oleh mereka, suara-suara tersebut dipadamkan pada peringkat Kawasan lagi. Ramai yang telah terkena ulah hanya kerana mendedahkan kewujudan kumpulan PARASIT di dalam PAS. Mereka tidak sahaja menguasai pucuk pimpinan utama, bahkan pimpinan Kawasan dan Markaz turut mereka kuasai. Apa sahaja Lajnah dan Dewan yang ada dalam PAS, kesemuanya berada dalam tapak tangan mereka.

Lebih malang lagi ialah apabila mereka mendapat publisiti yang sangat meluas meskipun prestasi kerja mereka, baik ketika menjawat jawatan pentadbiran Kerajaan Negeri, mahupun di dalam parti, tidaklah seberapa tetapi publisiti yang diberikan seolah-olah merekalah yang paling bijaksana, mampu mengubah segala sistem di dalam dunia dan mampu membawa keseluruhan PAS masuk syurga tanpa perlu berada di hadapan al Mizan.

Kini mereka sudah menunjukkan diri. Bermula dengan usaha Phahrolrazi di Kedah yang cukup terkenal sebagai pencemuh Almarhum Ustaz Azizan dan bercita-cita besar untuk menjadi Menteri Besar selain cukup dikenali sebagai pemuja Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, kini PASMA menempatkan semua pemimpin PAS yang melihat TGHH dan TGNA sebagai musuh utama dan penghalang mereka daripada bersekutu selain menjadikan PAS sebagai selipar jepun kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Pada muktamar yang sudah tidak beberapa hari sahaja lagi, sesuatu harus diperkatakan secara berdepan-depan dengan kumpulan tersebut yang majoriti mereka berada di atas pentas utama di barisan kepimpinan pusat. Mereka ini perlu disedarkan bahawa yang berhadapan dengan mereka, di atas lantai dan tidak mempunyai sebarang jawatan penting, mereka tenaga kerja dan penggerak utama aktiviti PAS. Golongan yang berada di bawah itulah yang selama ini telah menaikkan PAS, yang telah mendakwahkan kepada rakyat Malaysia bahawa PAS adalah wadah terbaik untuk mereka gantungkan harapan dalam bidang politik.

Inilah masanya untuk kita mendesak mereka agar mereka keluar segera dari PAS. Mereka perlu bermufaraqah kerana mereka adalah PARASIT yang telah dikenalpasti. Mereka juga perlu disisihkan dan tidak boleh lagi dikaitkan dengan PAS walau dengan apa cara sekalipun.

Untuk apa mereka mengaitkan diri dengan PAS lagi kerana kiblat mereka adalah Anwar Ibrahim dan motif mereka adalah kuasa dan kemewahan. Mereka telah terang-terang mencabar agar tindakan diambil ke atas mereka apabila PASMA ditubuhkan.

Justeru, tindakan sahajalah yang perlu diberikan untuk memuaskan hati mereka dan kita tengok apa lagi yang mereka akan lakukan kerana kebanyakan yang bermufaraqah dengan PAS akhirnya akan hilang begitu sahaja seperti HAMIM Datuk Asri, BERJASA Datuk Nasir, ISLAH dan sebagainya... semuanya hilang tanpa batu nesan.

PASMA mungkin kedengaran hebat tetapi mereka juga akan senasib dengan pesalah-pesalah yang ditanam di kubur tak bertanda.

Tuesday 9 September 2014

Import Penyokong PKR Untuk PASMA Dan Perbuatan Bocorkan Rahsia Pertemuan Iskandar Samad Dengan Sultan

Kononnya akar umbi PAS marah kepada TGHH kerana kecenderungan untuk PAS bergabung atau bekerjasama dengan UBN!

Kononnya, Mujahid Yusof mendapat sokongan yang sangat besar, kesan daripada kehebatannya berucap dan meyakinkan akar umbi bahawa TGHH telah menderhakai perjuangan. Paling penting, Mujahid memberitahu, ketaatan kepada manusia selain daripada Rasulullah s.a.w adalah tidak perlu kerana manusia bukannya maksum.

Anehnya, ketaatan Mujahid Yusof kepada Anwar Ibrahim tidak pula mahu diulasnya.

PASMA sekarang ini sedang giat berkempen untuk menambahkan ahli dan mengambilalih PAS daripada golongan ulama dan konservatif agama. PASMA berhasrat membubarkan Dewan Ulama dan Majlis Syura untuk diganti dengan sistem permesyuaratan yang memberi kuasa penuh kepada Anwar Ibrahim untuk menentukan dasar-dasar PAS sekalipun Anwar Ibrahim tidak menyertai PAS.

Gerakan untuk merepublikkan negara ini, bermula dengan PAS. PAS dijadikan sebagai bahan ujikaji menerusi kerjasama dan pengkhianatan yang dilakukan oleh golongan PARASIT yang berselindung di sebalik gelaran Ustaz dan Golongan Profesional.

