Sunday 31 August 2014

Hanipa Maidin Patut Sertai Peguam DAP Bebaskan dan Bela Anggota PPS Yang Ditahan Polis

Menepati apa yang diikrarkan, hari ini PDRM mula bertindak menahan anggota-anggota PPS milik Lim Guan Eng. Ada laporan menyatakan 154 orang anggota yang ditahan. Ada pula yang mengatakan lebih 250 orang ditahan dan dibawa ke IPD Lebuh Pantai.

Namun yang pastinya, Lim Guan Eng telah mengerahkan semua pemimpin-pemimpin DAP yang berstatus peguam untuk bersiap sedia membela anggota-anggota PPS tersebut. Segala kos akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

PPS diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mewujudkan sebuah pasukan keselamatan atau back up polis sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Lim Guan Eng. Pulau Pinang tidak seperti Johor yang memiliki Askar Timbalan Setia kerana perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah memaktubkan kuasa Sultan Johor untuk memiliki Askar Timbalan Setia.

Undang-undang tetap undang-undang. Kemerdekaan tidak bererti kita bebas daripada segala-galanya dan tidak terikat lagi dengan suatu apa pun kerana sebagai manusia, kemerdekaan mutlak tidak wujud sebenarnya.

Dalam Islam, kita walaupun dikatakan merdeka, terikat dengan perjanjian 'ALASTU BI ROBBIKUM... QO LU BALA SYAHIDNA'. Pusinglah kut mana pun, kita tetap tidak merdeka kerana kita perlu 'kenal diri, kenal Tuhan, kenal hamba, kenal Khaliq'.

Begitu jugalah dengan kemerdekaan sesebuah negara. Walaupun bebas daripada penjajahan fizikal, namun penjajahan dalam bentuk lain, terutama sekali Perlembagaan, terutama sekali amalan, terutama sekali ikutan dan tasyabbuh tetap berlangsung. Malah bukti paling jelas ialah, betapa kita sangat terjajah dengan sistem demokrasi sehinggakan kita mendahulukan demokrasi berbanding Islam. Sehinggakan kita mendahulukan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berbanding TGHH dan TGNA.

Dan kalau kita perhatikan apa yang berlaku di Pulau Pinang, pastinya mengingatkan kita kepada kaedah Chin Peng dan Partai Komunis Malaya yang menghalalkan kewujudan mereka, kononnya untuk memerdekakan negara ini daripada belenggu Jepun dan Inggeris tetapi sebenarnya untuk mengikat PTM kepada rangkaian Empayar Komunis Timur Jauh.

PKM bermula sebagai sebuah militan kecil seperti PPS. Kemudian bertukar menjadi angkatan perang apabila Inggeris memberikan senjata kepada mereka untuk menentang Jepun. Kemudian apabila Inggeris memungkiri janji untuk menyerahkan Tanah Melayu kepada PKM, mereka melakukan gerakan perang dan memusnahkan harta benda, selain bekerjasama dengan para peniaga Cina untuk melakukan hartal atau mogok besar-besaran termasuklah enggan menjual barangan keperluan harian di seluruh Tanah Melayu pada tahun 1947 dalam usaha menekan Inggeris agar menyerahkan Tanah Melayu kepada PKM dan Chin Peng.

Namun Inggeris yang mendapat bantuan daripada askar-askar Melayu, berjaya menggagalkan rancangan PKM, Cina dan Chin Peng. Justeru, tidak menghairankan apabila dendam mereka kepada askar-askar Melayu begitu membara dan lebih memuncak pada 13 Mei 1969 apabila sekali lagi Askar-Askar Melayu Diraja (RAMD) memainkan peranan penting menamatkan pertumpahan darah yang dimulakan menerusi perarakan mayat seorang lelaki tua Cina selepas kemenangan parti-parti Cina kiasu pada 10 Mei 1969.

DAP telah menggunakan peguam dan penulis serta ahli akademik untuk memutarbelitkan sejarah. Selagi boleh DAP cuba memalsukan fakta 13 Mei 1969 dan kewujudan PKM di Tanah Melayu.

Agak aneh ialah apabila ada orang PAS yang turut menyokong fakta-fakta pembohong DAP, termasuklah kisah Mat Indera. API, AWAS mahupun KMM, MATA dan BATAS tidak boleh disekutukan dengan PKM mahupun AMCJA kerana PKM tidak pernah mempunyai niat untuk memerdekakan negara ini sebaliknya mereka hanyalah satu lagi entiti yang merancang untuk menakluk dan menjajah.

Bodoh sangatlah orang PAS kalau ada yang menyokong pembohongan tersebut termasuklah menyalahkan Melayu Teluk Intan/Sungai Manik dan Melayu Batu Pahat yang terlibat dalam perang menentang komunis hanya menggunakan doa dan parang panjang pada zaman darurat.

Atau barangkali Hanipa Maidin mahu membantu rakan-rakan sekutunya?

Sewajarnya PDRM mengambil tindakan keras ke atas PPS walaupun pada masa ini, kaum DAP sedang bertungkus lumus mengeluarkan pelbagai kenyataan termasuklah alasan kononnya PDRM tidak mempunyai alasan dan sebab untuk menahan golongan yang cuba membantu mententeramkan serta mewujudkan keamanan di Pulau Pinang.

Alasan yang sama jugalah diberikan oleh PKM yang beribu pejabat di Jalan Batu dahulu apabila kerajaan British pada waktu itu mengharamkan pertubuhan serta aktiviti mereka.

Dalam fiqh Syariyah, diajarkan bahawa salah satu metodenya adalah:

"Apabila dihadapkan kepada dua kemafsadatan yang saling bertentangan, maka yang perlu diperhatikan adalah menolak salah satu kemafsadatan yang kadar mudaratnya lebih besar dan pada saat yang sama menerima salah satu kemafsadatan yang kadar kemudaratannya lebih kecil."

Dalam kes ini, kemafsadatan lebih besar adalah DAP-PKM berbanding UBN-Inggeris.

Fullstop!

Saturday 30 August 2014

Ustaz Mokhtar DUP Pahang Jelaskan Mengapa Dia Ditahan ISA dan Kaitannya Dengan AL-MAUNAH

Oleh kerana kebelakangan ini ada dua tiga org yg gatal2 tangan kononnya nak serang saya dengan isu Al-Maunah. Itu pun kerana mereka kira posting2 saya memanaskan punggung mereka dan menyebabkan mereka termimpikan saya. Bangun pagi mesti tercari2 status saya..hehehe. lalu mereka fikir issu Al-Maunah 14 tahun yg lalu perlu dipalitkan dengan saya, agar dapat menuteralize kan kepanasan posting saya. Kerana mereka sibuk sangat nak tau, maka saya dedahkan kat sini. Sapa pun nak serang saya tak kesah sbb saya lihat Mursyidul Am dan Presiden saya releks je bila org serang mereka teruk2. Lalu saya elajar secara amali dari mereka.

Akhir tahun 1999 beberapa orang pimpinan Pertubuhan Al-Maunah ( sebuah pertubuhan seni mempertahankan diri dan perubatan yg berdaftar dengan pendaftar pertubuhan dan mempunyai sijil perakuan dari JAIS) telah datang ke Pondok saya. Tujuan mereka Ialah untuk menyewa kemudahan di Pondok saya untuk kursus dan aktiviti latihan dan Tarbiyyah Ahli Al Maunah.

Oleh kerana pertunuhan mereka adalah pertubuhan berdaftar dan disahkan oleh JAIS, maka tiada halangan untuk saya membenarkan mereka menyewa kemudahan yg ada,Sebagaimana persatuan2 pelajar IPTA dan IPTS yg pernah menyewa sebelum ini. Dalam program selama 3 hari itu saya telah diberi satu slot Kuliah bertajuk Jihad dan tungutannya dlm Islam. Dlm slot kuliah itu saya kaitkan dengan tiga ayat daripada surah Al-Baqarah ayat 127,128 dan 129.

2 minggu selepas kursus mereka di Pondok saya berlaku lah peristiwa "Bukit Jenalik" dan rompakan senjata di kem tentera yg dikaitkan dengan pertubuhan Al-Maunah ( sehingga sekarang kertasputih peristiwa tersebut tidak dibentangkan oleh pihak kerajaan). Sebahagian besar Ahli Al Maunah dan yg pernah terlibat dengannya di tahan dibawah akata ISA, termasuk saya.

Perlu di ingat bahawa pensabitan hukuman dibawah ISA tidak dibawa ke Mahkamah. Penthabitannya betul2 bergantung kepada lapuran pegawai penyiasat ( Introgate Officer) polis yg buat lapuran. Lapuran itu pula bergantung kepada bagaimana pegawai itu membuat andaian dan persepsinya sendiri.

Maka dengan itu saya telah di sabitkan dengan pertuduhan " menyampaikan ceramah bertajuk jihad untuk mengalakkan ahli Al Maunah menentang kerajaan Malaysia dan Yang DiPertuan Agung di luar perlembangaan malaysia".

Dengan itu saya ditahan selama 3 tahun 5 bulan di Kem Kemunting dan 10 bulan tahanan di rumah. 3 tahun untuk 3 ayat dari surah Al-Baqarah.

Maaf ye sbb ambil masa teman2 untuk baca. Sekadar nak kongsi dengan pengunjung fb saya yg selalu duk kaitkan saya dengan Al Maunah. Nak tahu secara lanjut sila desak kerajaan buka kertasputih di Parlimen. Tapi rasanya kertasputih Memali pun tak siap2 lagi.

Sekian..

DARI FB USTAZ MOKHTAR DUP

Thursday 28 August 2014

Bila Hidup Sudah Terlalu Kerap Berdamping Dan Dikelilingi Syaitan, Kita Pun Jadi 'Syaitan Goyang' Juga

Sukar untuk menerima hakikat tetapi kebenaran walaupun pahit, perlu juga ditelan, perlu juga dikhabarkan dan perlu juga didedahkan, biarpun akhirnya ibarat pepatah orang Melayu, tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.

Siapa yang tidak kasih kepada parti yang banyak berjasa kepada kita. Walaupun mungkin sebahagian daripada 'jasa' tersebut membuatkan kita terpaksa membuka lebih banyak kitab, terpaksa menghadap lebih ramai guru dan terpaksa berdebat, bermuzakarah dan berbahas semata-mata untuk memurnikan ilmu yang kita pelajari namun, dilihat 'ke belakang cermin', hikmahnya membolehkan kita mengetahui dan mempelajari lebih banyak disiplin ilmu.

Tidak dapat dinafikan, sebilangan besar tenaga pengajar di dalam PAS, walaupun ijazah dan kelulusan mereka bergulung-gulung, apabila mereka berada dalam lingkungan POLITIK ISLAM, mereka lebih cenderung untuk mengajar kebatilan, fitnah, mengumpat, ujub, takabbur dan berbohong. Semuanya dibuat atas nama PERJUANGAN ISLAM. Apabila diberitahu bahawa mereka telah melakukan kemungkaran mahupun kebatilan, mereka melenting dan cepat-cepat melabelkan kita sebagai ANJING UMNO.

Walhal UMNO, PAS tidak ada kaitan langsung dengan ISLAM walaupun ada yang mengajarkan bahawa antara kedua-duanya, salah satu daripadanya adalah Islam Tulen.

Baik UBN mahupun PAS, kedua-duanya lahir daripada fikrah keperluan duniawi yang mempunyai tunjang mahupun hala tuju perjuangan yang berbeza walaupun akhirnya matlamatnya tetap sama. Perbezaan ideologi politik sebenarnya tidak mengganggu akidah selagimana akidah itu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaan kepada Allah Taala dan kepada Rasul-Rasul-Nya daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperolehi iktiqad yang yakin, kepercayaan yang putus sekira-kira menaikkan perasaan bekerja dan beramal menurut sebagaimana kepercayaan itu.

Itu sedang berlaku di dalam PAS.

Kalau ditanya, mengapa pilih PAS... yang jahil tetapi mahu cari jalan pintas untuk masuk syurga mahupun yang mahu dikatakan lebih Islam dari orang lain, akan kata PAS adalah jalan hidupnya. Yang waras dan tahu membezakan antara batil dan haq akan mengatakan, PAS disokong dan didukung kerana prinsip perjuangannya. Manakala yang terlebih muntahi pula akan berkata, PAS ada masa hadapan untuk berkuasa di Malaysia kerana keperluan spiritual, akhirnya mengalahkan material.

