Apabila TS Khalid memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Projek Loji Air Langat 2, beliau sudah pun mengisytiharkan perang terhadap bakal calon PRK Kajang dari partinya sendiri iaitu DS Anwar Ibrahim, yang dipercayai mahu merebut kerusi Menteri Besar Selangor darinya.
Bukanlah suatu yang keterlaluan sekiranya beliau ada mengatakan;-
"Secara peribadi, saya menyeru kpd seluruh pengundi Kajang agar memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang pada 23hb Mac nanti demi perpaduan dan keharmonian rakyat Selangor khasnya."
Sebelum menandatangani MoU tersebut, secara tegas beliau sudah pun mendedahkan bahawa Anwar yang mengeluarkan arahan padanya supaya tidak menandatangani MoU Projek Langat 2.
Tekanan terhadap Anwar jua datang dari Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di mana beliau mampu menarik sekurang-kurangnya 14 Adun Pakatan Rakyat untuk memihak kepadanya mengemukakan usul undi tidak percaya di Dewan Undangan (DUN) Selangor jika Anwar tidak mampu menyelesaian krisis antara beliau (Azmin) dan Khalid.
Bagi meredakan iklim politik Selangor yang semakin panas, amat wajar sekiranya Pemuda PAS kekal dengan pendirian tidak mengerahkan jentera mereka membantu Anwar di Kajang sementelahan pula mantan Ketua Pemudanya Nasaruddin Hassan Tantawi pernah menempelak Anwar dan PKR yang menganggap seolah-olah PAS adalah parti tupperware.
PAS juga wajar bukan sekadar merasa kecil hati di atas kenyataan beberapa pimpinan tertinggi PKR yang mengeluarkan kenyataan menyokong bekas calon mereka berhubung isu saman RM2 juta terhadap Presiden mereka, bahkan lebih dari itu perlu menilai kenyataan Anwar;
"Sokongan terhadap saya SANGAT KUAT sekiranya mereka (PAS) mahu boikot (PRK Kajang). "
Keangkuhan Anwar hanya dapat dilenyapkan sekiranya PAS benar-benar kembali kepada perjuangan asalnya menegakkan Islam berlandaskan Al-Quran dan Hadis selain dari kesedaran para pengundi Kajang terhadap kemelut yang melanda Negeri Selangor khasnya dan Malaysia khasnya berpunca dari Anwar.
Bak kata Karpal Singh;
"Anwar harus bertaubat" dan "Anwar has created many chaos in this country."
Namun demikian, suatu kejutan yang lebih besar dipercayai bakal berlaku dalam masa terdekat.
Desas desus bertiup kencang dari pasukan Menteri Besar & beberapa Adun PAS bahawa rundingan dengan beberapa orang pimpinan pembangkang Selangor sedang dijalankan secara teliti untuk mengelakkan dari DUN Selangor dibubarkan.
Impak yang diharapkan dari rundingan ini adalah jaminan dan kerjasama strategik untuk Anwar bertapak di Selangor memandangkan antara lain beliau dipercayai mampu mengekang pengaruh PAS di Selangor yang semakin menunjukkan peningkatan.
Khalid Ibrahim dipercayai mempunyai masalah mengekalkan kerusi sebagai Menteri Besar sekiranya Adun PAS berdiri di belakang beliau tanpa sokongan dari Adun Barisan Nasional.
Demi memelihara kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat Selangor dari krisis yang berpanjangan antara Khalid dan Azmin, pengaruh Anwar yang pro Azmin mampu dikekang dengan kerjasama pasukan MB Selangor, Adun PAS dan Adun Barisan Nasional.
Dalam ertikata yang lain, gerakerja pasukan Menteri Besar perlu teliti dan cermat bagi membentuk Kerajaan Perpaduan dengan Barisan Nasional di Selangor sekaligus menggagalkan pasukan Anwar-Azmin untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim.
Sebagai menghargai kerjasama erat PAS Selangor, adalah berbaloi bagi Khalid Ibrahim mempertimbangkan jawatan Timbalan Menteri Besar untuk PAS selain dari melantik seorang Exco dari kalangan Adun Barisan Nasional.
Jika desas desus yang sedang bertiup kencang tersebut menjadi realiti, buat pertama kalinya tercatat dalam sejarah politik Selangor seorang Menteri Besar melakukan suatu tindakan yang kedua berani (selepas MoU Langat 2) demi kesejahteraan dan kebajikan rakyatnya dengan mengenepikan sentiment & ideologi politik kepartian.