Langkah Kajang yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim sebenarnya jauh lebih besar daripada apa yang diikrarkan. Penggulingan Khalid Ibrahim sebenarnya hanyalah langkah pertama. Sepertimana yang terdapat dalam ringkasan dokumen LANGKAH KAJANG yang didedahkan oleh macai2 UBN setengah bulan lalu dan masih tidak dijawab oleh Rafizi Ramli, langkah terbesar yang dimulakan oleh LANGKAH KAJANG adalah 'membebaskan Selangor' daripada Sultan, Melayu, Bumiputera dan Islam. Selangor akan diubah menjadi sebuah republik yang agama Islam bukan lagi agama rasmi, Melayu dan Bumiputera tidak lagi mempunyai sebarang kuasa atau hak dan DYMM Sultan Selangor hanyalah seorang penjawat awam biasa yang gajinya dibayar atas budi bicara Menteri Besar merangkap Presiden Republik Autonomi Selangor iaitu Anwar Ibrahim.

Mungkin ramai yang tidak akan percaya dengan teori ini. Tetapi teori inilah yang sedang dikerjakan dan cuba ditukarkan menjadi realiti oleh DAP dan PKR di Selangor. Selangor menjadi pemangkin kepada perubahan yang lebih besar melibatkan Malaysia. DAP sudah pun memulakan di Sabah dan Sarawak.

Bantuan golongan PARASIT PAS seperti yang diperlihatkan oleh Husam Musa, Mujahid Yusuf dan Ahmad Awang hanyalah sebahagian kecil daripada permulaan yang lebih besar.

Mereka berada di mana-mana. Dan mereka juga bersedia untuk memecahkan apa-apa sahaja rahsia demi ketua mereka - Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Dua hari sudah, sepatutnya satu pertemuan berlangsung antara DYMM Sultan Selangor dengan YB Iskandar Samad di salah sebuah istana. Ada yang berpendapat, Istana Mestika dan ada pula yang berpendapat di Istana Kayangan. Berita pertemuan tersebut seharusnya suatu rahsia. Tidak lebih daripada enam orang sahaja yang mengetahui rancangan berkenaan.

Namun belum pun sempat pertemuan itu diadakan, berita tentangnya sudah pun viral di Internet, khususnya di Facebook. Para pemimpin PARASIT sudah mula kecoh-kecoh dan mereka telah mengatur satu mesyuarat di mana Mat Sabu kemudiannya dengan muka tak malu telah mengisytiharkan bahawa sebarang pencalonan Menteri Besar dari Selangor akan ditolak oleh PAS walaupun pada masa yang sama, di sebelahnya, Cikgu Pa mengatakan, PAS menerima pencalonan Menteri Besar dari kalangan ADUN-ADUN PAS.

Begitu jugalah dengan surat rahsia TGHH kepada Istana Selangor, turut dibocorkan oleh kalangan PARASIT yang bermuka-muka dan menyamar sebagai ahli PAS yang setia dan penyokong TGHH yang kuat, walaupun sebenarnya mereka mencari-cari rahsia untuk dibocorkan dan kemudian mendapat pujian daripada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Sejarah telah berulang. Permainan kuasa biasanya akan menelan golongan yang alpa dan lalai serta mudah dilalaikan.

PAS sedang berhadapan dengan pengajaran yang cukup pahit. Istiqomah kepada perjuangan sebenar sahaja yang boleh terus menyelamatkan PAS daripada dimusnahkan oleh golongan pengejar dan budak kuasa seperti golongan PASMA.

Kita perlu bertindak segera untuk menyelamatkan ummah ini daripada tangan-tangan liberal yang sanggup menghalalkan apa-apa sahaja, hatta darah dan daging babi demi kuasa!

Monday 8 September 2014

Seluruh Kekuatan SYAITAN Sedang Digembeleng Untuk Lemah dan Hapuskan PAS

Dalam al Quran, Allah Taala menfirmankan yang mafhumnya:

"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu [Nabi Adam AS dan Hawa] dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya aurat mereka. Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.
Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata: "Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya." Katakanlah: "Sesungguhnya Allah TIDAK menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang keji." Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui?" (Surah Al-A'raaf : 27-28)

"Bukankah Aku telah memerintahkan kepada mu hai Bani Adam supaya tidak menyembah syiatan? Sesungguhnya syiatan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu, dan hendaklah kamu menyembah Ku. Inilah jalan yang lurus.Sesungguhnya syiatan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu. Maka apakah kamu tidak memikirkan?"(Surah Yaa Siin ayat 60-62)

Namun sebagai manusia, kita kerapkali terlalu, terleka dan adakalanya tersilap membuat percaturan kerana sifat BAHARU kita. Jadi, kesilapan-kesilapan itulah yang sering berlaku. Kalau yang tidak sedar, serta tidak diberikan hidayah-Nya, mereka bangga dengan kesalahan yang dibuat, bahkan bermegah-megah kerana kononnya itu adalah kesan daripada kebijaksanaan mencatur perjalanan.

Bagi yang berfikiran dangkal, mereka menganggap apa-apa sahaja yang ada di dalam al Quran, yang diperingatkan oleh Allah Taala, hanyalah berkisar tentang perkara-perkara ibadat lazim dan bukannya cara hidup. Malah di kalangan orang PAS sendiri yang kerapkali mendabik dada dengan menolak fahaman 'POLITIK SUKU AGAMA SUKU' lebih ramai yang bersifat mengulang apa yang didengar tetapi langsung tidak faham dengan apa yang mereka tuturkan.