Golongan pertama dan golongan terlebih muntahi inilah yang paling ramai dalam PAS dan kedua-dua golongan inilah yang paling banyak mendatangkan kerosakan kepada PAS dengan pengeluaran hukum yang mereka fikirkan logik dan waras, tetapi sebenarnya sesat dan serba menyesatkan terutama sekali yang membabitkan pentakfiran dan melabelkan BODOH kepada orang Islam bukan PAS.

Perebutan jawatan Menteri Besar Selangor semakin mendekatkan kita ke jurang kehancuran jemaah. Segala ilmu yang diajar selama ini, ternyata menjadi sia-sia apabila kita sendiri terperangkap dalam mainan yang sepatutnya kita lebih mahir dan lebih berpengalaman bersandarkan kepada hukum aqli - baik aqli dharuri mahupun aqli nazhari - serta naqli.

Barangkali kerana terlalu banyak membiarkan syaitan bermaharajalela, akhirnya yang tersembam adalah kita sendiri.

Dan berita terbaru, PAS Selangor yang diketuai oleh Iskandar Samad terpaksa tunduk kepada gerombolan Khalid Samad apabila bersetuju untuk menamakan tiga orang calon Menteri Besar DARIPADA PKR, bukannya dari PAS hanya kerana Anwar Ibrahim semalam membidas TGHH dengan menyatakan KERUSI MENTERI BESAR SELANGOR ADALAH HAK PKR.

Keputusan PAS Selangor itu, kemudiannya menjadi senjata kepada Khalid Samad yang telah diludah, disimbah air dan dimaki carut ketika keluar dari mahkamah untuk memberitahu jemaah PAS agar keluar dari PAS sekiranya enggan menyembah dan tunduk patuh kepada Anwar Ibrahim pada tubuh badan Wan Azizah.

Berguna lagikah semua ilmu yang dipelajari menerusi usrah, tamrin, kuliyyah dan sebagainya sebagaimana yang dianjurkan oleh PAS?

Atau ia sekadar satu topengan untuk melindungi kemunafikan golongan yang mahu menggunakan kesucian agama Allah Taala untuk kepuasan nafsu mereka, sebagaimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan sebilangan PARASIT di dalam PAS?

Sungguh mengecewakan kerana pucuk pimpinan akhirnya akur dengan kehendak orang luar parti tanpa mengambil kira perasaan serta sokongan jemaah yang begitu setia menjunjung setiap prinsip mulia parti.

Wednesday 27 August 2014

Kalau Dah Nama PKR, Jahilnya Mengalahkan Kaum Kafir... Imam Pun Tak Tahu Apa Benda!


Setiap orang PKR salah satu sifatnya ialah berlagak macam pandai. Kalau orang tidak setuju dengan mereka, habis orang itu akan dibodoh-bodohkan dan dibangang-bangangkan walaupun hakikatnya merekalah sebenarnya yang bodoh dan bangang.

Timbalan Speaker DUN Selangor yang juga merupakan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi merupakan contoh terbaru kebodohan dan kebangangan yang menjadi ciri-ciri utama PKR.

Jangan terkejut sekiranya kebodohan dan kebangangan itulah yang menjadi daya tarikan dua orang ADUN PAS Selangor untuk dijadikan sebagai pedoman dan ikutan.

Beberapa pihak mempertikaikan pengangkatan Wan Azizah sebagai IMAM. Lantas, Nik Nazmi yang barangkali tidak pernah pergi usrah, tidak pernah menghadiri kuliyyah syariyyah yang banyak diberikan secara percuma di masjid-masjid serata Selangor gagal memahami apa yang dimaksudkan sebagai IMAM.

Katanya, tidak salah Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor kerana Menteri Besar Selangor tidak semestinya jadi IMAM SEMBAHYANG!

Begitulah kalau Allah Taala hendak menunjukkan kekuasaan-Nya.

Imam pun Nik Nazmi tak tahu apa. Dia ingat Imam tu sekadar Imam Solat!

Itulah, kita berkawan dengan PKR dengan harapan mereka akan menjadi lebih faham agama. Tetapi rupa-rupanya mereka lebih jahil daripada orang UBN yang mereka cop sebagai jahiliah...

Dah Kata Dah, PKR Jadikan TGHH dan PAS Sebagai Pelepas Kecewa

Malu, kecewa dan kehilangan maruah serta air muka menyebabkan PKR terus menjadikan PAS sebagai kambing hitam mereka. Nak jadikan UBN sebagai mangsa, tak boleh sebab krisis di Selangor, dicetuskan sendiri oleh PKR (Anwar Ibrahim). Nak jadikan DAP sebagai tempat kejian, pun tak berani sebab kalau DAP tarik balik sokongan kepada PKR, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali hanya duduk dalam longkang.

Jadi, mangsa paling mudah adalah PAS memandangkan sebahagian daripada PARASIT Anwar berada dalam PAS dan menjadi pemimpin PAS.

Duduk tak duduk, keluar cerita kononnya TGHH dengan bantuan Cikgu Pa telah merancang untuk mengadakan Kerajaan Perpaduan di mana 15 orang ADUN PAS + Khalid Ibrahim + Azmin Ali + 3 orang ADUN PKR dan 12 orang ADUN UBN akan bergabung, sekaligus mengambilalih Kerajaan Negeri Selangor daripada PKR dan DAP.

Dengan cerita lain, Pakatan Rakyat Selangor dibubarkan.

Sebenarnya kalau itulah yang berlaku, ALHAMDULILLAH HI ROBBIL 'ALAMIN...Dan kalaulah itu yang berlaku, akan berlaku jugalah penghijrahan sokongan UBN kepada PAS secara berjemaah. Panas pertembungan politik akan berkurangan sebaliknya Melayu-Islam akan membentuk Selangor yang lebih sopan, lebih mulia dan lebih harmoni.

Bagaimanapun, PAS bukanlah jenis yang tamak haloba dan bernafsu besar serta buas untuk berkuasa seperti PKR. Memang benar, ada kalangan pemimpin PAS yang terlalu bernafsu, terlalu serakah, bahkan syahwat mereka juga tidak terjaga tetapi kesemua mereka adalah golongan yang mengikut Anwar Ibrahim dan menyembah Lim Guan Eng. Mereka hanya berbadan PAS tetapi hati, jiwa, nafas dan roh mereka telah sebati dengan PKR dan DAP.

Azmin Ali telah memberitahu Anwar Ibrahim dan Lim  Guan Eng yang TGHH telah menawarkan jawatan Menteri Besar Selangor kepadanya jikalau Azmin Ali masuk PAS. Kononnya konsensus telah dicapai. Antara 3 bulan sehingga 6 bulan, Azmin Ali hanya perlu bersabar bagi membolehkan peralihan kuasa daripada Khalid Ibrahim kepadanya untuk jawatan tersebut.

Berita tersebut disambut gembira oleh Anwar Ibrahim, juga Tony Pua, Pengerusi DAP Selangor. Maka semalam juga, mereka telah bermesyuarat tanpa PAS, sekalipun konsensi jawatan Menteri Besar Selangor adalah kompromi ketiga-tiga buah parti. PAS disisihkan kali ini, sekaligus merupakan satu hikmah jikalau pucuk pimpinan PAS dapat melihat dengan mata hati, bukan dengan mata duitan.

Siapa sebenarnya yang khianat? PAS jugakah?

Dari awal lagi, PAS telah tidak bersetuju dengan Kajang Move. PAS tidak dibawa berbincang, sebaliknya Anwar Ibrahim memandai-mandai menggunakan nama TGHH dan PAS untuk langkah yang dirasakan dapat menyelamatkannya dari penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya. PAS cuba digunakan untuk mengeluarkan pelbagai fatwa dan pandangan agama, termasuklah ayat-ayat al Quran, hadis, ijma' dan qiyas untuk menghalalkan perbuatan keji Anwar Ibrahim yang telah dibuktikan oleh mahkamah melalui siri perbicaraan yang tidak dapat disanggah atau dipatahkan oleh berbelas-belas orang peguambelanya.

Hanya kerana PAS lebih mementingkan dan berpegang kepada keadilan yang diadili, bukan keadilan yang diretorikkan menerusi ceramah dan kempen retorik subversif seperti yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim, PAS akhirnya dijadikan sebagai mangsa belasahan. Agak mujur kerana pucuk pimpinan PAS, terutama sekali TGHH mahu menyelesaikan masalah ini dengan cara yang tidak mengaibkan Anwar Ibrahim dan seluruh kepimpinan PKR serta DAP.

PAS bukan tidak boleh menerangkan secara berterus-terang bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat dan ianya terbukti apabila dari perbicaraan pertama pada tahun 1998, kemudian keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2005, kemudian keputusan Mahkamah Tinggi 2012 dan akhir sekali pada Mahkamah Rayuan pada Mac 2014, fakta yang dibentangkan ialah, Anwar Ibrahim terbukti melakukan perbuatan liwat.

Walaupun pada tahun 2005, Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar Ibrahim tetapi ketiga-tiga hakim bersependapat bahawa liwat memang berlaku tetapi Anwar dibebaskan hanya kerana percanggahan fakta nombor unit kediaman tempat berlakunya liwat. Begitu juga dalam keputusan Mahkamah Tinggi pada 2012, dia dibebaskan kerana hakim berpendapat DNA yang dijadikan bukti, tidak cukup lengkap kerana ia diambil tanpa pengetahuan Anwar Ibrahim, bukan kerana Anwar Ibrahim tidak melakukan perbuatan tersebut.

Semua itu boleh diterangkan dan diceramahkan kepada rakyat Malaysia secara bebas kalau PAS mahu atau seperti pada tahun 1997 tetapi PAS memilih untuk menyimpan aib Anwar Ibrahim. Kesalahannya itu biarlah Allah Taala sahaja yang membalasnya sama ada di dunia atau di akhirat. Cukuplah keputusan mahkamah sebagai bukti dan penjelasan kepada rakyat Malaysia yang masih percaya bahawa Anwar Ibrahim adalah mangsa kezaliman Kerajaan UBN.

Kenapa PAS memilih untuk berbuat begitu, padahal PAS boleh sahaja menghancurkan Anwar Ibrahim dan PKR dalam sekelip mata sahaja?

Jangan kata PAS bodoh kerana terpedaya, tetapi kerana PAS mahu membuktikan bahawa Anwar Ibrahim dan PKR sebenarnya tidak boleh dipercayai dan mereka akan sanggup mengada-adakan segala cerita semata-mata untuk menutup kemaksiatan dan kemungkaran pemimpin utama mereka itu.

Namun sekian lama PAS menyembunyikan aib Anwar Ibrahim, mahupun Azmin Ali dan sebahagian besar pemimpin PKR, nampaknya bangsa ini jenis yang tidak sedar diri, tidak kenang diuntung dan terlalu angkuh. Mereka bukan sahaja khianat tetapi juga mengada-adakan cerita yang tidak sepatutnya.

Secara logik, daripada melantik Azmin Ali yang diketahui mempunyai terlalu banyak masalah peribadi, termasuklah dalam isu Detum Jelatek yang penuh korupsi, PKNS yang menjual segala aset angkara Azmin Ali selain penjualan tanah Kerajaan Negeri kepada Tropicana dan Eco World di mana Azmin ada kepentingan di dalamnya dan skandal SPLASH yang turut mempunyai penglibatan Azmin Ali, jauh lebih baik PAS mengusulkan ADUN PAS untuk jawatan tersebut.

Apa faedah mahu menarik Azmin Ali ke dalam PAS sedangkan akhirnya PAS yang terpaksa menanggung kejahatan dan kemungkarannya? Siapa Azmin Ali selain daripada soldadu Anwar Ibrahim yang zikir tasbihnya adalah Anwar Ibrahim sepanjang masa!

Tidakkah hodoh sangat cerita Azmin Ali kononnya dia dipujuk bersetuju untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor oleh TGHH?

Tuesday 26 August 2014

Tiket Penerbangan Anwar Ibrahim ke Israel, Siapa Sebenarnya Yang Terkantoi?


Modus operandi memalsukan dokumen termasuklah surat waimma tiket kapal terbang, sebenarnya bukan perkara baru. Sekitar 1998 dahulu, mereka yang menyokong Anwar Ibrahim adalah golongan yang cukup pakar, cukup terlatih dan langsung tidak berasa bersalah menyebarkan dokumen-dokumen palsu tersebut kepada masyarakat demi menimbulkan kebencian kepada Mahathir dan UBN.

