Saturday 10 May 2014

MEMALUKAN!!! PAS Selangor Bersetuju Untuk Menentang Perlaksanaan Hudud!

Jikalau sebelum ini, PAS sentiasa menjadikan UBN sebagai bahan sesahan kononnya hudud tidak dapat dilaksanakan, malah tidak boleh diperkatakan langsung atas sifat taboo, kini segala-galanya telah berubah. Kalau sebelum ini, kita dengan bangganya menyatakan kononnya DAP akan menyokong kita dalam soal hudud, ternyata selama ini jugalah KITA TERSANGAT PERASAN dan SYOK SENDIRI.


Memang benar sepertimana yang diungkapkan, KEBENARAN MENGATASI KEBATILAN.

Selepas UBN secara terbuka menyatakan sokongan kepada pembentangan usul hudud di Parlimen, tentangan tidak sahaja dibuat oleh DAP, bahkan menular kepada MCA yang selama ini dikatakan oleh para pemimpin DAP, khususnya Lim Guan Eng kononnya berada di bawah telunjuk UBN.


Pada ketika PAS dan UBN dilihat semakin 'serasi' dan mula bersefahaman dalam hal hudud, kita melihat tentangan yang paling keras dibuat oleh penyatuan DAP-MCA-GERAKAN terhadap hal ini. DAP di sana sini bercakap tentang perlunya hudud dibantah kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan walaupun sebenarnya mereka cuba melindungi kaum mereka sendiri yang banyak terlibat dalam kegiatan tidak bermoral seperti pelacuran, pengedaran dadah, kumpulan jenayah, kongsi gelap dan sebagainya.

Kuat atau tidaknya tentangan terhadap hudud, boleh kita saksikan menerusi kejayaan MCA mengumpulkan sebilangan orang untuk berdemonstrasi di Sungai Petani pada 8 Mei lalu di pekarangan tempat letak kereta ECONSAVE Taman Petani Jaya, Sungai Petani. Program tersebut dianjurkan oleh MCA Kedah dengan kerjasama MCA Bahagian Sungai Petani.


Yang hadir adalah seramai lebih kurang 400 orang  terdiri daripada ahli-ahli MCA Kedah serta kalangan masyarakat Cina setempat dan luar Daerah Kuala Muda. Antara yang hadir adalah:


a) Dato BOEY Chun Gan- AJK MCA Pusat
b) CHOO Wei Seng - peguam PPMCA Pusat
c) TENG Chang Yaw - Pengerusi PGRM PULAU PINANG
d) Senator CHONG Sin Woon - Ketua Pemuda MCA Pusat
e) TAN Chee Seong - Ketua PPMCA KEDAH


Para pemimpin Cina pro-BN ini menyatakan hudud akan mengancam masa hadapan anak cucu orang Cina di Malaysia. Mereka kononnya tidak membantah agama Islam atau menghina agama Islam, sebaliknya hanya membantah hukum hudud. Manakala hudud yang ditolak pula adalah 'HUDUD PAS' yang akan dibentangkan di Parlimen.


Menurut mereka lagi, orang Cina di Malaysia perlu bersatu padu untuk menyambung perjuangan nenek moyang mereka bagi membela kebudayaan dan agama pelbagai kaum di negara ini. Mereka turut menyentuh tentang Rukun Negara para 3 yang menyatakan, pemeliharaan undang-undang sedia ada bagi memastikan Perlembagaan Malaysia tidak diubah.


Hudud bagi mereka ini adalah di bawah penguasaan ulama dan bukan di bawah kuasa undang-undang. Hudud juga menurut mereka memerlukan empat saksi dan ini akan menyulitkan siasatan.

Mungkin bagi sesetengah daripada kita, akan segera menuding jari ke arah UBN kerana gagal mentarbiyah MCA dan GERAKAN untuk memahami HUDUD. Namun tahukah anda, bahawa ini semua hanyalah permainan puak-puak penentang Islam ini sahaja? MCA dan GERAKAN sebenarnya hanya menjadi budak suruhan DAP yang awal-awal lagi telah menyatakan tentangan serta ketidaksetujuan mereka terhadap hudud. MCA dan GERAKAN digunakan untuk mengelirukan umat Islam, khususnya orang-orang Melayu dalam UBN sekaligus menyebabkan orang Melayu bercakaran sesama sendiri dan memudahkan mereka untuk meneruskan agenda mencinakan Malaysia.