Al Quran tidak sekadar membicarakan tentang perkara-perkara ibadah sama ada taharah, muamalat, jinayah mahupun nikah kahwin. Al Quran lebih dari itu. Di dalam al Quran terkandung semua keperluan manusia dan makhluk. Kerana itulah, kita perlu belajar, menggali ilmu dan beriman dengannya.

PAS hanyalah salah satu instrumen dan alat. PAS bukan agama, tetapi PAS adalah kesatuan yang cuba berfungsi pada siyasah yang merupakan salah satu daripada cabang yang terdapat di dalam Al Quran menerusi konsep Baldatun Toyyibatun Wa Robbun Ghafur. Sememangnya di dalam al Quran tidak memperincikan tentang konsep kenegaraan, namun ajaran Islam itu sebenarnya sudah cukup untuk mendidik hati kita untuk bergerak di atas landasan Islam iaitu melaksanakan apa yang diperintah, meninggalkan apa yang dilarang.

Politik juga begitu.

Walaupun kita seringkali memberitahu bahawa kita adalah pelaksana POLITIK ISLAM dan segala-galanya adalah politik, tetapi sama ada kita terlalu jahil atau terlalu syok sendiri, kita sebenarnya hanyalah sebahagian daripada sistem POLITIK DEMOKRASI yang jauh dari Islam. Dan kita tidak mempunyai pilihan lain, kecuali terpaksa mengikut arus ini.

Mana-mana cubaan untuk kembali kepada Politik Islam, pasti akan dilihat janggal dan menentang arus. Sebaliknya kita pula akan dituduh dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk akal termasuklah menyongsang dan menyeleweng.

Syaitan-syaitan akan menggembelengkan segala tenaga dan usaha untuk menghancurkan usaha kita untuk kembali kepada Politik Islam sebenar. Mereka tidak sahaja berada di luar, bahkan menyusup dan menyamar sebagai sebahagian daripada kita. Mereka bergerak bebas dan mencari kuasa di dalam jemaah. Kemudian dengan kuasa itulah, mereka menghancurkan kita sedikit demi sedikit.

Gambaran itu sebenarnya sedang berlaku di dalam PAS. PAS diancam bahaya yang bukan kecil kalau kita tidak bertindak menggunakan kuasa yang ada. Kita juga perlu lebih berhati-hati kerana syaitan-syaitan berkenaan turut menggunakan kebolehan dan kepakaran mereka, terutama sekali dalam bahagian perundangan.

Justeru, tidak hairanlah apabila kita mula melihat peguam-peguam yang sebelum ini begitu kuat berpihak kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, mengalihkan serangan kepada kita. Apatah lagi di kalangan kita sendiri, wujud manusia bernama peguam yang berasakan mereka lebih berkuasa.

Contohnya, Hanipa Maidin.

Kita tidak akan berjaya mengatasi serangan ini kecuali jikalau kita bersatu dan kembali melakukan serangan. Kita tidak boleh tunduk. Kita tidak boleh mengalah dan kita tidak boleh sama sekali berlembut dan bertolak ansur kerana syaitan-syaitan itu, lebih gemar melihat kita begitu untuk mereka membuli kita.

Bersabar dan bertenang serta bersatulah wahai akhi dan akhwat ku sekalian.

Sunday 7 September 2014

AHMAD AWANG, HUSAM MUSA dan MUJAHID YUSOF Mula Berkempen Tarik Ahli PAS Masuk PASMA

Kita tinggalkan sekejap penjelasan dan pendedahan yang dibuat oleh TGHH berhubung pembohongan dan penipuan PKR-DAP pada Khamis lalu di hadapan jemaah-jemaah PAS di Terengganu. Perjalanan pendedahan, penjelasan dan soal jawab dalam program tersebut, boleh ditonton menerusi klip-klip video di bawah.

 

Walaupun sebahagian besar daripada kita barangkali terlalu baru dengan penjelasan ini, tetapi di kalangan golongan konversatif dan pro-ulama, yang bencikan pengkhianat dan munafiq, ia bukan lagi rahsia. Malah, terlalu banyak liqa' fikri atau pertukaran pendapat mahupun usrah diadakan membabitkan elemen-elemen ini. Cuma golongan yang baru menyertai PAS, seringkali tak tahu benda-benda ini kerana bagi mereka, PAS hanyalah selipar jepun kepada PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Jadi, tidak hairanlah terkeluar pendapat, PAS tidak wala' kepada Pakatan Rakyat.


Selepas pendedahan tentang kewujudan PASMA atau lebih tepat lagi Lajnah Anwar-Guan Eng dalam PAS, pemimpin-pemimpin utamanya tidak lagi berselindung untuk menikam dan membunuh PAS. Forum demi forum diadakan demi menarik sokongan kepada parti baru yang masih bersandarkan kepada nama 'persatuan'.

Dengan menggunakan tajuk, 'PAS CAMPUR UMNO Ke Mana Halatuju?' kita sebenarnya sudah boleh agak apa motif sebenar forum yang wajah-wajah penforum utamanya.

Bila nama 'UMNO' digunakan, ia bertujuan untuk menaikkan kemarahan dan kebencian ahli-ahli PAS kepada TGHH dan kepimpinan PAS yang enggan berkompromi berlebih-lebihan atas nama Tahaluf Siyasi. Atau lebih tepat lagi, untuk menarik sokongan ahli-ahli PAS kepada kumpulan pengkhianat yang masih enggan melepaskan keahlian mereka dari PAS.