Sehinggakan jemaah PAS juga menjadi antara tenaga kerja percuma menyebarkan pemalsuan-pemalsuan tersebut di serata tempat termasuklah di masjid dan surau.

Kalau di surau-surau sekitar Bandar Baru Bangi, termasuklah Masjid UKM, mudah sangat untuk kita melihat dokumen-dokumen yang telah dipalsukan itu, dilekatkan di papan kenyataan dan kemudian diberitahu, itulah yang dilakukan oleh Mahathir dan UBN.

Rupa-rupanya ia masih berterusan dan masih lagi digunapakai oleh golongan yang kuat menyokong Anwar Ibrahim.

Semalam, apabila gambar tiket penerbangan dari Jordan ke Tel Aviv mula dikesan di WhatsApp, punca yang pertama datang daripada pekerja sepenuh masa dengan PKR. Selidik punya selidik, budak tu bekerja di bawah Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution di bahagian teknologi dan propaganda PKR.

Umpan dipasang. Pengedaran menggunakan Whatsapp dan Telegram hanya mengambil kurang dari 10 minit untuk diedar dalam liputan yang sangat besar. Tujuan tiket tersebut 'didedahkan' ialah agar macai-macai UBN termakan umpan dan kemudian menyebarkan kepada khalayak ramai.

Ternyata umpan menggunakan nama ANWAR IBRAHIM memang mudah laku. Dalam tempoh singkat, macai-macai UBN menjadi penyebar tiket palsu tersebut tanpa menyedari yang mereka telah dipergunakan oleh Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution yang mahu mengalihkan tumpuan apabila Kongres PKR yang baru sahaja selesai, mendapat sambutan yang sangat hambar.

Tiket tersebut dikeluarkan dan umpan pun mengena sasaran.

Apabila ia tersebar dan viral, muncullah 'penyelamat' yang akan menerangkan tentang ciri-ciri palsu yang terdapat pada tiket berkenaan bagi membuktikan bahawa macai-macai UBN adalah bodoh, suka membuat fitnah dan memalsukan segala benda yang berkaitan dengan Anwar Ibrahim.

Begitulah yang dilakukan dan ternyata PKR dan para penyokong Anwar Ibrahim masih lagi meneruskan tradisi jijik mereka semata-mata untuk menyelamatkan air muka Anwar Ibrahim anak beranak.

Mereka pernah menganiaya beberapa orang pemimpin PAS dengan cara yang sama, sebelum menyalahkan macai-macai UBN. Mereka juga menganiaya pemimpin-pemimpin PKR sendiri yang enggan melutut dan mengampu Anwar Ibrahim anak beranak dan kemudian menuduh macai UBN yang melakukannya. Bahkan mereka sanggup memburuk-burukkan Anwar Ibrahim satu keluarga, sebelum menuding ke arah orang lain.

Tentu sebahagian daripada kita ingat lagi, klip video yang memaparkan seorang lelaki mencium ketiak Anwar Ibrahim atau gambar-gambar yang menunjukkan Azmin Ali sedang diaiskrimkan oleh seorang wanita cantik atau klip video Nurul Izzah di belakang pintu bersama salah seorang pensyarahnya.

Kerja macam UBN ke tu atau sebenarnya kerja orang dalam PKR yang mempunyai kepentingan?

PKR adalah anjing pemakan tahi. Mereka tidak akan melepaskan tahi untuk dimakan apabila mempunyai kesempatan dan apabila diketahui, mereka akan cepat-cepat mengatakan, bukan mereka yang makan tahi tapi orang lain.

Tiket palsu Anwar Ibrahim ke Tel Aviv adalah contoh terbaru. Yang pasti, Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution sangat tahu bagaimana tiket itu boleh wujud dan boleh tersebar di media sosial.

Monday 25 August 2014

Biadap Dan Kurang Ajar Betul Parti Anak Beranak Anwar Ibrahim Ini


PAS tidak perlu kacau PRK DUN Pengkalan Kubur. Serahkan sahaja kepada PKR untuk bertanding di situ. Lagipun, sebarang keputusan kalau PAS bertanding di DUN Pengkalan Kubur tidak akan memberikan sebarang perubahan dalam Kerajaan Negeri Kelantan.

Begitu juga kalau hari ini, keputusan di Selangor ialah, DUN Selangor dibubarkan. PAS perlu meletakkan calon di semua tempat yang mempunyai pengundi campuran yang ditandingi oleh PKR sebelum ini. Dan yang lebih penting, PAS jangan sesekali menghulurkan bantuan kepada PKR termasuklah undi walau satu pun kepada mana-mana calon PKR.

Kalau perlu, boikot sahaja mana-mana calon PKR tanpa perlu kita mengundi calon UBN.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang masih gagal menjawab atau membuat laporan polis berhubung pendedahan dokumen Langkah Kajang walaupun dia cuba menafikannya serta menyatakan dokumen tersebut adalah palsu, benar-benar telah mencabar dan meremehkan bantuan serta pertolongan PAS kepada PKR selama ini.

Dengan mengajar PKR, bermakna kita juga akan mengajar DAP sekaligus memandangkan DAP sebenarnya yang berada di belakang PKR dan DAP jugalah yang menggunakan PKR untuk memperdayakan PAS dengan fantasi Pakatan Rakyat.

Sudahlah PAS dipersalahkan tentang kemelut dan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang dicetuskan sendiri oleh PKR, Rafizi Ramli pula mengatakan, PKR tidak memerlukan PAS untuk menawan semula Selangor kalau DUN Selangor dibubarkan dan untuk mencapai kemenangan di DUN Pengkalan Kubur.

Ini masanya untuk kita mengajar, siapa sebenarnya yang lebih kuat dan lebih penting.

Sudah sampai masanya, PKR yang sedang kalut untuk menyelamatkan Dinasti Anwar dan Anwar sendiri daripada dipenjarakan menerusi argumen-argumen bodoh mereka, diajar sehingga mereka terduduk dan tertiarap.

Manusia angkuh, sombong dan bongkak seperti para pemimpin PKR, tidak harus diberi muka langsung. Mereka terlalu memandang hina orang lain terutama sekali dari PAS yang disifatkan sebagai jumud, kuno dan hidup di padang pasir. Mereka juga terlalu perasankononnya mereka lebih bijak, lebih pandai mengatur strategi dan lebih pandai memanipulasi.

Sekarang kita pula mengambil giliran untuk memberikan tunjuk ajar sebenar kepada golongan bodoh sombong itu. PRK DUN Pengkalan Kubur dan Pilihanraya Negeri Selangor adalah medan terbaik untuk kita mengajar PKR dan DAP selain mengecewakan golongan PARASIT di dalam PAS.

Sunday 24 August 2014

Sepatutnya Bukan Saari dan Hasnul Sahaja Dipecat, Tapi Khalid Samad dan Hanipa Maidin Juga


Kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Nik Amar Nik Abdullah bahawa sekiranya dia mempunyai kuasa, dia akan memecat Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin mendapat reaksi yang agak besar.

Bagi yang mahu PAS kembali ke landasan sebenar perjuangan, menyambut baik kenyataan Ustaz Nik Amar. Tetapi bagi penyembah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng (Pakatan), mengecam Ustaz Nik Amar serta menuduhnya sebagai pengkhianat.

Alasan Ustaz Nik Amar bagi tindakan tersebut, cukup jelas. Bukan kerana menentang Pakatan, tetapi kerana kedua-duanya mendahului pucuk pimpinan.

Namun, Ustaz Nik Amar mungkin terlupa sebelum kedua-dua pengkhianat tersebut, ada dua orang pengkhianat lain yang lebih besar pangkat dan kedudukan mereka dalam PAS. Mereka adalah Khalid Samad dan Hanipa Maidin. Kedua-duanya adalah AJK PAS Pusat.

Terutama sekali Hanipa Maidin yang beberapa jam sebelum Saari dan Hasnul mengeluarkan cabaran kepada PAS untuk mengambil tindakan ke atas mereka, Hanipa Maidin pula menyatakan, dia sanggup keluar dari PAS sekiranya PAS bertegas enggan menyokong perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Manakala Khalid Samad seperti yang semua sedia maklum, sentiasa mengulang-ulang apa yang dituturkan oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng macam kaset buruk.

Mungkin ramai jemaah PAS yang tidak berani atau tidak sanggup mengakui bahawa PAS sekarang ini sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan yang teruk. Golongan pro-Pakatan sedang bertungkus-lumus untuk menghapuskan golongan pro-ulama sehinggakan mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja dan menggunakan segala taktik yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim, demi mencapai cita-cita jahat mereka.

Malangnya, badan bertindak yang mengawal selia tatatertib serta disiplin ahli serta pemimpin dalam PAS turut diresapi oleh golongan yang mendukung Pakatan. Mereka ini sama seperti di dalam UBN yang bertindak serampang dua mata, menghancurkan parti yang memberikan amanah kepada mereka, demi Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Agak menarik juga apabila kita bertepuk tangan dan sentiasa berharap UBN akan hancur dengan pantas kerana penyembah-penyembah dan penjilat-penjilat Anwar Ibrahim di dalam parti tersebut. Tetapi pada masa yang sama, tanpa kita sedar atau kita pandang sambil lewa, PAS juga semakin mereput dan semakin bertukar menjadi parti yang menyokong kemungkaran, kemaksiatan dan kemunafikan Anwar Ibrahim selain membenarkan perlakuan zalim serta perlecehan Lim Guan Eng ke atas umat Islam dan agama Islam di Pulau Pinang, khususnya dan Malaysia, amnya menerusi orang-orang seperti Khalid Samad dan Hanipa Maidin. Kita terlalu ralit menyalahkan UBN untuk semua masalah yang dicipta oleh kedua-dua orang ini.

Sehingga ke hari ini, tidak ada satu pun tindakan disiplin dikenakan terhadap golongan yang cuba menghancurkan PAS dari dalam. Sebaliknya pucuk pimpinan banyak berdalih dan memberikan pelbagai alasan untuk terus membenarkan golongan parasit seperti Khalid Samad dan Hanipa Maidin bertapak dalam parti serta mengembangkan pengaruh mereka.

Lama dahulu telah diperingatkan, golongan pro-pakatan tidak akan peduli dengan Majlis Syura atau Dewan Ulama PAS Pusat. Yang mereka perlu kawal dan kuasai adalah Jawatankuasa PAS Pusat. Sebabnya, Jawatankuasa PAS Pusatlah yang membuat keputusan akhir biarpun segala dasar dibuat oleh Majlis Syura dengan mengambil kira pandangan serta perbahasan dan ijmak Dewan Ulama PAS Pusat. Mereka hanya perlu menempatkan orang-orang mereka dalam Jawatankuasa PAS Pusat. Mereka hanya memerlukan jawatan sebagai Jawatankuasa Kerja dalam Jawatankuasa PAS Pusat untuk mereka mencipta sebarang keputusan yang akan berpihak kepada Pakatan dan memperlekehkan PAS.

17 Ogos lalu telah menjadi bukti betapa bahayanya golongan ini.

Disebabkan itulah, kebanyakan akar umbi yang masih percaya pada perjuangan tulen PAS, berkeras dan mendesak agar PAS mengambil tindakan segera menyingkirkan golongan PARASIT ini dan mengembalikan PAS ke perdu asalnya. Ramai yang semakin kuat mendesak agar Jawatankuasa PAS Pusat tidak dibenarkan membuat keputusan selepas Majlis Syura membuat ketetapan. Hierarki seperti yang ada sekarang, hanya akan memendekkan lagi hayat PAS jikalau pucuk pimpinan masih tidak sedar-sedar.

PAS tidak memerlukan orang seperti Khalid Samad, Hanipa Maidin, Saari Sungip, Hasnul Baharuddin mahupun Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang semakin terlena diulit duit besar Lim Guan Eng. Halau sahaja mereka dari PAS dan bagi borang DAP atau PKR untuk mereka isi.

Tak perlulah kita memperkatakan buruk atau lekehnya UBN, kerana dalam tubuh badan kita sendiri, sarat dengan pekung, dengan nanah, dengan kohong, dengan kurap, dengan kayap dan segala macam jenis penyakit jijik yang lain kesan kewujudan PARASIT-PARASIT yang memakan daging kita!

Saturday 23 August 2014

Ulama Dunia Iktiraf TGHH, Jemaah PAS Sendiri Cuba Benamkan TGHH Dalam Kehinaan

Allahu Akbar! Subhanallah!