Gandingan DAP-MCA-GERAKAN sepatutnya menjadi indikasi kepada umat Islam untuk mula mengambil tindakan yang lebih bersepadu dan wajar demi meneruskan kelangsungan umat Islam di negara ini. Malangnya apa yang berlaku adalah di sebaliknya. Para pemimpin dan umat Islam masih juga leka dengan ayunan kuasa sepertimana yang kita dapat saksikan menerusi pengkhianatan yang dilakukan oleh beberapa kerat orang yang mengaku sebagai ahli PAS sendiri.


Semalam, lebih kurang jam 10:30 pagi sehingga 11:25 pagi, bertempat di Worldwide Business Centre, No.6C, Tingkat 3, Blok 1, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, telah diadakan penyerahan memorandum dan kempen tandatangan bantahan perlaksanaan hukum hudud kepada Khalid Abdul Samad, Ahli Parlimen Shah Alam mengenai PAS Negeri Kelantan yang ingin membentangkan rang undang-undang hukum hudud di negeri itu.  

Penyerahan memorandum dan kempen tandatangan ini dianjurkan oleh Pemuda MCA Bahagian Shah Alam yang diketuai oleh Ch'ng Khai Krun yang merupakan Setiausaha Pemuda MCA Bahagian Shah Alam merangkap AJK Pemuda MCA Negeri Selangor.

Seramai 10 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Pemuda MCA Bahagian Shah Alam dan wartawan tempatan telah hadir dalam majlis tersebut. Antara yang hadir termasuklah:

- Ustaz Husni bin Zaim, Ketua Pemuda PAS Bahagian Shah Alam
- Mohd Jamil bin Abdul Rahim, Naib Yang Dipertua PAS Shah Alam yang juga merupakan Pembantu Khas (I) Ahli Parlimen Shah Alam.
- Shamsuddin bin Derami, Pembantu Khas (2) Ahli Parlimen Shah Alam.

Selepas mengadakan sesi dialog, kedua-dua pihak telah bergambar beramai-ramai di hadapan satu kain rentang berukuran 4 x 6 kaki yang tertera tulisan, 'UPHOLD CONSTITUTION NO HUDUD' dipamerkan dan wakil-wakil PAS juga turut menerima sekeping memo daripada wakil MCA sebagai tanda penyerahan dan penerimaan.

Penyerahan memorandum dan kempen tandatangan telah diserahkan kepada Mohd Jamil bin Abdul Rahim, wakil kepada Khalid Abdul Samad yang kini sedang menunaikan ibadah umrah sehingga 18 Mei 2014. Difahamkan sebanyak 260 tandatangan telah berjaya diambil sebagai bantahan terhadap perlaksanaan hukum hudud.



7 program juga telah dianjurkan oleh Pemuda MCA Bahagian Shah Alam sebagai satu tindakan menghalang dan menolak Kerajaan PAS Kelantan yang hendak membentangkan rang undang-undang hukum hudud di Parlimen pada bulan Jun ini untuk dibahaskan di Dewan Rakyat. Selain daripada itu, tindakan sedemikian adalah sebagai penyahut pendirian tegas barisan kepimpinan MCA Pusat yang turut menarik diri daripada bertanding di PRK Bukit Gelugor dalam usaha mereka memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tentangan terhadap hudud.

Jangan gembira dan jangan menuding jari kepada UBN dahulu kerana MCA dan GERAKAN hanyalah askar-askar kecil yang digunakan untuk menentang hudud dan PAS. Dalam taktik perang, serangan tidak dilakukan secara serentak membabitkan batalion-batalion besar, sebaliknya serangan dilakukan terlebih dahulu oleh militia-militia yang diwakili oleh MCA dan GERAKAN. Selepas ini pula, kita akan menyaksikan bagaimana DAP memobilasasikan seluruh kekuatan mereka pula untuk menentang hudud dan PAS bersama-sama MCA dan GERAKAN.

Pada ketika itu, kita dan UBN akan terkapar-kapar bagaikan ikan yang dibaling ke darat!

1 comment:

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
Artikel yang bernas dengan hujah dan fakta. Cuma saya tidak tahu macam mana penerimaan pengikut kita, terutama yang taksub dengan peliwat dan kafir harbi tue.
saya berikan link untuk renungan kita bersama:

http://www.malaysianews-online.com/2014/05/weak-pas-umno-for-non-malay-demands.html

saya berharap tuan sama2 dapat menyedarkan jemaah kita tentang perancangan halus dan sulit puak kafir untuk melemahkan bangsa Melayu dan agama Islam.

Dan saya sangat berharap peranan Ulama sama2 dalam mempertahankan benteng kita dari puak kafir nie
Terima kasih.