Golongan PARASIT yang masih bertapak dalam PAS, perlu dikenakan tindakan keras dan tegas. Benarlah seperti yang disarankan oleh seorang ahli dalam forum bersama-sama TGHH seperti dalam klip video di atas, jemaah PAS mahukan TGHH tidak lagi bersikap lembut, sebaliknya bertegas. Masa untuk berlembut sudah tamat sebenarnya.

Kalau perjuangan mahu diperkukuhkan, duri dan sengat seperti Ahmad Awang, Husam Musa, Mujahid, Khalid Samad, Dr. Dzul dan beberapa orang yang lain, perlu dikeluarkan atau disisihkan. Selagi mereka ada kedudukan dalam PAS, selagi itulah PAS akan tetap dilihat sebagai penyembah Anwar dan Lim Guan Eng.

Friday 5 September 2014

Memang Mat Sabu Tak Tahu Menahu Sebab Dia Hanya Tahu Dari Sumber PASMA

Cukong-cukong Anwar Ibrahim sedang giat menggunakan nama Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS untuk menjustifikasikan cacian dan maki hamun mereka ke atas PAS kerana keengganan PAS menamakan Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Dan seperti juga ahli-ahli Lajnah PKR dalam PAS yang lain, jawapan-jawapan Mat Sabu juga cenderung untuk membunuh kredibiliti PAS, sesuatu yang sememangnya boleh dijangkakan apabila seseorang itu menjadi penjilat dan pencacai tegar Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Seperti yang diketahui, Mat Sabu hidup dengan duit pemberian Lim Guan Eng menerusi jawatannya dalam Perbadanan Air Pulau Pinang. Jadi, tahu sajalah bagaimana seorang pekerja akan membela tuan dan majikannya.

Mat Sabu memberitahu, dia tidak tahu menahu langsung tentang ketiadaan nama Wan Azizah dan Azmin Ali. Sekaligus cuba menafikan yang ianya adalah kerja PAS Pusat kerana dia berada dalam kepimpinan PAS Pusat.

Yang Mat Sabu tidak cakap ialah, dia cuba menyalahkan TGHH dan Cikgu Pa sebagaimana yang dilakukan oleh cukong-cukong Anwar ibrahim yang lain.

Sudah seeloknya Mat Sabu mahupun mana-mana pemimpin PAS yang nama mereka tersenarai dalam struktur organisasi PASMA Sesi 2014/2016 berhenti daripada bercakap atas nama PAS kalaupun mereka masih enggan melepaskan jawatan dan keluar dari PAS.

Tidakkah berasa jijik kerana masih lagi mahu menggunakan nama PAS walaupun mereka sebenarnya adalah pengkhianat paling wahid kepada perjuangan PAS. Selama mereka berada dalam kepimpinan PAS, PAS telah rosak teruk. Ahli-ahli dan jemaah-jemaah juga menjadi corrupted dengan pelbagai isme yang dibawa termasuklah pluralisme dan memperjuangkan kebebasan seks luar biasa menerusi sokongan kepada Anwar Ibrahim yang membela amalan homoseksualnya.

Dalam sejarah Islam sendiri, walaupun ada kaum kafir yang berada dalam kepimpinan, tetapi banyak rahsia dan perancangan yang tidak didedahkan kepada mereka kerana mereka dibimbangi akan memecahkan rahsia. Perkara yang sama juga berlaku di dalam PAS. Walaupun ada sesetengah pemimpin PAS kelihatan seperti orang Islam, tetapi tindak-tanduk mereka terutama sekali yang diketahui menyokong kuat Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, mengatasi perangai kafirun.

Struktur Organisasi PASMA Terdedah... PARASIT Tetap Tak Berani Keluar PAS

Akhirnya terdedah jugalah siapa sebenarnya yang menjadi PARASIT atau lebih tepat lagi LAJNAH PKR dalam PAS. Inilah golongan munafiq yang sepanjang masa menghasut jemaah-jemaah PAS agar menginfaqkan wala' dan mengadakan perjanjian dengan Anwar Ibrahim untuk memastikan PAS terus dijajah dan perlahan-lahan dihapuskan menerusi pelbagai kaedah penghinaan.

Tidak mengejutkan langsung apabila nama AHMAD AWANG, bekas pengarah latihan dakwah Pusat Islam ada dalam senarai ini. Ahmad Awang yang juga merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Perak merupakan orang yang paling penting dalam 'Perang 2008' di Perak dan Selangor bagi memastikan PAS tidak mempunyai kekuatan mendirikan kerajaan negeri di kedua-dua negeri tersebut menerusi Kerajaan Perpaduan yang diusulkan oleh Tuan Guru Presiden.

Ahmad Awang yang diketahui pada masa itu mempunyai masalah kewangan yang kronik, telah dihampiri oleh Ngeh Kor Ham dan perbincangan demi perbincangan telah dibuat sepanjang tempoh 2 minggu Ngeh Kor Ham memperjuangkan haknya untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak dari kalangan Cina yang pertama di negeri itu. Perbincangan yang banyak dibuat di sebuah restoran Cina, akhirnya sampai ke puncak apabila Ahmad Awang segera bertemu dengan TGNA di Kota Bharu apabila mendapat tahu, Tajul Rosli, bekas Menteri Besar Perak sedang berkira-kira untuk berunding dengan TGNA bagi mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan PAS dan lima Exco kanan Perak serta jawatan Menteri Besar diserahkan kepada PAS, sekaligus menjadikan kesemua ADUN PAS di Perak pada tahun 2008 memegang jawatan penting dalam Kerajaan Negeri Perak.

