Friday, 7 October 2011

NIZAM KICAP BERBINI BARU SELEPAS BERKENALAN DI PUSAT URUT!!!

Aku memang tengah menulis tentang Azhar, pegawai khas Zamri MB Perak yang sepatutnya tugasnya adalah mencegah rasuah dan  bukannya mengajar Zamri dan konco-konconya supaya tidak ditangkap melakukan rasuah. Aku juga dah deraf cerita Anuar, pegawai integriti Zamri yang dipecat kerana skandal RM1 juta dan kemudian melolong memaki hamun orang lain sebab lubang sudah pecah.

Tapi aku terima satu lagi cerita atau lebih tepat lagi EMEL daripada seseorang yang kenal sangat dengan NIZAM KICAP, SUA Zamri dan bini barunya yang bernama ADAH!

Aku turunkan sebijik-sebijik apa yang tertulis dalam emel tu untuk tatapan korang:

1. Nizam Kicap sudah berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan MIMI (isterinya yang bekerja di NSTP tu).

2. Confirm Mimi tak tahu, Nizam Kicap sudah kahwin lain sebab Nizam tak berani bila semua harta bendanya atas nama Mimi.

3. Nizam Kicap dan bini barunya berkahwin di sempadan Malaysia-Thailand dah hampir setahun.

4. Hantaran perkahwinan mencecah RM15,000.

5. Perkahwinan kali kedua (atau ketiga) ini belum didaftarkan lagi di Malaysia.

6. Isteri baru Nizam Kicap lebih dikenali sebagai ADAH dan menetap di IPOH.

7. Nizam Kicap berkenalan dengan ADAH di sebuah PUSAT MASSAGE terkenal dan seringkali berdating terutama apabila Nizam Kicap ke Kuala Lumpur.

Summary Ke-2:

1. Dulu masa dia datang kerja dengan Zamri, dia buatu duit dengan menggunakan company bernama White and Orange.

2. Dipercaya, dia memiliki share dalam syarikat tersebut dan meletakkan seorang proksinya di situ.

3. Salah seorang pengarah White and Orange bernama Iskandar.

4. Bila White and Orange dah tak boleh pusing modal untuk projek-projek yang Nizam Kicap dapat dari Pejabat MB (bunting, banner, cd haram, function dan sebagainya), dia tinggalkan Iskandar dan cari 'lembu' baru.

5. Lembu baru dia sekarang bernama ADI.

6. ADI adalah anak kepada Pengarah Politeknik Ungku Omar.

7. Melalui Adi, Nizam Kicap bagi semua projek-projek terkini dan Adi jugalah yang akan menjadi lembunya untuk membayar segala bil hiburan Nizam Kicap sama ada di karaoke mahal di Kuala Lumpur, mahupun apabila Nizam Kicap berseronok bersama-sama GRO yang disewanya.

Thursday, 6 October 2011

MB PERAK DIPERBODOHKAN ATAU BERSEKONGKOL?


Aku terima satu berita. Berita kali ini memang ada kena-mengena dengan salah seorang pegawai istimewa MB Perak, yang digelar ramai orang sebagai Nizam Kicap. Nizam Kicap adalah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir. Cerita tentang Nizam Kicap memang terlalu banyak dan bukan cerita rahsia atau tersembunyi lagi.

Yang aku tak boleh terima kenyataan, bila seorang kawan aku yang juga merupakan seorang blogger DITEMBAK MEMBABI BUTA oleh Nizam Kicap. Habis semua dikautnya, kononnya menerima arahan untuk memburuk-burukkannya.

Antara nama yang dikaitkan adalah PARPUKARI dan Hamizura Osman.

Setahu aku, kawan blogger aku ni, walaupun berhubungan dengan semua orang, tapi maklumat yang dia dapat datangnya daripada pelbagai sumber. Mungkin kerana itulah, puak-puak di Pejabat Menteri Besar Perak panas jubur, terutama sekali Nizam Kicap yang khabarnya BARU SAHAJA MENIKAHI SEORANG PEREMPUAN DI SIAM tak senang duduk, lebih-lebih lagi, hanya nama yang diketahui tetapi orangnya tak pernah muncul di merata-rata tempat.

Tu baru mukadimah... belum habis lagi....

Cerita bermula apabila Nizam Kicap kena serang bertalu-talu sampaikan dia bertanya apa yang membuatkan semua orang tak puas hati dengan dia. Jawapan yang sangat mudah dan dia sendiri tahu bahawa PERANGAI MENYONGLAPNYA itu yang membuatkan orang bencikan pegawai-pegawai seperti dia.

Banyak projek kecil dan besar yang disapunya, termasuklah yang terbaru projek buat bunting.... 1000 keping bunting untuk satu even. 15 event melibatkan Menteri Besar bermakna 15000 keping bunting... dan semuanya masuk ke dalam kocek Nizam Kicap.

Selama ni, takder sesiapa yang kacau dia. Tapi bila dia makin melampau dan mula menganiayai orang lain, ceritanya pun mula keluar sikit demi sikit. 
Aku tak tahu sama ada dalam hal ini MB Perak terlibat atau tidak. Tapi sebab dia begitu hebat membela Nizam Kicap, aku assumed yang MB Perak pun terlibat sama. 

Ni mukadimah... nanti kita sambung lagi parti MB pecat Pegawai Integritinya yang bernama Anuar yang juga merupakan kawan baik Nizam Kicap kerana dikatakan berskandal RM1 juta!