TGHH telah dilantik sebagai salah seorang Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia. Satu penghormatan besar kepada ulama dari Malaysia.

Sungguh besar penghormatan yang diberikan oleh dunia kepada TGHH, Presiden PAS. Namun, di tanahair sendiri, TGHH bukan sahaja dihina oleh lawan, tetapi juga oleh anggota jemaah sendiri.

17 Ogos lalu, TGHH bukan sahaja ditentang, bahkan dimalukan oleh AJK PAS Pusat yang bersungguh-sungguh mahu mendapatkan redha Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Dan semalam, ketika TGHH dilantik ke jawatan Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia, Naib Presiden PKR yang baru yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Katil bukan sahaja melemparkan cercaan, tetapi juga mengeji TGHH.

Semuanya kerana TGHH tidak bersetuju dengan perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Semuanya kerana TGHH tidak mahu tunduk kepada kehendak dan hawa nafsu Anwar Ibrahim.

Kalau UBN tidak publisitikan kemuliaan yang dianugerahkan menerusi pengiktirafan dan amanah kepada TGHH, itu bukanlah perkara luar biasa. UBN adalah musuh tradisi PAS. Para pemimpin UBN - kalau pun bukan semua - melihat TGHH sebagai saingan politik mereka. Sudah menjadi adat, apabila TGHH dimusuhi atau dicerca mahupun disumpah seranah oleh pemimpin-pemimpin UBN kerana mereka bermusuh luar dan dalam.

Apatah lagi di sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi Machiavelli yang menghalalkan perbuatan demi mengejar matlamat.

Namun apabila golongan yang kononnya sahabat kepada jemaah Islam PAS, mencerca, menyumpah seranah Presiden PAS yang telah diiktiraf sebagai salah seorang ulama dunia, gelagat tersebut bukan sahaja biadap, tetapi amat keterlaluan dan telah memutuskan perjanjian yang dimeterai dan dipersetujui.

Lebih malang lagi ialah, di sebalik kecaman terhadap UBN kerana tidak menghormati ulama dan tokoh seperti TGHH, sebahagian besar jemaah PAS sendiri turut hilang hormat dan mula bersikap sangat biadap terhadap TGHH. Sebaliknya mereka lebih wala' dan menganggap Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng lebih tsiqah. Jemaah PAS pula dianggap akan hilang pengaruh dan kedudukan jikalau tidak meneruskan kerjasama atau lebih tepat lagi tunduk patuh kepada PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Apa gunanya kita berbangga dengan pencapaian serta kemuliaan yang Allah Taala anugerahkan kepada TGHH menerusi pengiktirafan dunia itu jikalau di dalam jemaah sendiri, TGHH hilang kredibiliti dan menjadi sasaran kecaman serta pelbagai tuduhan tidak masuk akal termasuklah KERAJAAN PERPADUAN?

Justeru, sebelum kita memperolok-olokkan UBN kerana tradisi UBN ialah tidak menghormati ulama yang tidak sealiran pemikiran dengan mereka, ada baiknya jikalau kita memperolokkan diri kita sendiri.

Kita mengaku kita menjadikan ulama sebagai contoh teladan dan ikutan tetapi sebenarnya itu semua hanyalah retorik untuk menunjukkan kita lebih Islam dari pihak musuh. Kita menganggap pihak lawan tidak lebih Islam dari kita kerana pemimpin mereka bukanlah ulama yang diiktiraf dunia, tetapi kita sendiri memberikan taat setia tidak berbelah bahagi kepada pemimpin kumpulan yang lain dan meninggalkan jemaah sendiri.

Sebelum kita menuding jari kepada UBN, elok juga kita melihat sendiri berapa sebenarnya jari yang menghala ke tubuh badan kita.

Tiada gunanya kita bercakap tentang pengiktirafan kepada TGHH jikalau kita gagal menterbalikkan tragedi 17 Ogos. Tiada gunanya kita mengata-ngata UBN, jikalau di dalam jemaah kita sendiri yang sepatutnya dipimpin oleh TGHH, dipenuhi PARASIT, munafiq, khawarij, wahabi dan syiah yang bertapak kukuh dan membuat keputusan bagi majoriti ulama sehingga menendang TGHH seperti anjing buruk kepala!

Friday 22 August 2014

Dua ADUN Syaitan Pengkhianat Enggan Tinggalkan PAS, Takkan Kita Nak Diamkan Diri?


Salah seorang pengkhianat bernama Shaari Sungip memberitahu, dia hadir dalam sidang media menyokong Wan Azizah sebenarnya bukanlah untuk menyokong Wan Azizah tetapi untuk menyokong perlucutan jawatan Menteri Besar Selangor daripada Khalid Ibrahim.

Katanya lagi, kebetulan pula majlis tersebut memberikan sokongan kepada Wan Azizah. Apabila ditanya tentang surat akuan, Shaari Sungip memberitahu, surat tersebut telah disediakan lebih awal dan dia hanya menurunkan tandatangan dengan niat supaya Khalid Ibrahim meletak jawatan.

Tiada niat lain.

Manakala seorang lagi pengkhianat, Hasnul Baharuddin yang menghilangkan diri setelah ketakutan, tidak memberikan sebarang komen kerana gagal ditemui. Walau bagaimanapun, keputusan Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu, membuatkan dia kembang dada walaupun masih takut untuk keluar berhadapan dengan para penyokong dan pengundinya di Morib. 

Gerombolan pengkhianat di dalam PAS masih belum dikenakan sebarang tindakan. Malahan mereka semakin menyombong, angkuh dan bercakap besar tentang peralihan kuasa di dalam PAS.

Selepas kejayaan mereka memalukan Dewan Ulama dan Majlis Syura, AJK-AJK PAS Pusat yang majoritinya menyokong, menyembah dan memuja Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng kini sudah mula merangka untuk merampas kedudukan yang lebih penting iaitu Presiden. Manakala peranan Mursyidul Am PAS pula akan dikecilkan dan dikurangkan. Malah sudah ada perancangan untuk menjadikan Mursyidul Am hanyalah sebagai simbol semata-mata tanpa sebarang peranan mahupun kuasa berbanding sekarang.

Semua kuasa akan dipindahkan kepada Presiden sama seperti yang berlaku dalam UBN. Manakala Anwar Ibrahim akan menjadi Ketua Umum yang mempunyai kuasa luar biasa dalam PAS. Anwar Ibrahim juga berfungsi sebagai pengikat DAP dan PKR dengan PAS.

Dengan kata lain, PAS berada di bawah Anwar Ibrahim bagi mendapatkan pengaruh dan sokongan buat PKR dan DAP. Kerja dan fungsi PAS sekadar memberi khidmat kepada PKR dan DAP. Untuk jangka panjang, PAS akan pupus dan kesemua ahli PAS akan diserap masuk ke dalam PKR dengan sebahagiannya pula berada dalam DAP.

Bagaimanapun, DAP cuma berminat dengan ahli-ahli PAS yang masih muda memandangkan golongan muda PAS merupakan golongan yang paling mudah dibentuk dan disuruh mengikut kehendak Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Guan Eng.

Ada yang berkata, kita tidak boleh terlalu prejudis dengan PKR dan DAP, bahkan kita mesti menerima mereka dengan sepenuh hati kerana mereka telah membantu PAS.

Itu mimpi yang seringkali dimomok-momokkan oleh para pemimpin PKR dan DAP memandangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya.

Tidak ada cara bagi kita jikalau mahu menguatkan jemaah ini, melainkan menghapuskan terus golongan pengkhianat dan bermuka-muka. Kita sudah biasa kalah dan tidak mengapa untuk kita kalah lagi. Sebaliknya kita sudah biasa menang mempertahankan pendirian dan maruah kita. Justeru, mengapa kita harus biarkan pencabulan maruah dilakukan oleh golongan pengkhianat tersebut.

Mereka tidak seharusnya dibiarkan berada di dalam jemaah ini. Walaupun mereka mungkin memegang beberapa kerusi DUN dan Parlimen, kewujudan dan kemenangan mereka sebenarnya tidak mendatangkan sebarang erti kepada PAS. Apa guna kita memang angka dan jumlah kalau kita sebenarnya ditarik hidung dan dipaksa menyembah pihak lain.

Ayuh wahai ikhwan... gerakkan senjata dan gunakan segala kekuatan kita untuk menyingkirkan para pengkhianat. Halau mereka keluar dari jemaah ini sebagaimana Rasulullah s.a.w. menghalau kaum Yahudi dari bumi Madinah dan Makkah 1400 tahun dahulu.

Hanya dengan cara itu sahaja, kita boleh mendapatkan semula maruah yang telah mereka gadaikan demi kemewahan dan kesenangan mereka. Kita di bawah mempunyai kuasa untuk memilih. Wala' dan ta'asub dua perkara berbeza. Kita wala' kepada kepimpinan yang mahu memperjuangkan ihsan ummat dan jemaah. Kita ta'asub kepada ajaran dan perintah Allah Taala dan rasul-Nya.

Jangan sesekali kita palingkan iman dan pegangan kita demi memperolehi kemewahan sepertimana yang dilakukan oleh Mat Sabu, Timbalan Presiden kita sendiri!

Thursday 21 August 2014

Suara Siapa Yang Dibawa Dalam Muktamar Ke-60 Pada 18-20 September Nanti?

Tahun ini, Muktamar Agung PAS Kali Ke-60 akan dibuat di Johor Bahru. Pemilihan Johor Bahru atau lebih tepat lagi di Taman Sutera Utama, Skudai dilihat sebagai usaha merintis kekuatan baru di Johor, negeri yang cukup dikenali sebagai Kubu Kuat UBN.

Dalam keadaan sekarang, bukan UBN yang menjadi perhatian atau sasaran tetapi jemaah PAS lebih kisahkan tentang survival PAS sendiri.

Menggunakan nama UBN tetapi pada masa yang sama, menjadikan PAS sebagai alat dan perkakas kepada PKR dan DAP, bukanlah sesuatu yang bijak bagi sebuah parti yang ditubuhkan pada tahun 1951 hasil kesepaduan alim ulama dan cendekiawan Islam Melayu.

Sudah lama sangat kita menggunakan UBN sebagai kambinghitam untuk menghalalkan kebejatan kita sendiri. Sudah terlalu lama sangat taktik menyalahkan UBN kita amalkan sehingga akhirnya kita terperangkap dalam mimpi yang kita sendiri cipta.

Selepas 17 Ogos, segala-galanya tidak lagi sama. Bukan kerana tohmahan UBN. Bukan kerana fitnah UBN. Jauh sekali kalah dengan taktik UBN. Tetapi kerana PAS sendiri telah menyediakan tapak dan instrumen yang terbaik buat para pengkhianat di dalam parti dan pada masa yang sama mengenepikan golongan yang ikhlas berjuang untuk PAS.

PAS telah dikuasai sepenuhnya oleh golongan yang sangat mencintai dan menyanjungi Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng. PAS kini sudah dipenuhi oleh golongan yang lebih memikirkan nafsu dan materi berbanding mereka yang mencari ketenangan dan kemanisan dalam maslahat agama.

Tidak keterlaluan kalau kita katakan, berdasarkan dari fakta sejarah, keadaan PAS bermula teruk pada 1979, kini menjadi bertambah parah sehinggakan kita tidak dapat membezakan mana satu PAS, mana satu PKR, mana satu DAP dan UBN. Sedikit berbeza ialah, hanya kita yang mempunyai Dewan Ulama dan Dewan Syura, tetapi peanan kedua-duanya telah pun disepak dan diterajang ke dalam longkang.

Jemaah bawahan telah pun bersuara. Semuanya menyatakan tidak puas hati dan marah dengan sikap golongan PARASIT yang telah menghina ulama. Semua nampak bagaimana dan apa kiblat golongan PARASIT.

Tetapi dalam Muktamar di Johor Bahru nanti, suara siapa yang lebih dominan? Adakah suara pengikut Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng akan tetap menjadi suara majoriti, mengajar jemaah Islam PAS agar terus menyembah dan menjilat Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng dengan menyatakan perlunya kita terus berada dalam Pakatan Rakyat.

Atau kita akan mendengar suara-suara sumbang yang menegur kalau tidak pun menghalau golongan PARASIT dari PAS?

Rasa-rasanya hampir mustahil untuk golongan PARASIT ditegur atau dikritik apatah lagi dikutuk. Sebabnya ialah, mereka terlalu kebal, terlalu mendominasi pucuk pimpinan dan sekarang, mereka yang membawa PAS ke mana-mana destinasi yang mereka sukai.