Di Selangor, Khir Toyo juga merancang untuk melakukan perkara yang sama. Namun segala-galanya terhenti apabila di Selangor, manusia-manusia keparat seperti Khalid Samad yang pada mulanya ada dalam senarai perunding Kerajaan Perpaduan, bersama-sama Dr. Dzulkefly menyertai Ahmad Awang untuk menghasut TGNA untuk menghentikan kerjasama tersebut.

Hasutan telah dibuat ke atas TGNA dan sebagai manusia biasa yang tidak lepas daripada membuat kesilapan dan kesalahan, ditambah pula dengan nasihat para penasihat yang diketuai oleh Husam Musa, TGNA akhirnya mengeluarkan kenyataan keras menolak Kerajaan Perpaduan. Natijah daripada penolakan yang dibuat oleh TGNA ialah, PAS dijajah dan dikuasai sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Sedar dengan kelemahan ayahandanya selagi Husam Musa dan para penasihat terus berkeliaran di sekeliling TGNA, Ustaz Nik Abduh mula memainkan peranan. 2013, TGNA letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, sekaligus menamatkan penguasaan Husam Musa di Kelantan apabila Husam Musa kehilangan semua jawatannya.

Ada perubahan yang berlaku dalam PAS selepas itu. Kaum PARASIT tidak senang duduk. Kemelut yang berlaku di Selangor membabitkan nafsu serakah Anwar Ibrahim menjelmakan golongan PARASIT yang hati dan jiwa mereka sebenarnya adalah Anwar Ibrahim walaupun mereka adalah ahli dan pemimpin PAS.

Projek 'api dalam sekam' kini sudah terdedah. Yang mendedahkan adalah nafsu mereka sendiri. Projek Husam Musa untuk menggulingkan Tuan Guru Presiden dengan bantuan Ahmad Awang yang tidak pernah berhenti daripada bercita-cita untuk menjadi Mursyidul Am, terserlah menerusi pelbagai kontroversi dan kekhilafan yang disengajakan, bermotifkan keuntungan kepada Anwar Ibrahim dan anak beranaknya serta Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng.

Penubuhan PASMA atau Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia telah ditubuhkan secara rasmi pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu, Kelantan dengan kehadiran 100 orang yang dikatakan ahli PAS. Matlamat utama penubuhan PASMA adalah untuk menaikkan Husam Musa sebagai Presiden PAS, memperkukuhkan kedudukan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng serta menghalang PAS daripada menjadi kuasa utama biarpun alasan utama yang diberikan oleh kaum PARASIT tersebut adalah, memastikan PAS terus berada dalam Pakatan Rakyat dan menolak UBN.

PASMA mula disebut-sebut apabila terdapat ura-ura TGHH mencadangkan PAS, UBN dan TSKI bekerjasama dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Inilah struktur organisasi PASMA (Parti Ummah Sejahtera Malaysia) sessi 2014/16.

Mursyidul Am Pasma : Ust Hj Ahmad Awang (Perak)

Timb Mursyid Am Pasma : Ust Muhammad Husin (Kel)

Presiden Pasma :  Dato' Husam Musa (Kel)

Timb. Presiden Pasma : Dr Hatta Ramli (Sel)

Naib Presiden Pasma : Dr Dzulkifli Ahmad (Sel)

Naib Presiden Pasma : Dr Mujahid Yusuf Rawa (Png)

Naib Presiden Pasma : Khalid Samad (Sel)

Ketua Pemuda : Sheikh Omar (Joh)

Ketua Muslimat : Aiman Athirah (Sabah)

Ketua Ulamak : Ust Mohamad Nor (Mel)

AJK Pasma :
Nordin Majid (PGS - Phg)
Dato Wan Rahim (Kel)
Ust Taib Ahmad (Ked)
Ust Nasir Zakaria (Ked)
Ust Fuad Othman (N9)
Hanipa Maiden (Sel)
Syed Azman (Trg)
Mohamad Sabu (Png)
Ust Dzulqarnain (Per)
Sayuthi Basirun (Sel)
Abd Fatah Harun (Kel)

AJK Tambahan :
Rahman Talib
Hazmi Hassan
Sayuthi Omar
Hisyamudin Ghazali

Diterbitkan oleh Urusetia Penerangan Pasma. Pustaka Az Zahra' Kota Bharu Kelantan.

Thursday 4 September 2014

Ustaz Nasa Dah Sahkan, Lim Guan Eng Hantar Surat Saman Kepadanya Dan Dia Tak Gentar

Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasrudin Hassan pada Khamis memberitahu beliau sudah menerima surat saman daripada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Menurut AJK PAS Pusat itu, dua minggu lepas beliau menerima notis mohon maaf daripada peguam Ketua Menteri pulau Pinang itu.

"Notis itu telah saya jawab melalui peguam saya Wan Rohimi bin Wan Daud dari Firma Guaman Tengku Amalin' A-Ishah Putri, Faizi dan Wan Rohimi. Kelmarin saya menerima saman dari Lim Guan Eng. Insyaallah saya sedia menghadapinya di Mahkamah,"ujar beliau dalam posting di facebooknya Khamis.

Sebelum ini Guan Eng mengancam akan menyaman Nasruddin berhubung kenyataannya di laman sosial bertajuk 'Apa beza Kidex dan Penang tunnel?",.

Pada 6 Ogos lepas, Nasrudin mempersoal mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikecam berhubung projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex), tetapi tindakan sama tidak ditujukan kepada Guan Eng dalam pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.

Menurutnya, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion itu dibiayai sepenuhnya kerajaan DAP Pulau Pinang dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.

Episod saman menyaman ini dilihat bakal mengerohkan lagi hubungan antara pakatan pembangkang yang kini retak menanti belah.

Nasrudin yang merupakan bekas Ketua Pemuda PAS dilihat orang yang lantang mempertahankan Presiden parti Islam itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Apa Masalahnya Kalau Benar TGHH Tawarkan Kerjasama Dengan UBN dan TSKI? Lupa Dah Dengan Konsensus Nasional?

Nampak macam nak balas dendam dan melepaskan kekecewaan selepas reaksi Istana Selangor terhadap tuntutan PKR berlaku sebagaimana yang dijangkakan semalam. PKR kemudian melakukan silap mata dalam tempoh sejam sahaja apabila kenyataan media awal oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, diharamkan oleh Pengarah Komunikasi Keadilan Fahmi Fadzil.

Lajnah PKR dalam PAS segera mengalihkan isu yang serba memalukan itu dengan melakukan pendedahan berdasarkan kenyataan di Facebook oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Khairudin Aman.

Dr. Khairuddin dalam penjelasannya memberitahu, PAS telah melakukan pengorbanan besar kepada Pakatan Rakyat apabila rancangan TGHH untuk mengajak UBN bekerjasama untuk mengekalkan TSKI sebagai Menteri Besar Selangor walaupun tindakan tersebut tidak akan popular di kalangan penyokong PKR dalam PAS tetapi akan mendatangkan keuntungan jangka panjang terutama sekali yang membabitkan penyokong UBN yang jauh lebih ramai berbanding PKR dan DAP, bahkan PAS sendiri.

Bagaimanapun, helah politik TGHH itu dipatahkan oleh dua orang ahli Lajnah PKR dalam PAS iaitu Saari Sungib dan Hasnul Baharudin, ADUN Hulu Kelang dan ADUN Morib.

Para penyokong PKR yang bencikan TGHH segera mengecam TGHH dan Dr. Khairuddin serta Dewan Ulama PAS kerana membuat keputusan yang menentang Anwar Ibrahim.

Tetapi mereka terlupa bahawa rahsia Anwar Ibrahim yang menyediakan surat perjanjian untuk Konsensus Nasional yang jauh lebih awal berbanding rancangan TGHH, bukan lagi rahsia. Pengatur rancangan tersebut adalah Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli serta Anwar Ibrahim sendiri. Pertemuan telah dibuat di London pada Februari lalu dengan TGHH telah diperdayakan untuk Konsensus Nasional yang akan memberikan ruang dan peluang kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Bagaimanapun, perjanjian Konsensus Nasional hanya ditandatangani oleh Anwar Ibrahim. Najib enggan menurunkan tandatangan. TGHH pula menentang keras dan PKR pula cuba menyembunyikan rahsia tersebut daripada pengetahuan ahli-ahlinya sendiri.

Gagal mendapatkan sokongan TGHH dan persetujuan Najib, membuatkan Anwar Ibrahim mengatur Kajang Move dengan Rafizi Ramli adalah pengarah utamanya. Dan bila Kajang Move juga gagal, PKR cuba menyalahkan dan menjadikan PAS serta TGHH sebagai Kambing Hitam.

Perancangan TGHH itu dibuat pada ketika TSKI masih lagi menjadi ahli PKR. Sokongan kepada TSKI terpaksa ditarik balik apabila PKR memecat keahlian TSKI. Sedangkan Konsensus Nasional yang dirancang oleh Anwar Ibrahim sangat jelas menikam PAS dari belakang. Malah bukan PAS sahaja, tetapi DAP juga!

Kenapa isu Konsensus Nasional tidak diperkatakan sebaliknya yang digembar-gemburkan adalah rancangan Kerajaan Sementara TGHH yang jauh lebih mendatangkan maslahat kepada umat kerana ia turut melibatkan persempadanan semula yang memberikan kelebihan kepada orang Melayu dan Islam di Selangor yang amat ditentang oleh DAP dan PKR?

Wednesday 3 September 2014

Husam Musa Patut Sedar, Dia Semakin Terpinggir Selepas Ditipu Anwar Ibrahim

Sebelum PRU-13, Husam Musa sangat gah kerana kononnya, kalau nak jumpa atau berurusan dengan TGNA, kena tempuh dia dulu. Kena berselawat ke atasnya terlebih dahulu. Sebabnya, dialah yang bakal menggantikan TGNA sebagai Menteri Besar Kelantan. Sebab dialah yang paling bijak dan paling pandai ekonomi Kelantan. Sebab dialah yang mencetuskan idea dinar dan dirham Kelantan yang akhirnya terbukti merupakan satu skandal yang sepatutnya disiasat oleh SPRM kerana dalang utamanya, Omar Vanello adalah seorang penipu besar.