Wednesday 20 August 2014

Sampai Bila Para Pemimpin Kita Terus Sumbat Telinga Dengan Ekor Serban?

Imej PAS memang sudah rosak teruk. Perjuangan mulia PAS dari awal penubuhan rasminya pada 1951, kini telah musnah angkara kumpulan PARASIT yang masuk beramai-ramai beberapa bulan sebelum tahun 1998 terutama dari IRC atau JIM dan ABIM. Mereka inilah yang menganggap para pemimpin PAS yang tidak datang daripada aliran yang sama dengan mereka sebagai golongan AHMAQUN dan GHOBIYYUN.

Gambaran-gambaran itulah yang seringkali diberikan oleh kumpulan PARASIT kepada jemaah Islam PAS sendiri. Kerana ta'asub dan kurang memahami kongsep kewalian atau kepimpinan di dalam Islam, golongan yang sangat terpesona dengan konsep Imamah dalam Syiah telah pun menusuk racun mereka ke dalam tubuh badan PAS.

Seawal penubuhan lagi, PAS sudah terdedah kepada elemen Syiah. Pada zaman awal, ulama-ulama Sunnah yang menjadi pemimpin PAS berjaya mengekang penyebaran pengaruh golongan Syiah. Kerana itulah, Perlembagaan PAS Fasal 7 (1) diwujudkan dan Fasal 7 (1) tidak membenarkan golongan lain selain Sunnah 4 menjadi ahli dan kepimpinan dalam PAS.

Namun selepas 1979, setelah berjayanya Revolusi Islam Iran yang menyaksikan Syiah Imamiyyah berkuasa penuh di Iran, sedikit demi sedikit transformasi berlaku dalam tubuh badan PAS. Dan akhirnya, Fasal 7 (1) sekadar wujud dalam bentuk tulisan, bukan dalam bentuk amalan. Ramai golongan Syiah sudah berada dalam kepimpinan utama PAS.

Dan bermulalah caca marba PAS terutama sekali dalam bentuk pentakfiran sesama Islam yang disemarakkan oleh golongan berfahaman Syiah sehinggakan Presiden dan Mursyidul Am pada ketika itu terpaksa mengikut-ikut kerana mahu menunjukkan solidariti dalam parti.

Itulah yang berlaku. Dan ia masih lagi berlaku sehingga ke saat ini.

Memang wujud lagi golongan sunnah dalam jemaah PAS tetapi suara mereka terlalu kecil. Golongan mereka telah diketepikan. Dan sekalipun pelbagai usaha secara lembut dan tatatertib digunakan sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dan para Sahabat serta golongan Solafus-Soleh dalam konsep jemaah, namun semakin lama golongan yang setia mempertahankan sunnah terus terpinggir dengan sebahagian besar daripada mereka memilih untuk menjauhi pucuk pimpinan sambil berdoa, semoga PAS kembali ke landasan sebenar.

Syiah benar-benar gilakan jawatan dalam imamah. Imamah adalah rukun utama mereka. Agama mereka adalah kuasa pemerintahan. Malahan walayah dan imamah merupakan rukun iman mereka. Walhal Islam yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w bukan mementingkan siapa jadi pemerintah dan siapa jadi kerajaan.

PAS asalnya memperjuangkan dan cuba memperkenalkan kembali budaya ilmu slam pada zaman Rasulullah s.a.w terutama sekali yang membabitkan siyasah. Namun gelombang serangan daripada pelbagai elemen termasuklah Syiah dan Kaum Muda yang cenderung kepada ajaran sesat Wahabi, terlalu sukar dibendung.

Sebenarnya itulah sebabnya kita melihat pelbagai huru-hara berlaku dalam PAS. Kesemua idealisme ini telah bersatu, bercantum dan membingungkan jemaah PAS sendiri. Golongan yang tidak berilmu, tidak tahu apa-apa, jahil tetapi sangat pandai bercakap, telah kita angkat sebagai pemimpin. Kita mengharapkan wala' kepada kepimpinan akan menyelamatkan kita. Kita terkeliru antara kepentingan kepimpinan dengan kewajipan kita kepada Islam, sehinggakan ada antara kita yang cukup percaya, kepimpinan akan menjamin kita masuk syurga.

Rasulullah s.a.w hanya memberikan kredit kepada pemimpin atau imam yang adil dan maslahat yang diperolehi oleh rakyat daripada kepimpinan yang berkualiti. Tetapi Rasulullah s.a.w apa lagi firman Allah Taala yang mewajibkan kita beriman kepada kepimpinan.

Para pemimpin dalam usaha untuk  memastikan tiada penentangan dan gangguan ke atas penguasaan mereka, telah mencipta pelbagai bidaah. Namun mereka sendiri yang memungkiri ajaran yang dibuat sepertimana yang dapat kita lihat pada 17 Ogos lalu.

Dalam kita hendak memperbetulkan dan menyedarkan para pengikut UBN tentang penyelewengan UBN, sebenarnya kita terlupa langsung bahawa tubuh badan kita ini penuh dengan daki kurap, panau dan kayap. 17 Ogos adalah petunjuk terbesarnya sama seperti Dajjal yang dimunculkan sebagai tanda besar kedatangan kiamat.

Kita menentang maksiat dan ketidakadilan, tetapi pada masa yang sama, kita melakukan kezaliman dan kemungkaran. Justeru apa beza kita dengan UBN?

Dan sebenarnya benarlah seperti yang difirmankan Allah Taala dalam Surah Ar-Rad Ayat 11 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada mereka."

Kita ada kuasa mengubah dan selagi matahari belum terbit di ufuk barat dan selagi sakratul maut tidak di kerongkongan, selagi itulah kita boleh mengubah dengan kuasa yang 'dipinjamkan' kepada kita. Belum terlambat untuk mengubah dan meletakkan PAS kembali ke landasan asalnya iaitu sebagai ulama' atau penegur kepada umara' atau pemerintah.

Tuesday 19 August 2014

Dosa Anwar Ibrahim Terlalu Besar Dan Tidak Boleh Diwarisi

Mungkin Anwar Ibrahim terlalu yakin serta percaya dengan konsep pewarisan dosa yang menjadi sebahagian daripada kepercayaan kawan-kawan Baratnya. Kepercayaan tersebut telah diterjemahkan menerusi amalan di Malaysia, sekaligus dicampuradukkan dengan ajaran Islam yang mulia dan menolak konsep pewarisan dosa.

Anwar Ibrahim tidak pernah menyembunyikan keinginan serta cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia selain 'memperbetulkan' sejarah dan latar belakangnya agar kuburnya nanti tidak dikencing cucu cicit sendiri kerana gagal menahan hawa nafsu dan tegar mencabar Allah Taala serta ajaran Raasulullah s.a.w.

Itulah sebabnya, Anwar Ibrahim sanggup berbuat apa-apa sahaja, sekalipun dia juga sedar, namanya akan terus busuk dan memburuk di mata masyarakat umum. Anwar Ibrahim berpegang kepada konsep, fitnah dan cerita bohong kalau diulang-ulang, akhirnya akan diterima sebagai perkara benar.

Itulah kesilapan yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan PAS. Sikap bermusuh dengan UBN yang telah ditanam bersungguh-sungguh dan dihadami, akhirnya membutakan mata sebilangan besar daripada kita. Kita tidak lagi menggunakan naqli dan aqli apabila membuat keputusan. Kita hanya mendengar cerita serta rintihan Anwar Ibrahim. Kita enggan mendengar cerita daripada musuh kita kerana kita sudah cukup yakin bahawa UBN akan menghadirkan kita dengan cerita-cerita bohong, tipu dan fitnah sebagaimana yang sering ditekankan oleh Anwar Ibrahim setiap kali dia bertemu dengan pucuk pimpinan PAS.

Namun dari semasa ke semasa, Allah Taala memberikan petunjuk kepada kita siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Apa rahsianya dan mengapa Allah Taala langsung tidak memberikan peluang kepadanya untuk menjawat jawatan Perdana Menteri yang sangat-sangat diidamkannya.

Pun kita masih buta. Pun masih ramai pemimpin PAS sendiri yang sangat percaya, TAHALUF SIYASI kita dengan Anwar Ibrahim serta DAP akan memenangkan kita dan akan memartabatkan Islam di negara ini. Ramai juga yang bermimpi dan berkhayal kononnya, dengan bantuan DAP dan Anwar Ibrahim, cita-cita kita menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara baldatun thoiyibbatun wa robbun ghafur akan berjaya.

Namun, Allah Taala sekali lagi memberikan petunjuk bahawa tahaluf siyasi kita dengan Anwar Ibrahim dan DAP bukan sahaja telah menjadikan Islam dan umat Islam di negara ini sebagai tempat kencing berak mereka, bahkan PAS sendiri jatuh ke sudut paling hina dan dilihat sekarang ini hanya pandai bercakap tetapi sebenarnya mempunyai tali di hidung yang dihela oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Kita hanya dibebaskan oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng apabila kita menyerang UBN. Tetapi apabila kita enggan menerima penyelewengan dan maksiat di dalam Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim dan DAP cepat-cepat menarik tali hidung kita sehingga akhirnya kita terpaksa menurut sahaja kehendak mereka.

17 Ogos adalah tarikh yang membenarkan perkara itu dan mahu tidak mahu, malu atau tidak, kita perlu mengakuinya bahawa kita berada pada kedudukan paling lemah dalam Pakatan Rakyat, meskipun kita menguasai kerusi DUN di Selangor.

Kita mungkin boleh tersengih, seronok dan bangga kerana Anwar Ibrahim cuba mengalihkan dosa serta perancangan jahatnya kepada UBN. Namun kita juga tahu bahawa dalam kes perebutan jawatan Menteri Besar Selangor, UBN tidak terlibat langsung. Sebaliknya semuanya dimulakan dan dicetus oleh Anwar Ibrahim sendiri.

Begitu jugalah dengan kes liwatnya. Anwar Ibrahim boleh menuduh UBN, boleh mendakwa Najib Abdul Razak berkonspirasi untuk mengenakannya, tetapi hakikatnya, walaupun sudah ke peringkat Mahkamah Persekutuan, Anwar Ibrahim dan para peguamnya gagal menjelaskan bagaimana air maninya boleh berada dalam lubang dubur Saiful sedalam 4 cm.

Perkara paling asas seperti itu pun tidak dapat dijelaskan, masih ada juga orang kita yang percaya tentang konsep konspirasinya yang serba mengarut. Sedangkan secara hakikatnya, Anwar Ibrahim bukanlah sehebat mana pun. Dia cumalah pemanipulator, DAJAL LAKNATULLAH yang melaga-lagakan orang lain agar orang boleh bergaduh dan dia menguasai kedua-dua belah pihak serta bercakap bohong sepanjang masa sehingga dia sendiri tidak tahu yang mana satu benar, yang mana satu bohong.

Contoh ketara adalah 50 Januari....

Sunday 17 August 2014

Akhirnya Yang Menang Adalah KUMPULAN MUNAFIQ Dan Pejuang Islam Terus Gugur Jadi Bunga Taik

Wabak PARASIT dalam PAS telah melemahkan seluruh jemaah Islam PAS. PARASIT dalam PAS akan menjadikan PAS sebagai sebuah biro menarik Melayu-Islam dalam DAP dan PKR. Manakala pemimpin-pemimpin PAS pula, hanya bersuara dengan suara Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. PARASIT telah menyebabkan PAS tidak lagi mempunyai maruah, harga diri mahupun kemampuan untuk menyuarakan pendirian.

Itu pendirian dan ingatan yang telah dibuat pada tahun 2008 dahulu. Ingatan dan pendirian itulah yang disuarakan kepada pucuk pimpinan.

Bagaimanapun, disebabkan kebanyakan pemimpin PAS sendiri tidak dapat membezakan perkataan TA'ASUB dengan WALA', akhirnya PAS bertukar menjadi sebuah parti selipar jamban untuk DAP dan PKR. Lebih teruk lagi, PAS dijadikan barisan hadapan untuk menggadaikan kepentingan umat Islam semata-mata untuk memenuhi cita-cita jahat Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim.

Hasil daripada mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang diumumkan jam 1:00 tengah hari tadi, telah membuktikan teori tentang kejahatan PARASIT itu adalah benar.

Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS dan dikelilingi oleh penjilat-penjilat Anwar Ibrahim serta penyembah-penyembah Lim Guan Eng, dibuat begitu pantas tanpa pembabitan TGHH dan Cikgu Pa yang merupakan Setiausaha Agung PAS.

Mat Sabu cuba membetulkan persepsi, kononnya keputusan tersebut bukanlah U-turn, tetapi MENGHORMATI Tahaluf Siyasi.

Alasan yang begitu dangkal dibuat semata-mata untuk membodoh-bodohkan jemaah PAS yang kian nampak kejahatan kumpulan PARASIT yang menggunakan rasuah wang untuk memenangi dan duduk dalam saf kepimpinan Pusat.

Ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura dan Dewan Ulama sebelum ini, telah dilanggar sekaligus mencabul tradisi PAS yang menjadikan Ulama sebagai ikutan dan contoh. Dan ini bukanlah kali pertama apabila golongan PARASIT yang memperkenalkan diri mereka sebagai golongan Profesional berbuat begitu.

Tidak cukup lagikah bukti bahawa PARASIT sedang menghancurkan PAS dari dalam? Tidak cukup sah lagikah PARASIT telah menjadikan PAS sebagai jamban kencing berak untuk Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng?

Ramai bertanya, mengapa masih ramai ahli-ahli PAS yang tidak isytihar keluar dari parti setelah menyedari yang PAS kini telah menjadi jamban kencing berak PKR dan DAP.

Jawapannya ialah... PAS diwujudkan hasil daripada perjuangan kaum ulama yang amat ditakuti oleh Jepun, PKM dan Inggeris dari zaman Hizbul Muslimin Gunung Semanggol. Dipersatuankan dan ditubuhkan secara rasmi dari rusuk UMNO apabila beberapa pendekatan UMNO yang berketuakan golongan feudal yang tidak faham erti jerih payah rakyat dan mahu menghalalkan sebuah pengharaman mutlak, bersama-sama sekumpulan ulama Tanah Melayu yang membentuk Persatuan Ulama Se-Tanah Melayu yang prihatin dengan nasib bangsa dan umat sekiranya tiada badan yang menjadi pemecah trend sekular yang bermaharajalela pada masa itu selain menjadi penghalang kepada sebarang bentuk kezaliman serta penindasan.

Prinsip-prinsip inilah yang diperjuangkan oleh PAS dan sepatutnya diteruskan perjuangannya. Malangnya, kealpaan dan membiarkan elemen-elemen mazmumah mengotori PAS, menyebabkan PAS tidak lagi bertindak sebagai pengimbang kepada kerajaan yang memerintah. Sebaliknya PAS kini menjadi tempat menternak kaum munafiq, kaum bughah dan golongan caci maki-carut marut yang tidak bersandarkan kepada ilmu dan pengetahuan.

PAS perlu dikembalikan ke fungsi asal. Ahli-ahli yang komited dan taat kepada perintah agama, perlu terus berada di dalam PAS.

Dari awal lagi PAS ditubuhkan, fungsinya ialah memenuhi keperluan UMARA-ULAMA di mana PAS merupakan bahagian ulama. Cuma apabila kemasukan elemen munafiq di dalam tubuh badan PAS, menjadikan PAS dilihat sebagai sebuah parti munafik yang tidak ada pendirian kerana terlalu takut kepada DAP dan PKR sambil berselindung kononnya, perjuangan PAS adalah untuk menjatuhkan UBN.

Sedangkan bukan itu maksud sebenar penubuhan PAS....

Saturday 16 August 2014

Pertempuran Antara Golongan Munafiq dan Pembela Kebenaran Dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat Bermula Malam Ini

AJK PAS Pusat berjumlah 39 orang akan bermesyuarat malam ini sebagai pre-council meeting sebelum mesyuarat sebenar malam esok untuk ketetapan dan keputusan PAS dalam isu Menteri Besar Selangor. Beberapa nama yang sememangnya cukup kuat menyokong Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, juga berada dalam senarai AJK PAS Pusat.

Ketiadaan Almarhum Tuan Guru Harun Taib dan Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik dalam mesyuarat malam ini dan esok pasti akan amat dirasai khususnya oleh golongan pembela kebenaran. Ini adalah kerana AJK PAS Pusat Sesi 2013-2015 dikuasai oleh golongan Anwarinas atau lebih tepat lagi PARASIT dengan Khalid Samad, Husam Musa, Hanipa Maidin, Dr. Dzul, Syed Azman, Hatta Ramli dan Mahfuz Omar merupakan antara teras utama kumpulan berkenaan.

Kumpulan inilah yang telah mengancam untuk menubuhkan parti baru dan bermufarakah dari PAS sekiranya PAS terus berdegil enggan mengakui ketuanan PKR dan DAP. Bagaimanapun, apabila dicabar untuk mereka keluar dari PAS, tiada seorang pun yang berani, bahkan mereka memberi pelbagai alasan untuk terus mewajarkan mereka berada dalam saf kepimpinan utama PAS.

Dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, para pemimpin PARASIT seperti Hanipa Maidin, Husam Musa dan Dr. Dzul giat mempromosikan keperluan PAS terus berada di bawah jajahan Anwar Ibrahim dan DAP.

TGHH menjadi sasaran golongan ini dan para pecacai mereka untuk ditembak serta diserang dengan pelbagai tohmahan yang langsung tidak masuk akal. Semuanya hanya kerana TGHH tidak bersetuju dengan kehendak Anwar Ibrahim dan lebih mementingkan kemaslahatan ummat.

Walaupun bukan dari mulut TGHH sendiri, tetapi akhirnya terbukti TGHH tidak seperti yang ditohmahkan oleh tentera-tentera munafikun. TGHH mematuhi titah DYMM Sultan Selangor yang enggan menerima Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.

Anehnya, walaupun tiada keputusan PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat, tetapi tentera-tentera munafikun ini telah membuat teori mereka yang tersendiri dan melakukan serangan seolah-olah PAS sudah mahu keluar dari Pakatan Rakyat dan berhasrat menghancurkan Pakatan Rakyat. Mereka terlupa bahawa semua masalah ini berpunca daripada nafsu syahwat dan serakah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang mahu membolot kekayaan Selangor untuk kepentingan peribadinya. Anwar Ibrahim yang memulakan langkah untuk memecat Khalid Ibrahim, dan menggantikan dengan isterinya sendiri. Anwar Ibrahim jugalah yang banyak menentang PAS sebelum dan selepas tetapi yang dipersalahkan adalah TGHH dan PAS.

Apa jenis manusia mereka ini yang langsung tiada perasaan malu dan harga diri? Mereka melakukan penipuan secara terang-terangan sepertimana yang cuba mereka lakukan dalam SKANDAL SPLASH dan Skandal Tanah Tropicana-Eco World. Mereka melakukan kesalahan dan kemudian meletakkan kesalahan kepada orang lain.

Malam ini, mesyuarat akan diadakan. Mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut itu, pasti panas apabila kumpulan PARASIT yang bersifat munafik itu akan teguh mempertahankan kepentingan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam PAS.

Semoga LAKNAT ALLAH TAALA diturunkan kepada golongan munafik yang memilih kebendaan dan kemewahan berbanding kepentingan umat dan agama Islam di negara ini.


Friday 15 August 2014

Naib Presiden PKR Ini Sangat Biadap dan Tak Kenang Dek Untung Bila Anggap PAS Di Bawah Telunjuknya


Tidak hairanlah mengapa sebilangan macai UBN benci sangat dengan hindu sekor ni. Berlagak nak mampus. Udahlah bodoh, sombong pula. Paling tak boleh tahan ialah sikap menyombong tak kena tempat dan lupa yang dia hanyalah peguam yang sangat bergantung kepada lidah putar belitnya untuk hidup. Kalau lidahnya dikerat, dia mungkin terpaksa membalut kepala lutut dan mengemis di tepi jalan kalau tidak pun hidup sepanjang masa dengan botol arak.

Apakah anak hindu ini rasa PAS adalah hamba abdi PKR? Siapa dia di dalam PAS? Taukeh? Yoga? Brahmin?

Tak sedarkah diri yang dia pun jadi Ahli Parlimen Padang Serai sebab undi jemaah PAS. Tanpa undi PAS, dia takkan merasa jadi Ahli Parlimen di kawasan tersebut. Meskipun ramai India di Padang Serai tetapi dia kena ingat, India-India yang asalnya pekerja estet yang sekarang ini ramai daripada anak-anak muda bergiat aktif dalam kumpulan-kumpulan samseng, bukannya reti sangat mengundi. Kalau tak kerana orang-orang Melayu di perkampungan-perkampungan yang berselerak di seluruh Parlimen Padang Serai memilihnya, dia hanyalah peguam pengangkat fail saja.

Sekarang nak main arah-arah pulak supaya PAS ikut telunjuknya?

Siap nak arah-arah TG Presiden untuk akur dengan perintahnya?

PAS Padang Serai, kalau UBN Padang Serai pun hidup segan mati tak mahu, elok jugalah dikuburkan anak hindu tak sedar diri ni. Biar dia rasa, siapa yang jadi tuan, siapa yang jadi pariah jalanan!

Nota: Orang utara tak pernah panggil kaum India sebagai India atau Tamil, sebaliknya semuanya dipanggil Hindu. Anak Hindu dalam artikel ini tidak merujuk kepada agama, tetapi identiti bangsanya. Manakala India yang kurang ajar dan biadap selain samseng dan jahat, dpanggil sebagai PARIA. Harap maklum!

Thursday 14 August 2014

Bila Kena Tang Depa, PAS Kena Akur Pada Permuafakatan Dan Hormatkan PKR-DAP...

Ini bukan cerita baru, bahkan sudah lama diperkatakan di kalangan akar umbi. Bahkan kalau dikatakan ianya adalah rungutan terbuka, memang tepat betul.

Kontroversi perebutan jawatan Menteri Besar Selangor nampaknya turut mengheret PAS secara langsung menerusi pembabitan orang-orang yang telah dihantar oleh Anwar Ibrahim untuk menyamar sebagai ahli PAS dan apabila tiba masanya, menjadi tukang buka pintu kota PAS kepada Anwar dan konco-konconya.

Lebih menjijikkan ialah apabila mereka menjadi talibarut kepada Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, dua orang musibat yang sangat disanjung tinggi oleh beberapa orang PARASIT PAS sehinggakan persepsi umum ialah, PAS menyanjung tinggi kedua-dua beranak tersebut, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.

Dalam hal jawatan Menteri Besar Selangor, meskipun PAS merupakan pemegang konsensi terbesar menerusi peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, tetapi demi konsensus, demi kesepakatan, demi semangat TAHALUF SIYASI, PAS tidak pernah merungut apabila kuota Menteri Besar Selangor diperuntukkan kepada PKR.

Malah, PAS, demi semangat tersebut - atau barangkali kerana sudah keliru dan dangkal ilmu - telah mempertahankan mana-mana pemimpin PKR dan DAP dalam banyak isu termasuklah pembunuhan yang dilakukan oleh Ng Swee Lim, ADUN Sekinchan yang telah melanggar mati seorang pelajar lelaki Melayu dalam keadaan mabuk tidak lama dahulu. Itu belum lagi mempertahankan maruah dan aib Elizabeth Wong, meskipun pada masa yang sama, PAS tidak seharusnya merendahkan martabat sebegitu rupa hanya kerana khilaf fatwa.

DAP dan PKR sebelum ini sentiasa memuji PAS apabila PAS ikut cakap mereka, tetapi apabila PAS mengusulkan cadangan sendiri, tekanan, ugutan, bahkan PAS pula dibahasa-bahasakan oleh PKR dan DAP, terutama sekali dari Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Tony Pua dan Anwar Ibrahim sendiri.

Anehnya, dalam permuafakatan tersebut, hanya PAS yang perlu merendah diri dan mengikut kehendak PKR dan DAP. Tetapi PAS tidak boleh membuka mulut, tidak boleh mempunyai pendirian sendiri, tidak boleh mempunyai maruah sendiri, dan tidak memiliki harga diri.

Tidakkah itu sangat janggal?

Pernahkah PKR dan DAP menghormati kehendak PAS yang mahu memperjuangkan hudud dan Kerajaan Negara Islam? Sehinggakan PAS terpaksa mengatakan hudud hanyalah sebahagian kecil daripada ajaran Islam dan Negara Islam bertukar menjadi Negara Kebajikan?