Mujurlah UBN tak secerdik mana. Atau barangkali juga kerana terlalu kagum dan menghormati TGNA. Lagipun Husam selalu memberitahu orang, dia adalah orang kesayangan TGNA. Malah, Ustaz Nik Abduh, anakanda TGNA pun dikatakan tak berani melanggar dia.

Tapi selepas PRU-13, terutama selepas dia terpedaya dengan Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Putrajaya, Husam Musa mula kehilangan segala-galanya. Dia tidak dilantik ke jawatan Exco. Tidak mempunyai jawatan dalam PAS Kelantan dan tidak mempunyai apa-apa lagi projek besar termasuklah depu, kambing, emas, perak dan sebagainya. Semuanya hilang sekelip mata.

Baginda Tuanku Sultan Kelantan sendiri yang mencantas nama Husam Musa daripada senarai Exco Kelantan walaupun Husam cuba memberitahu orang yang dia sebenarnya tak boleh bekerja di bawah Ustaz Mat Yaakob mahupun Ustaz Nik Amar.

Sekarang, isu Menteri Besar Selangor, Husam yang tidak ketahuan punca, cuba bersuara dari hujung langit. Dia cuba menunjukkan kepandaian dan kepintaran. Pada masa yang sama, dia mengesahkan cakap-cakap sebelum ini bahawa dia adalah salah seorang yang terlibat dalam gerakan untuk melanggar TGHH dan TGNA. Ada juga yang mendakwa, Husam sebenarnya yang menjadi tulang belakang gerakan tersebut.

Husam dilihat cuba mewujudkan sentimen kebencian jemaah PAS kepada kepimpinan TGHH dengan teori KERAJAAN BEBAS PERPADUAN antara PAS-UMNO-Khalid Ibrahim-Azmin Ali di Selangor. Dia memulakan rekaan cerita demi menyelamatkan Wan Azizah setelah diarahkan oleh Anwar Ibrahim yang jelas merupakan paksinya dalam politik.

Sebagai sebahagian daripada kuasa utama dalam Lajnah PKR dalam PAS, Husam Musa cuba memainkan sentimen serampang dua mata. Serampang pertama, menggulingkan TGHH dan TGNA dan serampang kedua, mengagungkan Anwar Ibrahim dan keluarganya dalam amalan nepotisme dan kronisme tegar.

PARASIT dalam PAS sedang keluar sekarang ini menunjukkan diri. Satu demi satu begitu lantang bersuara, tetapi mereka tidak pula berani keluar dari PAS. Walaupun mereka secara halus menghasut agar jemaah-jemaah PAS menggulingkan golongan ulama, tetapi pada masa yang mereka masih bertaqiyyah kononnya mereka adalah penyokong ulama, walaupun sebenarnya mereka adalah penganut agama liberal yang sangat tegar.

Tuesday 2 September 2014

HAIRAN BIN AJAIB, Najis Tepi Mulut, Kata Orang Lain Yang Berak!

Bila selalu sangat kita salahkan orang lain, padahal sebenarnya kita tahu semua masalah berpunca dari diri kita sendiri, akhirnya Allah Taala buka aib kita dan tunjukkan yang kita adalah penipu.

Barangkali itulah yang berlaku kepada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya PAS Johor, Tuan Haji Aminulhuda Hassan.

Kelemahan sendiri sepatutnya diakui. Kegagalan menjelaskan bayaran sepenuhnya kepada pemilik tanah SUTERA MALL sepatutnya tidak perlu dipersalahkan UBN. Mengapa pula perlu digunakan alasan yang begitu lemah semata-mata untuk menutup cerita kelemahan kita yang sebenarnya?

Muktamar Agung Ke-60 PAS sepatutnya diadakan di Johor. Ini bukan perancangan dua tiga hari. Ini perancangan yang dibuat sekurang-kurangnya 3 bulan. Sudah tentulah segala persediaan telah dibuat, termasuklah bayaran sewa kepada pemilik tanah.

Jangan bodohkan ahli-ahli PAS dengan kenyataan retorik sebegitu rupa. Surat daripada Sutera Mall sudah cukup untuk menjelaskan siapa sebenarnya yang bersalah.

Dah memang patutlah Menteri Besar Johor tidak peduli dan tidak melayan utusan dari PAS kerana yang hendak bermuktamar adalah PAS, bukannya UBN. Yang hendak menyewa tanah tersebut adalah PAS, bukannya UBN. Kalau kita sendiri pun, kita akan berpegang teguh kepada perjanjian yang dibuat. Takkanlah selepas kita berjanji dan bersetuju, tiba-tiba kita nak salahkan pihak lain yang tidak ada kena-mengena dengan perjanjian itu semata-mata kerana kita gagal melunaskan hutang RM50,000 yang peringatannya telah diberikan sebanyak tiga kali?

Daripada kita asyik menyalahkan UBN semata-mata untuk berlepas diri daripada ketidakmampuan dan ketidakcekapan kita, lebih baik kita bermuhasabah dan mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

Dah terlalu kerap sangat dah perangai Anwar Ibrahim ini kita asyik ulang-ulang.