Mengapa pada waktu itu, PKR dan DAP tidak mempertahankan PAS apabila diserang oleh UBN sepertimana PAS lakukan apabila mereka diserang UBN?

Masa sudah sampai untuk PAS bergerak sendirian. PAS perlu lebih bijak bertindak dan berfikir. PAS tidak boleh terlalu bergantung kepada pihak lain. Kita sudah biasa kalah dan kalah bukanlah sesuatu yang kita cuba elakkan. Takkan kerana hanya menang beberapa kerusi DUN dan Parlimen, kita telah mengorbankan segala-galanya termasuklah maruah dan harga diri Islam kita kepada puak yang sememangnya semulajadi membenci Islam?

Sudah dua orang munafiq yang memunculkan diri apabila mereka berasakan kumpulan mereka akan menang. Dan kalaulah ditakdirkan Allah Taala, mereka benar-benar akan menang, yang menjadi belasahan dan tempat mereka berkahak, dikencing, diberak adalah PAS!

Asalnya IRC Menjadi JIM, Selepas Itu IKRAM dan Sekarang Mereka Adalah PARASIT

Apabila Almarhum Tuan Guru Harun Taib menyuarakan isi hatinya tentang Abu Urwah a.k.a Saari Sungib yang dikatakannya tidak ikhlas bersama-sama PAS, ramai yang mengecilkan mata dan menyangkakan Almarhum berdengki hati dengan Abu Urwah.

Namun hakikat kelebihan yang Allah Taala karniakan kepada ulama seperti Almarhum, tidak dapat dibandingkan dengan logik pemikiran manusia.

Ramai yang dahulunya bersangka baik bahawa golongan berkenaan ikhlas menyertai PAS, kini menggeleng-geleng melihat tingkahlaku dan gelagat kedua-dua orang ADUN PAS yang melebihkan kepimpinan parti lain berbanding parti sendiri.

Menyingkap sejarah silam, kalangan jemaah PAS sangat berwaspada dengan golongan dari IRC yang kemudian ditukar nama menjadi JIM dan kemudian bertukar lagi menjadi IKRAM. Kelompok ini saling tidak ubah mengambil pendekatan ILLUMINATI dengan mencaturkan orang-orang mereka untuk masuk ke dalam semua parti politik di negara ini terutama sekali parti yang bermajoritikan umat Islam, bertujuan untuk menguasai parti tersebut pada kemudian mereka. Mereka mempunyai pelan sokongan jikalau hasrat utama mereka digagalkan iaitu menubuhkan parti baru.

Mungkin ramai yang tidak sedar, Gerakan HIS atau Harakah Islamiyyah Syamilah telah dapat dikesan semenjak tahun 1980-an lagi.

Beberapa hari lepas, kita mula mendengar saranan agar golongan profesional PAS mufaraqah dari PAS dan menubuhkan parti baru. Hari ini, Abu Urwah dan Hasnol Baharuddin terang-terang mencabar Presiden, Mursyidul Am dan PAS secara keseluruhannya. Dan seperti yang dikatakan oleh Ustam Idham Lim, kedua-duanya wajar keluar secara sukarela dari PAS dan mengisytiharkan diri sebagai ahli PKR atau DAP apabila kedua-duanya menzahirkan sokongan mereka kepada Wan Azizah, isteri kepada Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Perlu diingat, antara jasa terbesar Anwar Ibrahim kepada kelompok ini ialah Anwar telah menggunakan kuasanya sebagai anggota Kabinet Kerajaan Pesekutuan untuk meluluskan pendaftaran JIM suatu ketika dahulu sebagai NGO berdaftar di Malaysia untuk bekerjasama dengan IKD yang sememangnya merupakan pusat pengkaderan bala tentera dan tukang propaganda buat Anwar. 

Sekarang kedua-duanya telah membuktikan bahawa JIM adalah kumpulan parasit terbesar dalam PAS. Kewaspadaan yang diberitakan oleh Almarhum Tuan Guru Harun Taib dahulu, kini telah terbukti apabila kedua-duanya mendahului parti dan pucuk pimpinan sehinggakan mereka tidak sabar-sabar lagi untuk menyuarakan sokongan kepada Anwar Ibrahim tanpa perlu menunggu sehingga selesai 17 Ogos.

DUA ADUN PAS Ikrar Akan Keluar PAS Kalau PAS Sokong Khalid Ibrahim

Wabak PARASIT telah lama diperkatakan. Bahaya dan kesan mudarat daripada kehadiran dan pembiakan kaum PARASIT tersebut juga telah lama diingatkan. Namun disebabkan terlalu mementingkan TAHALUF SIYASI dan mahu menjaga hati Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng, akhirnya kaum PARASIT berkenaan telah menjadikan PAS tidak ubah seperti sebuah kapal yang mempunyai terlalu ramai nakhoda.

Kini kesan buruk dan akibat daripada penularan wabak PARASIT semakin ketara apabila dua ADUN PAS Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Kamaruddin mengisytiharkan mereka akan keluar dari PAS jikalau PAS kekal dengan pendirian menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Saari Sungib dan Anwar Ibrahim bukanlah perkara baru. Kaitan kedua-duanya amat jelas terutama ketika Saari Sungib berada di dalam JIM atau Jemaah Islamiyah Malaysia yang kuat menyokong Anwar Ibrahim selepas ABIM pada waktu itu cenderung kepada kerajaan Mahathir.

Anehnya, walaupun JIM merupakan barah yang boleh menyebabkan PAS menjadi cacat atau mati, ramai orang JIM yang diserap masuk ke dalam PAS dan kebanyakan daripada mereka inilah yang menjadi mata dan telinga Anwar Ibrahim.

Hasnul Kamaruddin merupakan orang PKR yang kemudian bertanding atas jenama PAS pada PRU-13 lalu walaupun dia cuba menafikannya. Justeru sokongannya kepada Anwar Ibrahim memang tidak boleh dipertikaikan kerana ketaatannya sampai bila-bila pun adalah kepada Anwar Ibrahim.

Jiwa dan semangat mereka bukanlah jiwa dan semangat perjuangan Islam. Kedua-duanya lebih mengutamakan kepentingan diri berbanding perjuangan Islam. Keluhan dan rungutan dari jemaah di Hulu Kelang dan Morib sepatutnya sudah cukup untuk menjadi bukti betapa tidak ikhlasnya mereka.

Justeru, apabila mereka mengisytiharkan akan keluar dari PAS walaupun diselindungkan dengan ungkapan, 'rela dipecat dari PAS' sebenarnya membawa makna golongan PARASIT tidak akan berpuas hati selagi PAS tidak dihapuskan sepenuhnya dan penguasaan Anwar Ibrahim ke atas PAS menyeluruh sepertimana cubaan Anwar Ibrahim sewaktu dia masih berada di dalam UBN dahulu.

Kenyataan TGNA yang sudah terlalu bosan dengan permainan PARASIT sehinggakan beliau hanya berada dalam mesyuarat Majlis Syura untuk tempoh setengah jam, sudah cukup menggambarkan kesan yang amat parah diakibatkan oleh PARASIT.

Ayat terakhir yang diucapkan oleh TGNA ialah, 'ambo kata sekali jah. Khalid didzholimi.'

Itu sepatutnya sudah menjadi petunjuk dan panduan kepada semua pemimpin PAS yang sebelum ini melafazkan ikrar takliq untuk mengingati semula sumpah setia mereka.

Malangnya, buat PARASIT, mereka tidak terikat dengan apa-apa perjanjian selain perjanjian dengan dajjal bernama Anwar Ibrahim. Mereka tidak akan menyuarakan keinginan untuk keluar dari PAS sehinggalah mereka melihat keuntungan besar buat diri dan pemimpin pujaan mereka, Anwar Ibrahim.

Wednesday 13 August 2014

Allah Taala Akhirnya Menganugerahkan Selangor Kepada Jemaah Islam PAS

Mungkin ramai yang tidak sedar realiti perkara ini sedang berlaku di Selangor.

Tiada lagi kerajaan campuran PKR-DAP-PAS di Selangor, sebaliknya yang ada hanyalah Kerajaan PAS Selangor. PAS berjaya memperolehi peluang untuk mentadbir Selangor sepertimana yang diinginkan selepas kita menang buat kali pertama kerusi Kerian pada tahun 1955 menerusi Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein.

Dari roh dan semangat perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh Inggeris pada 1948, PAS yang ditubuhkan pada tahun 24 November 1951 dan didaftarkan secara rasmi pada 31 Mei 1955 terus bergerak seiring dengan perubahan masa. PAS kini bukan lagi parti serban sebakul, kain pelikat atau purdah ala Pashtun. Dan perjuangan PAS juga sudah berubah daripada konvensional kepada gabungan tradisional dan digital.

Segala pancaroba telah PAS lalui. PAS juga telah melakukan pelbagai eksperimen termasuklah menjadi penyelamat UMNO pada tahun 1969 sebelum ditendang dengan penuh tragis pada tahun 1978 apabila UMNO semakin kuat. PAS telah bekerjasama dengan serpihan UMNO iaitu Semangat 46 pada tahun 1990, berada dalam gabungan APU, kemudian secara tidak langsung dalam Gagasan Rakyat, bekerjasama dan merupakan pemain aktif dalam Barisan Alternatif yang menjadikan PAS sangat dominan di kalangan DAP dan PKR pada tahun 1999 dan kemudian dikecilkan dan dihina menerusi Pakatan Rakyat melalui PRU 2008 dan 2013.

Apa lagi yang PAS tidak lakukan demi menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa jemaah Islam PAS adalah sebuah organisasi perjuangan yang kalah bukanlah ditakuti, kemenangan disyukuri dan kegemilangan ditunggu dengan penuh tawadduk?

Perancangan Allah Taala itu adalah sebaik-baik perancangan. Maka benarlah seperti yang difirmankan bahawa tiada bergerak barang sezarah pun melainkan atas Kehendak-Nya.

Siapa boleh menjangkakan, PAS akhirnya menjadi sebuah Kerajaan Negeri di Selangor. Percubaan demi percubaan menerusi Pilihanraya telah kita lalui di Selangor, tetapi tidak pernah menjadikan PAS sebagai penguasa unggul jumlah majoriti kerusi-kerusi DUN Selangor.

Namun atas Kehendak dan Perancangan-Nya, Khalid Ibrahim dipecat dari PKR, menjadi ADUN Bebas tetapi masih menguasai jawatan Menteri Besar Selangor dan sekarang ini mempunyai empat orang Exco, jumlah minimum yang diperlukan untuk meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar.

Tanpa perlu memasukkan ADUN-ADUN UBN ke dalam barisan Exco, kalau Khalid Ibrahim mengotakan janjinya untuk masuk PAS, maka baki enam lagi Exco, boleh dilantik terus daripada 11 orang ADUN PAS yang lain, yang tidak kurang kalibernya melainkan beberapa orang PARASIT yang telah dikenalpasti seperti Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang.

Jangan tolak UBN begitu sahaja. Kalau pada tahun 1969, UBN menggunakan kita untuk menegakkan haknya memerintah negara menerusi kewujudan Barisan Nasional di mana PAS adalah perintisnya, maka pada tahun 2014 di Selangor, kita boleh menggunakan UBN hanya untuk menyatakan sokongan kepada Kerajaan PAS Selangor.

Yang perlu sekarang ialah, bertindak bijak dan tidak terpedaya dengan mainan serta hasutan daripada DAP serta PKR selain berwaspada dengan tindak tanduk kaum munafik yang berpakaian PAS tetapi berbadan dan berhati Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng.

Namun yang paling penting ialah, jangan kita leka dan lalai, bahkan sering-seringlah mengingati pesanan Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud:

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al-Baqarah Ayat 195)


Tuesday 12 August 2014

Ibarat Yang Diberikan Ketua Pemuda PAS Bahawa Anwar Ibrahim Adalah Anjing SEMEMANGNYA TEPAT!

Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu menyatakan perkara yang haq, perkara yang benar dan perkara yang nyata jelas pada penglihatan mahupun pendengaran.

Anwar Ibrahim bolehlah diibaratkan sebagai ANJING.

“Apabila melihat kepada senario yang berlaku antara Anwar Ibrahim dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, rasanya sesuai jika peribahasa ‘Bagai melepaskan anjing tersepit“, demikian luahan kemarahan Ketua Pemuda Pas Kuala Terengganu, Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas di dalam satu kenyataan di media sosial mengulas tentang tindakan Anwar yang dilihat membelakangkan ulamak-ulamak PAS.

Faizul melahirkan rasa kesalnya kerana beliau berpendapat PAS amat konsisten memperjuangkan keadilan, serta mempertahankan semangat setiakawan di antara kedua-dua parti tersebut.

Beliau mendakwa, sebaliknya yang berlaku adalah PAS sering menjadi mangsa di kalangan rakan pakatan rakyat yang menyerang dan menyalahkan PAS apabila timbulnya sesuatu isu.

Di dalam salah satu komentarnya, beliau juga menyifatkan Anwar sebagai manusia yang tidak mengenang budi.

“Di saat dia ditelanjangkan pemerintah ketika itu, pimpinan PAS lah yang balutkan dia pakaian. Ustaz-ustaz, Tok-tok Guru berhujjah dengan al Quran dan hadis. Tuan Guru Haji Hadi karang buku Qazaf…tup-tup dia suruh budak-budaknya ‘telanjangkan’ Tok Guru kita… memang ANJING!” TTIMES memetik komen tersebut.

Kini Giliran PARASIT PAS Pula Yang Bekerja Bagi Pihak Anwar Memusnahkan PAS Selangor

Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Sepang yang diberikan kepercayaan mengetuai Lujnah Undang-Undang dalam PAS, kini menggunakan perangai Syiahnya untuk mula memecah belahkan persatuan dalam jemaah Islam PAS dengan menyatakan bahawa ADUN-ADUN PR tidak perlu memberikan undi tidak percaya kepad Khalid, sebaliknya boleh menyeret Khalid ke mahkamah sepertimana yang dilakukan oleh UBN pada tahun 2009 dahulu di Perak. Lidah Syiah dicampur lidah peguam, membuatkan Hanipa Maidin seorang pembohong yang tidak dapat membezakan realiti dan fantasi. Kemelut di Perak dimulakan oleh DAP dan PAS serta Nizar Jamaluddin hanyalah boneka kepada Ngah dan Ngeh bersepupu.

Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam menerusi Twitternya pada lewat tengah malam tadi, memberikan pujian yang amat melambung kepada Wan Azizah Wan Ismail sehinggakan dia terlupa bahawa kepimpinan dan kewalian itu tidak sekadar dari segi simpati, sebaliknya menerusi ciri-ciri yang telah disebut-sebut oleh ulama-ulama muktabar dalam susunan serta disiplin Siyasah Syariiyah

Dr. Dzulkefly Ahmad, masih lagi gila bayang kerana kekalahan di kerusi Parlimen Kuala Selangor di tangan pendatang baru dari UBN, tetap dengan pendiriannya bahawa PAS tidak boleh melawan PKR dan DAP, malahan PAS perlu sentiasa patuh kepada DAP dan PKR memandangkan kedua-dua parti tersebut lebih berpengalaman daripada PAS - sejarah yang sama sekali dipesongkan olehnya.

Nun sayup di pantai timur, Husam Musa yang sudah kehilangan kuasa, mengungkit-ungkit tentang keahliannya dalam PAS dan sepanjang pengalamannya mengecapi kemenangan dalam PAS bersama-sama Pakatan Rakyat. Husam Musa yang gagal dalam cubaan menjadi Ahli Parlimen Putrajaya, pun tidak mahu ketinggalan untuk bercakap bagi pihak PARASIT kerana di Kelantan, dialah kepala PARASIT yang merosakkan dan memburukkan nama TGNA di mata masyarakat hanya kerana kegilaannya untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.

Kesemua mereka adalah PARASIT. Kesemua mereka telah dikenalpasti sebagai penyembah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Kesemua mereka bekerja keras untuk menghancurkan PAS dan menukarkan jemaah Islam PAS menjadi jemaah liberal yang menyokong apa-apa sahaja daripada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng walaupun LGBT.

Dari Selangor, mereka-mereka ini sedang dikesan cuba mempengaruhi ADUN-ADUN PAS yang masih bersetia serta bertaat kepada Presiden dan Mursyidul Am. Mereka inilah yang paling banyak bercakap kononnya, PAS menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor sekaligus menyanggah keputusan yang telah dibuat oleh TGHH.

Dan semalam, apabila mendapat tahu, Anwar gagal memujuk dan mengugut TGHH, mereka telah memperhebatkan fitnah ke atas TGHH dan sudah mula mengatur langkah untuk bertemu serta mempengaruhi TGNA yang sedang menjalani rawatan.

Hanya kerana Ustaz Nik Abduh menjadi penghalang, membuatkan niat dan perancangan mereka gagal. Dan sudah tentulah Ustaz Nik Abduh digerakkan oleh Allah Taala untuk menghalang kejahatan dan pendurhakaan itu.

Monday 11 August 2014

Akhirnya Anwar Ibrahim Terpaksa Merayu Kepada TGHH... Mana Pergi Kesemua PARASIT?

Tiga hari lepas, Anwar Ibrahim dengan megah dan bongkak menyerang TGHH dan TGNA apabila kedua-dua tok guru itu menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Para penjilatnya termasuklah dari dalam PAS, mengecam TGHH dan TGNA sehinggakan Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR dengan sombong berkata, PAS (baca: TGHH dan TGNA serta TGHD) akan diberi surat tunjuk sebab mengapa melawan Anwar Ibrahim.

Hari ini Sultan Selangor memperkenankan Khalid Ibrahim meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor dengan dokongan empat orang Exco PAS berdasarkan peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

Tiga hari lepas, Anwar Ibrahim selepas mengumumkan pemecatan Khalid Ibrahim, menyambut harijadinya dengan penuh gembira bersama-sama para pemimpin DAP yang cuba menyelamatkan keuntungan ratusan juta ringgit menerusi transaksi tanah melibatkan dua buah syarikat yang merupakan antara penyumbang dana utama kepada parti tersebut.

Pemecatan Khalid Ibrahim dijangka akan lebih memudahkan Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar atas kepercayaan bahawa Menteri Besar Selangor perlu dari kalangan wakil rakyat dari parti yang mempunyai majoriti di Selangor.

Malangnya, kedudukan dan jawatan Menteri Besar bukannya ditentukan oleh parti politik, sebaliknya ditentukan oleh Sultan.

Sebaik-baik sahaja mendapat tahu perkenan sultan kepada Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim tidak tunggu lama untuk terbang ke Kuala Terengganu.

Dia tiba di LTSM Kuala Terengganu jam 4:40 petang tadi dan ketibaannya ditunggu oleh YB Azan Ismail, ADUN Bandar bersama-sama ahli dan kepipinan PKR Negeri Terengganu berjumlah lebih kurang 15 orang.

Pukul 4:45 petang Anwar Ibrahim dengan menaiki Proton Preve berwarna putih metalik dengan nombor pendaftaran WYK 319 telah meninggalkan LTSM menuju ke rumah TGHH di Rusila, Marang.

Setelah puas mencerca dan memaki hamun TGHH, Anwar menebalkan muka dan berlagak selamba untuk bertemu dengan TGHH di rumah tok guru sendiri. Demi mencapai matlamat dan kehendaknya, Anwar Ibrahim merendahkan diri dan maruah dirinya menuju ke Rusila, sedangkan baru beberapa hari lepas dia menyatakan bahawa TGHH tidak akan memberikan sebarang nilai tambah kepadanya. Bahkan kalau keseluruhan PAS sekalipun tidak menyokongnya, cukup dengan PKR dan DAP, Wan Azizah sudah boleh naik jadi Menteri Besar Selangor.

Sampai ke Rusila pun, Anwar sanggup pergi. Dan kalaulah TGHH berada di laut melayan batang pancing kegemarannya, tidak mustahil sekiranya Anwar Ibrahim akan berenang ke tengah laut semata-mata untuk memujuk TGHH untuk bersama-samanya, sekaligus menafikan segala kata-kata cercaannya terhadap TGHH sebelum ini.

PAS Hanya Ada Maruah Kalau Patuh Kepada Titah Perintah Anwar Ibrahim dan Guan Eng!

Lim Kit Siang mula bersuara. Mula meroyan dan mula bimbang sekiranya PAS benar-benar mengambil tindakan drastik, meninggalkan kebebalan bekerjasama dengan DAP dan menonjolkan diri sebagai pemimpin sebenar dalam Pakatan Rakyat.

Masa zaman Allahyarham Datuk Asri jadi Yang Dipertua PAS dahulu, kita pernah mengadakan kerjasama sulit dengan DAP sekitar pertengahan 1960-an tetapi menyedari bahawa Lim Kit Siang, Chen Man Hin dan beberapa orang pemimpin DAP yang lain mempunyai matlamat mengkuda-kudakan PAS, kerjasama tersebut hanyalah cubaan Lim Kit Siang dan konco-konconya untuk memperemehkan Islam dan Melayu, akhirnya keputusan dibuat, tiada lagi kerjasama dengan DAP.

Terbukti benar, pada tahun 1969, Lim Kit Siang menjadi antara dalang utama mencetuskan Tragedi 13 Mei 1969 menerusi kerjasama dengan PKM dan Parti Buruh yang berkiblatkan sosialis walaupun sehingga kini dia puas bertaichi mengatakan dia tidak terlibat dalam tragedi tersebut.

Sudah berkali-kali kita 'bekerjasama' dengan DAP sama ada secara langsung atau tidak. Hanya pada 2008, selepas Anwar Ibrahim memberikan pelbagai janji yang manis-manis dan muluk termasuklah ikrarnya untuk mempertahankan Islam dan umat Melayu, akhirnya PAS bersetuju untuk bertahaluf siyasi dengan DAP.

Apabila beberapa perkara berbangkit melibatkan dominasi DAP dan gelagat para pemimpin DAP seolah-olah mereka adalah tuan besar, sekali lagi Anwar Ibrahim menjanjikan bahawa perubahan akan berlaku dan selepas Pakatan berjaya mengambilalih Putrajaya, dia sendiri akan mengajar DAP agar lebih beradab dan tahu menghormati kedudukan PAS dalam Pakatan.

 Walaupun ada di kalangan pemimpin kita yang terpengaruh sepenuhnya dengan janji Anwar Ibrahim dan DAP sehingga menjadikan Pakatan Rakyat sebagai satu akidah yang tidak boleh dibuang-buang sepertimana yang diucapkan oleh Husam Musa, namun majoriti akar umbi PAS masih menaruh keyakinan kepada kebijaksanaan berpolitik para pemimpin sendiri.

Perkembangan terbaru menyaksikan Lim Kit Siang menyertai anaknya, Lim Guan Eng untuk menyerang PAS. PAS dikatakan tidak bermaruah kerana menawarkan tempat kepada Khalid Ibrahim. Kenyataan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob bahawa PAS sedia membuka pintu kepada Khalid Ibrahim yang kini merupakan ADUN Bebas di Selangor, ditanggapi oleh Lim anak beranak itu sebagai tawaran keahlian.

Sama ada mereka memang buta Bahasa Kebangsaan atau hati mereka sememangnya busuk, kenyataan Ahmad Yaakob itu telah diputarbelitkan mengikut lidah pelat mereka. Ketidakfahaman dan ketidakfasihan Bahasa Kebangsaan menyebabkan Lim Kit Siang tidak dapat membezakan antara 'MENAWARKAN' dan 'SEDIA MEMBUKA PINTU'.

PAS tidak bermaruah kata Lim Kit Siang apabila membuat tawaran menganggotai parti kepada Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim sebelum dipecat adalah ahli PKR. Proses masuk parti sama sahaja apabila Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sedang giat menawarkan tempat kepada anak-anak muda dari kalangan UBN untuk menganggotai parti sosialis itu dan kemudian menganggapnya sebagai satu kejayaan.

Butakah Lim Kit Siang apabila tidak melihat bagaimana PKR sibuk menarik ahli-ahli PAS menyertai parti mereka? Mengapa tiada ulasan 'TIADA MARUAH' daripada orang yang pernah mencetuskan tragedi berdarah di negara ini, sebaliknya 'TIADA MARUAH' hanya dilabelkan kepada PAS kerana bersedia membuka pintu kepada Khalid Ibrahim yang telah dipecat dari parti yang dianggotainya?

Jadi, betullah selama ini DAP memang bermaksud hendak memusnahkan PAS dan menjadikan PAS hanyalah sebagai biro dalam DAP bertujuan untuk mendapatkan sokongan Melayu-Islam kepada parti yang dipimpin oleh Lim Kit Siang semenjak berdekad-dekad lalu walaupun ahli-ahli politik sezamannya semuanya sudah bersara?