Jemaah PAS bukannya bodoh kesemua. Yang bodoh tu cumalah golongan penjilat dan penyembah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sahaja.

KENYATAAN RASMI DARI PESURUHJAYA PAS JOHOR MENGENAI MUKTAMAR KE 60 DI NEGERI JOHOR PADA 17 September-20 September 2014

Muktamar adalah istilah Mesyuarat Agung Tahunan PAS Malaysia (AGM) yang wajib dilaksanakan oleh sesebuah orgnisasi bagi memenuhi perlembagaan Malaysia dan kehendak ROS. Sebagai contoh kooperasi sebuah sekolah pun mesti mengadakan AGM maka sudah semestinya sebuah parti politik seperti PAS wajib menjalankan proses tersebut. Namun ada pihak-pihak tertentu yang tidak senang jika AGM atau Muktamar PAS diadakan di negeri Johor. Pelbagai halangan dan sekatan dilakukan walaupun PAS cuba menyewa tempat-tempat tertentu bukan secara percuma.

Maka setelah Badan Perhubungan PAS Johor bincangkan dengan panjang lebar dan mendalam pada malam "KEMERDEKAAN" 30 Ogos 2014 dengan disertai oleh Naib Presiden PAS Tn. Hj. Salahuddin Ayub maka kami terpaksa membuat keputusan segera mengenai Muktamar PAS Ke-60 yang akan diadakan di Johor disebabkan tidak demokratiknya PIHAK TERTENTU yang memaksa "TANAH SUTERA MALL" pemilik tanah yang PAS sewa untuk mendirikan khemah supaya membatalkan perjanjian sewa tersebut. 

Pengurusan Tanah Sutera Mall telah membatalkan perjanjian sewa dan memulangkan deposit berjumlah RM 75K pada 27 Ogos 2014 walaupun usaha rayuan diplomasi telah dibuat oleh Naib Presiden PAS Tn. Hj Salahuddin Ayub terus kepada MB Johor namun TIADA JAWAPAN. Maka BPPNJ telah membuat ketetapan dengan berpandukan persetujuan Dato Mustafa Ali SUA serta Tn. Asmuni Awi Bendahari Agung dalam mesyuarat Muktamar Induk pada 28 ogos 2014 lepas.

1. Muktamar PAS ke 60 akan dipindahkan ke lokasi Pt. Salleh Ros, Pt. Raja, Batu Pahat. Tanah milik ahli PAS. BERHAMPIRAN UTHM di tepi jalan utama.

2. Tarikh yang sama iaitu dari 18 September-20 September 2014 kerana semua persiapan telah siap sedia.

3. Mohon maaf kepada semua yang telah menempah Penginapan di Johor Bahru agar dapat dibatalkan. Penginapan baru untuk di booking di Batu Pahat senarai hotel atau home stay akan dikeluarkan hari ini juga.

PAS Johor memohon maaf di atas kesukaran serta sedikit kerugian kerana perpindahan ini.

4. Jawatan kuasa negeri telah bersiap sedia untuk menjalankan amanah yang diberikan dengan lebih semangat kerana nampak kejayaan yang cuba dihalang oleh PIHAK TERTENTU akan membawa kemusnahan kepada mereka sendiri.

5. Dewan Muslimat PAS PUSAT diharap dapat segera membuat keputusan final lokasi Mesyuarat Agung Muslimat

Pengumuman RASMI perpindahan akan dimaklumkan oleh SUA selepas mesyuarat PAS PUSAT pada 7 September.

PAS Bukan Parti Cari dan Buat Duit, Pesan TGHH Kepada Jemaah PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli-ahli PAS supaya jangan menganggap parti itu sama dengan parti yang lain.

Ini, katanya kerana ada dalam kalangan mereka yang menganggap bahawa PAS sama dengan PKR dan DAP.

"Kita dalam jamaah kita yang benar, yang betul, tegak Islam yang sempurna. Jangan anggap serupa, ini tak betul, tak sama," tegasnya ketika merasmikan Nadwah Pemerkasaan Duat (NEKAD) anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan para pendakwah supaya sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas termasuk pungutan derma.

Justeru, tegasnya para pendakwah jangan berbohong dan menipu dengan pungutan derma.

"Pendakwah jangan bohong, penipu, pungut derma jangan salah guna untuk diri, bukan untuk Islam," ujar beliau di hadapan kira-kira 1,000 peserta.

Jelasnya, duit hendaklah dijalankan alat dalam berdakwah, bukannya matlamat.

Beliau menekankan bahawa pendakwah perlu mempunyai sifat bijaksana dan jangan menjadi pendakwah yang bodoh.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan iaitu Duat: Mengangkat Izzah Islam dan Jamaah oleh AJK PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki dan AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Azhar Yaacob, Duat: Membugar Fikrah dan Menyebar Risalah oleh Ketua Penerangan DUPP, Datuk Dr Khairudin Aman Razali at-Takiri dan Duat: Mendepani Cabaran Perang Cyber oleh Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Pidato Am bertajuk Duat: Agen Jamaah akan disampaikan oleh AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pengerusi 4 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Dr Ridhuan Mohd Nor dan AJK DUPP merangkap Ketua DUPN Pahang, Ustaz Mokhtar Senik.

Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan merasmikan majlis penutup pada jam 5.00 petang. - HARAKAHDAILY 1/9/2014